63 : Teruskan, Izz Izkandar

5.8K 526 79
                                    

( Silakan, earphone dan video 👆 )

"Ergh....."

Tangan yang baru ingin memeluk sang suami terus terhenti apabila erangan sakit terlepas. Wawa memandang terkejut ke arah Izz. Atas bawah dia memandang suaminya sebelum matanya tertancap pada cairan merah yang membasahi lantai. Terkaku, sebelum dia kembali memandang raut kesakitan suaminya.

"Dia cedera. Tembakan polis" kata Hisyam. Perlahan-lahan dia memapah Izz ke arah sofa dalam wad tersebut sebelum didudukkan perlahan-lahan. Ash segera berlalu ke arah begnya lalu first aid kit dicapai.

"Ta-pi.. macam mana..?"

"Apa yang aku nampak.... I mean, kitorang nampak... Polis kejar Izz. Then tembak-menembak. Then tu jelah. Waktu tu kitorang dah cabut ambil senjata semua. Nasib sempat, kalau tak.. tak tahu nak cakap apa" terang Afiq dengan tangannya diangkat paras bahu tanda mengalah. Keluhan dilepaskan di hujung ayat sebelum matanya memandang Wawa yang merenung Izz.

Lama, sepasang mata hijau itu memandang ke arah lelaki berambut blonde itu. Sangat..... lama sehinggakan terlupa bahawa anak mereka sedang memerhati.

Memandang Kasya, sebelum mata Uwais jatuh pada Papanya. Berkerut-kerut dahi sang kecil apabila melihat Papanya mengerang sakit saat satu playar dicucukkan ke dalam lukanya untuk mencapai peluru yang terbenam.

Raut keliru sang kecil berubah kepada raut geli. Darah yang mengalir membuatkan Uwais segera menekup hidungnya dan juga hidung adik kembarnya. 

"Okay! Siap dah" kata Ash sambil dia mengikat bandage yang membalut betis Izz. Tersenyum puas dia apabila tiada lagi darah yang mengalir. Mengangkat muka, seketika dia berpandangan bersama Izz lalu senyuman dihadiahkan.

Izz terpana. Sebelum perlahan-lahan rasa sakit menjamah kepalanya. Lalu berubah seketika wajahnya dan berjaya ditangkap oleh Ash.

"Porquoi, Izz? Sakit lagi ke?" soal Ash risau. Gelengan menjadi jawapan Izz.

Seminit berlalu tanpa suara.

Remy mulai rasa janggal.

Apatah lagi Danish dan Daniel.

Dan apatah lagi ahli Rosesblood yang lain.

Dannnn

Apatah lagi Uwais dan Kasya?

Memandang Wawa, sebelum mata mereka jatuh pula pada Izz. Bersilih ganti. Cuba mencari jawapan atau apa-apa sahaja bagi memutuskan keganjalan ini.

Wawa yang duduk di hadapan Izz hanya merenung suaminya dengan dalam. Sa-ngat.... dalam. Sampaikan apabila Syakir melambai depan muka Wawa, wanita itu langsung tidak terkesan dan hanya merenung.

Izz pula?

Bukan dia tak perasan Wawa merenung dia. Cuma diabaikan. 

Abai dan abai.

Hanya merenung ke arah kakinya sebelum jatuh pada lengannya. Sebelum mata hijaunya menangkap corak tatu di bawah lengannya. Lalu ingatannya terus teringat akan seorang wanita Perancis.

Ress.

Tunang.

Kau masih anggap dia tunang kau Ed?

Setelah dia tinggalkan kau keseorangan?

Tinggalkan kau sewaktu diambang maut?

Are you sure, Eduardo Izfans?

Tatu yang pada mulanya diusap mula ditekan sekuat hati, melepaskan bengangnya. 

Dan nampaknya..

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now