77 : Awak Milik Saya!!

5.5K 635 184
                                    

Riak wajahnya kosong, sekosong hatinya. Satu riak pun tidak terlukis di mukanya. Hanya sebab.... Dirinya dihantui keliru. Keliru yang berpanjangan, keliru yang menghantui fikirannya selama ini. Puas dicari jawapan, hinggakan dia telah bersoal jawab dengan semua orang. Namun jawapan yang didapati tidak memuaskan.

Sekelilingnya yang kecoh bagaikan tidak masuk ke dalam telinganya. Perlahan-lahan, suasana kecoh di bilik mewah itu bertukar ke satu tempat gelap. Kawasan yang sangat gelap dan tidak mempunyai penghujung. Hanya dirinya sahaja yang bagaikan disuluh oleh sesuatu cahaya.

Eduardo keliru. Sekeliling dipandang. Kosong. Beberapa tapak dia jalan, namun tetap kegelapan menyapa matanya. Dipicingkan mata, namun keputusannya tetap sama. Biarpun mata hijaunya itu istimewa, namun hasilnya tetap sama.

"Awak...."

Eduardo berpaling ke belakang. Di situ, terdapat seorang perempuan. Berpakaian baju seperti yang dipakai seorang assassin. Wajahnya tidak kelihatan oleh sebab dia yang berdiri membelakangnya. Namun, sesuatu yang menarik perhatian Eduardo.

Rambut panjang perempuan itu.

Eduardo berpusing menghadap perempuan yang membelakangkannya. "Kau siapa?" soalnya tanpa nada. Atas bawah perempuan itu diperhatikan. Perempuan itu cantik, sempat Eduardo memuji. Dirinya yang mempunyai ketinggian paras dada dan tubuhnya yang kecil. Comel, sekali lagi Eduardo memuji.

"Awak tak kenal saya?" soal pula perempuan itu. Suaranya perlahan dan sangat lembut. Terasa menyerap lembut ke dalam telinga Eduardo. Kepala digeleng Eduardo bagaikan perempuan itu nampak. Eduardo melangkah menghampiri perempuan itu apabila dia hanya berdiam diri.

Sampai betul-betul di belakang perempuan itu, tanpa dapat mengawal dirinya, tangannya terus mengusik lembut rambut perempuan itu. Lembut, sangat lembut. Dan lurus. Rambut paras peha itu diusapnya. Mata dipejam Eduardo apabila haruman bunga ros menyerap ke dalam hidungnya. Serta-merta, senyumannya terukir.

Senyuman yang... sudah lama tidak kelihatan.

"You're smell good" katanya setelah membuka mata. Tangannya diangkat lalu diletakkan di bahu perempuan itu. Selembutnya, tubuh itu dipusingkan menghadapnya. Wajah perempuan itu masih tidak kelihatan oleh sebab dia menunduk. Namun itu tidak dikesahkan oleh Eduardo. Dia mahu menikmati saat demi saat bersama perempuan itu dengan perlahan-lahan.

Segalanya... akan dibongkar waktu itu juga.

"Who are you, little angel?" soalnya lembut, tidak seperti tadi. Entah kenapa, dirinya terasa begitu selesa bersama perempuan itu. Rasa selesa yang tidak pernah dirasai dengan sesiapa termasuklah Ress sekalipun.

"I'm yours"

Tawa Eduardo terlepas perlahan. Kepala perempuan itu diusap lembut. "I know that but who are the real you? Your name, mademoiselle?" soalnya lagi. Suasana sunyi. Eduardo tetap menanti. Mungkin perempuan itu memerlukan masa yang sesuai untuk berkata. Atau mungkin, sedang menyelesakan diri berada terlalu dekat bersamanya? Eduardo menahan senyumannya.

"Izz..."

Senyuman terpadam.

"Kenapa awak tinggalkan saya, Izz....."

Pelukan terlepas. Eduardo terundur beberapa tapak. Wajahnya pucat tidak berdarah.

"Ke-napa awak..... pergi Izz...."

Penumbuk dikepal perempuan itu. Eduardo berundur lagi. Kepalanya digeleng.

"A-ku bukan Iz...."

"Saya dah kata Izz! Saya dah halang awak! Saya tak bagi awak pergi tapi awak degil! Awak kata awak akan okay! Awak kata macam-macam! Sanggup awak abaikan hati perasaan saya Izz Izkandar?!! Sanggup awak tinggalkan saya?! Saya isteri awak!!!!"

"T-tak!! A-ku bukan Izz... A-ku bukan Izz! Aku Eduardo! A-ku Eduar..."

"Izz Izkandar bin Hydir Lefecere milik Nur Hazwa Umairah yang sah!!! Izz milik Wawa!!!"

Saat perempuan itu mengangkat kepalanya...

Terkaku.

Pandangan berlinang sepasang mata hijau... wajah yang basah dengan air mata... muka yang mirip orang itu... dan gigi yang diketap rapat.

T-tak mungkin...

D-dia?

"Awak milik saya Izz!! Eduardo Izfans ialah orang yang kaburkan awak!! Awak kemalangan Izz! Mereka simulasi otak awak! Mereka mengawal otak awak!! Mereka padam memori indah kita!! Mereka padam perkataan chere epouse dalam diri awak!!!!"

Eduardo makin terkedu. Perempuan yang menyerupai wajah ketua Rosesblood itu mulai teresak. Kedua-dua tangannya menggeletar dikepal. Kepala kembali ditunduk namun bahunya tetap terhinjut-hinjut.

"Pulang Izz... Pu-lang semula... pu-lang semula ke pangkuan chere epouse a-wak... Sa-ya rindukan awak...." rayunya lagi. Eduardo menggeleng. Wajahnya nampak serabut.

"Aku tak boleh sebab aku bukan Izz! Aku bukan Izz!!" katanya dengan nafas yang sesak. Matanya memandang ke arah perempuan itu yang masih teresak. Tangan dibawa perempuan itu ke matanya. Diusap, dikesat air mata sebelum dia kembali mendongak.

Dan... senyum.

Eduardo terpana. Sepasang lesung pipit itu....

"Awak akan kembali pada saya, Izz... Kuasa cinta kita.... a-kan pu-langkan a-wak.... ke-pada..... sa-ya" Seusai berkata, tubuh itu jatuh terjelepok. Suasana kembali sunyi sepi. Manakala Eduardo, dirinya masih berdiri kaku dengan jantung yang berdegup kencang. Kedua-dua tangannya dipandang takut-takut. Kedua-duanya menggeletar hebat.

"A-ku.... Izz?"

Serentak dia berkata, sekelilingnya terasa berpusing. Kepala Eduardo menjadi sakit. Dia melutut, menjerit kesakitan. Memohon dihentikan. Badannya menggeletar kuat.

Sebelum....

Kedua-duanya. The Queen dan her King...

Tak sedarkan diri.

( How cute they are.... Beb! Sorak sikit Izz dah sedar beb!! Wohoooo!!! Next chapter, 300 votes )

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now