46 : Game ( Last Part )

7.5K 532 24
                                    

Kembali sahaja, bahu Wawa sudah digenggam Izz. Meneliti wajah Wawa yang jelas semakin pucat, perlahan-lahan sengihan pahit Izz terukir.

"Tulah, saya dah kata jangan tengok kan? Tapi awak degil"katanya sambil tersengih. Terpicing mata Wawa menikam mata hijau Izz hingga sang suami naik pelik. Sebelah kening dijongketkan.

"Saya tertengok, Izz Izkandar! Ter okay!" balasnya sedikit geram. Tersentak sebelum Izz tersengih kali kedua.

"Pergi duduk sana kay? Duduk dengan Ash. Kalau nak tengok, tengoklah. Tapi jangan sampai muntah lagi" katanya lalu dia menolak Wawa ke arah Ash. 

__________________

"Iman! Aku pinjam eh?!"

"Pft, ambil je! Semua dalam ni milik kau juga!" laung Iman, menjawab permintaan Zuell. Tersengih, Zuell melangkah ke arah busur Iman. Dicapai anak panah, diletakkan pada tempatnya sebelum ditarik tali busur. 

Sesaat sunyi. Sebelum helaan nafasnya menjadi penamat.

Zapp!

"ARGH!!!!!!!"

"Perghhh!! Hebat gila!!!!"

"Tak sangka kau pandai memanah eh?" kata Izz lalu dia menghampiri Fist yang mengerang sakit. Diperhatikan anak panah yang menembusi pipi lelaki itu sebelum dia menggeleng.

"But still, takde sesiapa ke yang dapat target mata dia, sekaligus menamatkan riwayat Fistuest Draclis ni?"

"Eh hello!! Kitorang masih ada eh?!!" jerit Danish dari jauh. Izz mengangkat sebelah keningnya sebelum mendekati mereka berdua.

"Eleh, korang budak je" katanya selamba. 

Penumbuk dikepal Danial. Gigi diketap Danish. Kedua-duanya memandang Izz dengan mata terpicing sebelum melangkah ke meja alatan.

"Takpe-takpe! Tengok ni! Balingan kombo!!" jerit mereka berdua serentak sebelum balingan dilakukan. 

"ARGHH!!"

"Ceh! Kena telinga jeun, bukannya mata"

"Izz!!!" jerit mereka berdua, semakin geram. Pabila Izz mengangkat tangan tanda mengalah, pasangan kembar itu kembali meneliti pisau yang tercacak atas telinga.

"Aduh aku nak sniper tu, Nish"

"Aku pula nak pedang tu, Nial"

Terbayang di mata masing-masing, sniper dan pedang yang semakin menghilang. Mengeluh sebelum kedua-duanya berlalu dari situ.

"Nampaknya, takde sesiapalah yang dapat target mata dia. Dia pun dah nazak aku tengok" kata Hisyam sambil dia memandang ke arah Fist yang sudah semput. Mana taknya, bayangkan. Badan dia tu dah banyak kali kena tembus dengan pisau diorang semua ni. 

Mana mungkin dia boleh bertahan kan?

"Kau nak try Ash?" cadang Zahid. Laju pula Ash menggelengkan kepalanya.

"Kenapa pulak? Macam tak biasalah kau ni" komen Johan, pelik. Jelingan diberikan kepada Johan sebelum Ash menjawab.

"Aku tak nak kotorkan tangan aku untuk sementara waktu ni. Akukan masih belajar. Kang tak pasal-pasal tangan aku kotor" katanya. Masing-masing mengangguk faham sebelum mata mereka tertumpu pada Wawa. Lantas, darah terus turun dari wajah Wawa apabila memahami maksud pandangan itu.

"No, aku tak nak" jawabnya pantas. Masing-masing tersengih.

"Ala, trylah. One day kau akan jadi macam kitorang jugak. Manalah tahu kan?" pujuk Danish. Makin laju Wawa menggelengkan kepalanya.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now