39 : Egoisme

7K 524 3
                                    

Melangkah laju, kakinya berubah ke bentuk larian. Kepala ditunduk sepanjang larian. Air mata setia menemani. Hinggakan kemejanya turut terbuai apabila larian semakin laju. Entah macam mana, saat dia ingin membelok, dia tak perasan akan keberadaan orang di situ.

Maka, pelanggaran berlaku.

Ash terjatuh ke belakang. Manakala orang yang dilanggarnya tertolak ke tepi. Terbuka terus matanya yang terpejam. Terus giginya terketap bengang sambil dia menikam seorang gadis yang terjatuh setelah melanggarnya.

Merde. Ingatkan kat luar ni, bolehlah tenangkan fikiran! Ni kena langgar pulak?!

"What is your problem, lady?!" tengking Zuell. Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang Ash. Namun hanya seketika riak wajahnya menjadi tegang. Terus wajahnya berubah saat melihat cecair di tubir mata gadis itu.

Apesal menangis pulak ni?

Rasa bersalah mula mencengkam dalam diri Zuell. Dari kebengangan, dia bagaikan menjadi serba tak kena apabila dilihatnya air mata gadis itu masih mengalir.

"So-sorry.. Je suis désolé, monsieur. J'étais accidentellement"

Zuell terpana. Sekali lagi dia mengimbas gadis itu yang sedang berusaha bangun dalam kesakitan. Kali kedua, dia terkesima. Wajah gadis itu nampak macam orang Perancis.

"Saya minta maaf" kata Ash lagi sekali sebelum dia berlalu pergi dengan laju. Lengan kanannya dipegang kuat cuba menurunkan rasa sakit yang terasa. 

Terlupa ambil, merayu pada lelaki, menunggang motor bersama seorang lelaki yang tak kenal, barang berharga terpaksa ditinggalkan, ditolak oleh crush, terlanggar orang, ditengking, dimarahi dan disakiti. Terpejam mata Ash cuba menurunkan sebak namun makin kuat pula terasa. Laju bibir bawahnya digigit mengelak esakan. Memang harini hari paling buruk dalam hidup kau, Ash.

"Ash!!"

Jeritan seseorang dari belakang membuatkan Ash menoleh. Namun, sebaik sahaja wajah Hisyam menyapa pandangannya, larian semakin diatur laju. Sedaya upaya, tangannya yang sakit ditahan. Hingga dia terpaksa menolak sedikit nurse yang sedang menolak troli. Bersalah? Ya.

"Frashenna Maurie!!"

"Jangan ikut akulah!!" 

Jejak sahaja kaki pada jalan tar, larian diperlaju lagi. Namun kepantasan Hisyam bukanlah tandingannya. Sekejap sahaja Hisyam sudah dapat menggenggam kemejanya sebelum menarik Ash mendekat. 

"Ash... "

Jeda. Nafas sesak diatur oleh Hisyam sebelum dia kembali memandang Ash yang masih menangis.

"Kenapa kau lari?" soalnya. Ash mengetap bibir. Dipaling wajah dari memandang Hisyam. Lantas, senyuman nipis Hisyam terukir.

"Jom, kita pergi wad balik eh?" pujuk Hisyam lalu lengan Ash digenggamnya lembut.

"Argh"

Hisyam terkesima. Sekelip mata, lengan Ash dalam genggamannya direntap oleh Ash sebelum ditekapnya. Dahi berkerut dan riak kesakitan Ash membuatkan dia makin risau.

Tengok? 

Ini baru dalam hospital.

Dibuatnya kalau Ash dah jauh tadi, entah apalah yang akan jadi pada budak ni.

"Kau kenapa ni?" soal Hisyam, keliru. Tiada jawapan dari Ash membuatkan Hisyam mendengus geram. Sekali rentapan, kemeja Ash ditanggalkannya sebelum diikat pada pinggang gadis itu. 

Lengan kebiruan Ash diteliti oleh Hisyam dengan dahi berkerut. Kembali memandang Ash yang nampak terkaku, dahi dia semakin berkerut.

"Ash?" panggilnya cuba menyedarkan Ash. Tersentak sebelum wajah Ash mulai kemerahan. Sudahlah wajah dia memang keputihan.

Sengihan Hisyam terukir. Serius dia kata, dia tak faham kenapa dengan Ash. Cuma bila tengok muka Ash kemerahan, dia mesti rasa nak gelak.

"Lengan kau ni kenapa?" soalnya masih dengan sengihan. Ash mengetap gigi. Tiada jawapan membuatkan Hisyam semakin geram. Membalas dendam, diheretnya kembali Ash memasuki hospital dan menuju ke wad VVIP. Dan Ash pun akur, tidak membantah. Laju tangan Ash mengesat air matanya sebaik kaki menjejak wad VVIP Izz dan isteri dia yang masih Ash tak kenal.

Masuk sahaja, perhatian semua di situ teralih pada Hisyam dan Ash. Berpandangan terus mereka apabila melihat Hisyam menggenggam tangan Ash. Dah macam pasangan kekasih pula.

Namun, hanya seketika apabila dilihatnya Hisyam dan Ash duduk di sofa. Laju mereka semua menerpa ke arah Ash saat erangan sakit gadis itu terlepas. 

"Ash!! Asal dengan lengan kau tu?!"

"Perghh!! Biru baii! Kau langgar dinding ke apa?!"

"Kau kena langgar ke oi?"

"Kau langgar apa ni sampai kebiruan macam tu?" soal Hisyam, memintas kawan-kawannya yang kecoh. 

"Dia langgar aku"

Terpaling, semua wajah memandang ke arah Zuell yang melangkah masuk. Kali kedua, pandangan Ash bertaut dengan mata Zuell sebelum Ash mengalihkan kembali matanya, memandang Hisyam penuh tanda tanya.

Senyuman Hisyam terukir.

"Dia ahli kita. Anak Uncle Denta. Orang yang kita cari tu. Zuell Denta" terang Hisyam sambil dia meneliti lagi lengan Ash. Namun hanya seketika apabila lengan itu ditarik oleh Ash. Berkerut dahi dia.

"Err... carikan bandage and ice packet je. Biar aku buat sendiri" kata Ash, serba salah. Saat gelengan menjadi jawapan Hisyam, terjongket sebelah keningnya untuk seketika.

"Kau nak buat sendiri? Habistu, apa guna aku?"

"Correction, Hisyam. Apa guna kita semua?" sindir Johan. Hisyam tersentak sebelum dia tersengih. 

Dan tanpa mereka sedar, sepasang mata merenung ke arah Hisyam dan Ash sebelum orang itu segera mengalihkan mukanya ke tepi. Pedih tapi dia tahan.

Ego lagi, Iman. Kan dah menyesal?

Terpejam mata Iman sambil dia menyandar penuh lemah pada sofa sambil diri dia diperhatikan oleh Zuell dari jauh.

Seketika, senyuman Zuell terukir.

Egoisme.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now