81 : Fikirkan Izz

4.4K 474 148
                                    

Pistol yang dihulurkan hanya dipandang sepi. Direnung lama tanpa sebarang pergerakan berlaku. Malahan bunyi decitan si penghulur senjata api itu juga diabaikan. Bagaikan langsung tidak kedengaran. Bagaikan derianya tidak berfungsi. Bagaikan jiwanya kosong-sekosongnya.

"Lakukan, Eduardo"

Satu suara. Mata Eduardo bergerak memandang pemilik suara itu. Wajah yang terpancar dendam kesumat. Mata yang menyala-nyala api kemarahan.

"Bunuh dia" tekan lelaki itu lagi. Pistol yang tidak disambut ditolak kuat ke dada Eduardo, memaksa Eduardo menyambut pistol tersebut. Pistol dan wajah Rizki sekilas dipandang kosong.

"Siapa?" soalnya. Kelongsong peluru diperiksa. Penuh.

"Dia"

Satu suara lagi. Suara yang berbeza. Eduardo berpaling ke kirinya. Seorang perempuan berambut putih. Perempuan itu memandangnya sekilas sebelum tangan diangkat, jari telunjuk menunjukkan ke arah satu arah. Betul-betul, di hadapan mereka bertiga.

"Bunuh Nur Hazwa Umairah"

Satu aliran mengalir laju. Mengalir dalam tubuh. Darah Eduardo berderau. Wajah yang penuh calar balar itu dipandangnya. Dia terkelu. Sepasang mata hijau yang bertakung air mata itu memandangnya dengan satu pandangan. Pandangan yang jelas penuh kekecewaan sebelum laju wanita itu mengalihkan.

Eduardo terkesima.

"Bunuh dia"

Belum sempat ingin membantah, tangannya dicapai sebelum dilekapkan pada sesuatu. Eduardo terdiam. Tangannya yang melekap pada perut Ress dipandang sebelum wajah perempuan itu pula dilihat dengan penuh kekeliruan.

"Lakukan demi anak kita"

"You're kidding, right?"

Tubuh Ress ditolak menjauh. Eduardo mengundur dengan wajah berpeluhnya. No! Ini semua mengarut!! Mustahil Ress boleh mengandung padahal sudah lama 'malam' itu berlalu!

"Ed, I'm not telling lie..."

"Shut your fucking mouth, you bitch! Semua ini mengarut!! Kau sengaja nak perangkap aku kan, Ress?! Cakap kau menipu sebelum aku bunuh kau!!" amuk Eduardo secara tiba-tiba. Air mata yang sudah mengalir dari sepasang mata Ress langsung tidak mampu memadam kemarahannya. Rambut diramas Eduardo.

"Shit!!!!"

"You dah janji dengan I.... You akan kahwin dengan I, Ed... You janji you akan bertanggungjawab, Eduardo Izfans.... You...."

Kata-kata Ress terhenti. Bibirnya mengukir senyuman pahit sebelum berubah sinis. Tawa perlahan yang terbit di bibirnya menarik perhatian Rizki dan Eduardo. Entah dari mana, sepucuk pistol secara tiba-tiba sudah berada dalam pegangan tangan Ress. Pemicu ditarik dan pistol diacu ke kepalanya sendiri.

Eduardo tergamam.

"I love you...... Eduardo Izfans"

"Ress!"

POM!!!!

"Izz"

Tersentak, kepala diangkat Izz apabila namanya diseru seseorang. Hisyam. Izz memandang sekeliling. Dia masih di situ. Tempat yang sama seperti lamunan sebentar tadi. Pandangannya dijatuhkan ke satu tempat di sebelah kirinya. Tempat itu kosong dan bersih, berbanding tadi yang dihujani darah dan mayat Ress.

Timbul kelegaan dalam diri lelaki itu.

"Ya?" soalnya kepada Hisyam setelah nafas ditarik dan dihembus perlahan. Namun malangnya, ketenangan yang baru meresap dalam dirinya bagaikan disentap kembali apabila sepucuk pistol dihulurkan Hisyam. Dia memandang pistol dan Hisyam bersilih ganti namun tetap disambut apabila menyedari ahli Rosesblood yang lain sedang memerhatikannya. Keluhan berat dilepaskan dalam hati. Mata dipejam sebentar dan dengan kelajuan cahaya, suara, jeritan dan kata-kata Ress sebentar tadi menghantui fikirannya. Bunyi tembakan dan jeritan Rizki. Izz segera membuka matanya kembali.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now