66 : Berlumuran Darah

7.1K 827 201
                                    

"Kau biar benar?"

"Kau nampak aku macam tengah bergurau atau apa?" soal Hisyam sedikit bengang apabila semua kawan-kawannya tidak mahu mempercayai apa yang dikatakan tadi. Seriuslah? Apa mulia sangat Ress tu sampai kata-kata aku pun korang tak nak percaya?

"Tah-tah kau salah dengar kot..." kata Rizal masih ragu-ragu.

"Aku tak salah dengarlah! Danish pun ada waktu tu!! Perempuan tu dengan lelaki tak guna tu bagi Izz makan sesuatu!! Sebab tulah Izz amnesia! Dan sebab tulah dia susah nak ingat!!" kata Hisyam dengan suaranya yang naik senoktah. Terkejut jugalah yang lain bila Hisyam yang sentiasa tersengih boleh naik angin macam ni. Sampai memerah wajah lelaki itu dengan mata yang menyala-nyala api kemarahannya.

"O-kay... relaks Hisyam.. Rela..."

"Aku nak relaks macam mana, Kir?! Kau cakap macam mana aku nak relaks Kir! Wawa dalam wad tu tengah bertarung nyawa lagi Kir!! Dah 2 jam Kir! 2 jam!! Kau sendiri tahu sebab apa dia kena langgar!! Dan kau boleh lagi suruh aku relaks ?!! Kalau macam nilah, entah siapa pulak mati kena langg..."

"Hisyam!!!!!!! Apa kau cakap ni hah?!!" pintas Ash cepat. Tak berkelip matanya memandang tak percaya wajah Hisyam. Syaitan apa yang sedang merasuk Hisyam sehingga lelaki ini sanggup kata macam ni?! 

"Aku cakap apa?! Aku cakap benda betullah Ash!! Kau tengok sekeliling kau! Kita kat mana sekarang ni?! Sejak dua menjak ni kita sentiasa kat mana?! Eh babilah!! Aku dapat perempuan tu, memang aku siat-siat dia!!"

"Hisyam!!!!"

"Zahid, kejar dia weh! Jangan bagi dia bertindak ikut emosi" arah Ash cemas dan Zahid segera berlari mengejar langkah Hisyam yang menghilang. Dari jauh kedengaran tengking-menengking antara Zahid dan Hisyam.

Yang lain masing-masing sudah meraup wajah. Beberapa kali sebelum mengeluh. Nak menyangkal kata-kata Hisyam, tapi ada betulnya juga... Kalau dibiarkan semua ni, boleh jadi Wawa atau Izz pergi meninggalkan mereka...

Lagi-lagi, bila perempuan dan lelaki tak guna tu tahu kat mana mereka sekarang...

"Guys..."

Panggilan Ash membuatkan semuanya menoleh ke arah wanita yang menunduk itu. Nafas ditarik Ash sebelum dia mengangkat muka. Direnung setiap wajah di situ. Takut-takutlah kalau nanti.....

Ada yang bakal pergi....

"K-kita... kena bagitahu Zuell. Zuell je yang tahu macam mana nak handle semua ni"

"Izz macam mana?"

Soalan Afiq membuatkan Ash mengeluh.

Sebelum gelengan menjadi jawapan.

Walau apa-apa pun, Izz tak boleh tahu. Dia tak boleh tahu semua ni. Ketua mereka itu masih belum percaya bahawa dirinya ialah Izz Izkandar yang dicari mereka. Dan andai dia tahu semua ni, risau andai dia tertekan dan hilang tiba-tiba.

Je suis desole, Izz

__________________

Hampir 3 jam mereka menanti, akhirnya kesemuanya mampu tersenyum bersama air mata apabila doktor telah mengesahkan keadaan Wawa. Dengan pantas, mereka semua berlari ke arah wad Wawa. Berebut-rebut hingga saling menolak untuk masuk ke dalam wad itu.

Sebab?

Pertalian antara mereka terlalu... erat. Biarpun bukan sedarah daging, namun sudah bertahun-tahun mereka duduk sebumbung. Dan bila seseorang kesakitan, yang lain turut menanggung peritnya.

"Wawa.... kau okay?" soal Iman.

Tersenyum pahit sang jejaka apabila melihat keadaan ketua mereka. Bercalar balar, berbalut sana sini, dan paling teruk....

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now