38 : Frashenna Maurie

7.6K 500 5
                                    

Kali keberapa, kasut sneakers mereka semua melangkah masuk ke dalam wad VVIP itu. Dan setiap kali masuk, pasti sejambak bunga atau apa-apa buah tangan akan dibawa. Walaupun pesakit masih tak sedar.

Namun kali ni, bukan sepuluh pasang kaki lagi. 

Mengangkat muka memandang seorang pelawat baru, masing-masing memberi ruang lelaki France itu untuk mendekati Izz.

Terkaku. Terpaku. Tergamam dan semua yang seangkatan dengannya. Mata Zuell tetap terarah pada Izz yang masih terbaring lemah. Topeng gas langsung tidak dialihkan. Bunyi denyutan jantung Izz menjadi irama dalam bilik itu. Perlahan-lahan, langkah diatur mendekati katil Izz walaupun terasa setiap langkah itu memberat dengan rasa bersalah.

Sebab?

Kalau Zuell muncul lebih awal, pasti Izz takkan jadi macam ni. Dan pasti satu-satunya sepupu dia itu tidak akan terlantar atas katil.

Menghulurkan kerusi ke arah Zuell, huluran Syakir disambutnya lalu dia melabuhkan punggung betul-betul di tepi katil Izz. Merenung lagi dan lagi. Setiap wajah Izz direnungnya sebelum matanya jatuh pada badan Izz pula.

Berbalut. Hampir satu badan berbalut. Turun lagi matanya ke arah lengan Izz yang turut berbalut. Namun balutan itu nampak lebih tebal berbanding di badannya. 

Senyuman pahit Zuell terukir. Pastinya itu luka tembakan shotgun. Biarpun kaki Izz berseluar hijau kebiruan, tapi Zuell yakin di situ juga terdapat balutan tebal.

Kembali mengangkat matanya kepada wajah Izz yang nampak cengkung, terpadam terus senyuman Zuell. Keluhan terlepas dari mulutnya. Berkali-kali dia meraup wajah sebelum naik meramas rambut keperangannya. Mengetap gigi, cuba mengelak sebarang suaranya terlepas. 

Walaupun kebenarannya, semua di situ sudah naik seram apabila deruan nafas Zuell yang semakin bergema kedengaran. Petanda yang anak Denta Lefecere itu sedang menahan amarahnya.

Air liur diteguk Remy. Berpandangan dengan yang lain, yang turut hanya memerhati tanpa menghampiri.

Sreettt!!!

Hampir luruh jantung semua di situ apabila bunyi kuat yang terhasil dari geseran kaki kerusi besi dan lantai itu bergema. Tangan naik mengusap dada yang berdegup kencang sambil mata masing-masing mengekori bayangan Zuell yang keluar dari wad VVIP itu dengan pantas. 

Dan semakin pucat wajah masing-masing apabila wajah bengang Zuell dan juga matanya yang tajam menikam sesiapa sahaja menyapa pandangan mereka semua.

Keluar sahaja Zuell, helaan nafas menjadi irama dalam bilik itu. Peluh yang merenik pada dahinya, dikesat oleh Zahid. Fuh! Seram siaaa!

Zuell tu nampak je budak lepasan SPM. Dan memang pun sebenarnya. Umur baru 19 tahun kot. Tapi sekali dia mengamuk, meeemang seram! Takde siapa yang berani untuk bertentang mata dengan dia biarpun kebenarannya, mata Zuell hanyalah berwarna coklat. 

"Creepy shittt!" kata Danish sambil dia mengatur nafas. Ditanggalkan jaket kulitnya lalu dicampak ke sofa. Langkah diatur perlahan-lahan ke arah meja sebelah katil Izz lalu bunga yang layu ditukar kepada bunga yang baru.

"Macam kau tak kenal keturunan Lefecere. Mana pernah tak seram?" kata Rizal pula, menyokong Danish. Terangkat sebelah kening Danish dengan jawapan Rizal. Dipandangnya Rizal yang menukar bunga tepi katil Wawa.

"Kau nak kata Izz pun seramlah?"

"Hmmm maybe? Ala kau tak payah nak tipulah Nish. Kalau Izz mengamuk, kau juga yang terketar-ketar kan?" sindir Rizal lagi. Sengihan Danish perlahan-lahan terukir sebelum dia mendekati katil Wawa pula.

"Bilalah diorang ni nak sedar weh?" soalnya, lemah. Saat berganti minit. Minit berganti jam. Jam berganti hari. Dan hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Dan lepas ni pulak?

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin