28 : I'm Sorry, Wawa

7.5K 552 36
                                    

"Kau rawat dia?" Suara celah gigi. Tahulah Zuell yang Lucius sudah bengang dengan tindakannya. Segera dia bangun menjauhi Wawa sebelum dia menghampiri ketuanya.

"Kau yang kata tak nak dia mati dulukan? Jadi, aku sedang bantu kau, Lucius" sindir Zuell, bengang. Seketika, Lucius berdiam diri memikirkan kata-kata anak buahnya. Adakah itu satu pengkhianatan atau satu cadangan?

Malas menyerabutkan fikiran, terus dia menghampiri Wawa yang ketakutan.

"Alfia, ciseaux" pintanya seraya menghulurkan tangan pada Alfia yang memandang tajam Zuell yang berwajah dingin. Atas bawah remaja 19 tahun itu ditilik sebelum dia tersenyum sinis. Awwww, he's hot... Baju tanpa lengan yang dipakai oleh Zuell dipandangnya lama sebelum kembali memandang wajah France Zuell.

"Alfia" Suara celah gigi. Lucius naik bengang apabila satu-satunya anak buah perempuannya tidak mendengar arahannya.

"Yes?" soalnya dengan senyuman. Serius, dia tak dengar langsung apa yang dipinta oleh Lucius.

"Ciseaux" Masih cuba bersabar biarpun anak buah yang lain sudah pandang semacam. Alfia tersentak lalu laju dia menghulurkan gunting pada Lucius yang nampak bengang.

"Désolé" kata Alfia sebelum dia kembali menjauh. 

Mengatur nafas yang panas, dia kembali memandang Wawa yang nampak makin takut apabila sebilah gunting sudah diacukan kepadanya. Perlahan-lahan senyuman sinis dia terukir.

"Fist, rakam"

Bagaikan budak kuli, Fist segera merakam segala tindakan ketuanya tanpa belas kasihan.

Memejamkan mata, segera Zuell mencapai black leather jacketnya dan segera berlalu pergi.

Maafkan aku, Wawa.

"Attends!"

Suara yang menjerit menyuruhnya menunggu terus membuatkan langkah dia terhenti. Tanpa memusingkan badan, dia tahu yang sedang mengejar dia itu ialah Alfia.

"Kau nak pergi mana ni?" soal Alfia sambil merenung Zuell atas bawah lagi. Dari belakang, dia beralih ke depan lelaki itu.

Tajam, sangat tajam Zuell melawan pandangan Alfia sebelum dia mengalihkan matanya.

"None of your business, Alfia" balasnya cuba melawan. 

Alfia tersenyum sinis. Melawan? Wow.... 

"Zuell"

"Stay away from me!!" jerkahnya sebelum dia laju memanjat tangga ke biliknya di tingkat atas. Alfia mengetap gigi lalu kakinya dihentakkan geram.

"Gila punya perempuan... Ingat aku ni apa? Senang-senang dia je nak buat itu ini" kutuk Zuell sebaik dia masuk ke dalam bilik dia. Mengunci pintu, dihempaskan badan atas katil lalu mata dipejam rapat. Namun hanya seketika apabila jeritan Wawa kembali masuk ke dalam telinga.

"Ah shit! Izz, mana kau ni?!!" jeritnya geram. Rambut diramaskan kasar. Jujur dia katakan, dia tak tahu macam mana nak bantu Wawa. Apatah lagi Izz.

Namun hanya seketika apabila otak dia tiba-tiba dapat mencerna sesuatu.

Laju dia menarik keluar laptopnya. Bagaikan keyboard warrior, pantas dia menekan keyboard. Dan saat satu laman terpapar, nafasnya ditarik. Biarpun dia pembunuh upahan, malah nama dia turut ada dalam laman itu, dia tetap gentar sedikit untuk mencari. 

Tapi demi Wawa, sanggup dia masuk ke laman bahaya itu.

Dark Web

Lalu ID dan Password terus dimasukkan.

( Sila jangan berani-berani nak layari Dark Web ehh... Aku dah bagi amaran ni... )

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」حيث تعيش القصص. اكتشف الآن