3 : Dia

11.1K 806 8
                                    

Kepala terasa tercucuk dan menyengat menyebabkan aku terbangun dari pengsan. Laju tangan menekup kepala sambil aku meringis sakit. Perlahan-lahan, mata dibuka merenung sekeliling. 

Masih di bilik yang sudah terhias.

Cuma yang membezakannya ialah....

Pakaian aku.

Masih tersarung wedding dress lavendar itu.

"Wawa"

Muka ditolehkan ke kanan, memandang ibu yang setia menanti aku mungkin? Berkerut dahi aku apabila matanya jelas kemerahan dan sembap.

Ibu.. menangis?

"Ibu, kenapa ibu menan....."

Aku terkedu. Sekelip mata, semua yang berlaku sebentar tadi masuk ke dalam fikiran.

"Wawa, ibu harap Wawa tabah ye, nak. Tadi, Akif kena tembak. Polis tengah siasat............."

Aku terkaku lagi. Bukan disebabkan berita itu, tapi pandangan mata hijau yang tajam menikam mata aku sebelum aku pengsan. Otak cuba diperah, mengingati wajah si pemilik mata hijau yang telah membantu aku namun erangan sakit pula yang terlepas. Laju tangan menekap lagi kepala yang perit.

Siapa dia?

Setahu aku, aku tiada musuh. Mungkin musuh Akif?

Tapi... kenapa aku pula yang dipandang bagaikan memberi seribu amaran?

"Argh....." Erang lagi, dan ibu pantas menyoal risau.

"Wawa, Wawa okay tak?"

Nafas sesak diatur sebelum aku mengangguk. Walau apa pun yang berlaku, hati ibu mesti diutamakan.

Sakit dia, sakitlah aku.

Pedih dia, pedihlah aku.

"Ibu... Akif macam mana?" 

Entah ikhlas atau tak, aku sendiri tak tahu. Cuma hanya satu sahaja objektif aku tanya soalan itu. 

Hanya untuk memastikan Akif menjelaskan segalanya andai dia okay.

"Akif koma. Belum ada keputusan. Ibu tak boleh ikut. Ibu kena tunggu Wawa sedar dulu. Dah 1 jam Wawa pengsan" 

Sedikit tersentak namun laju dikawal. 1 jam? Mata meliar merenung jam dinding sebelum aku bangun dari katil.

"Kita pergi tengok Akif, ya bu?"

Seperti yang aku jangka, ibu pasti akan membantah namun laju aku menggelengkan kepala tanda tak mahu mendengar bantahannya. Ibu mengeluh sebelum dia mengekori aku. Kalau nak tukar baju pun rasanya dah tak sempat.

Sampai sahaja di bawah, jelas ruang tamu aku penuh dengan tape berwarna kuning yang tertulis NO ENTRY. Bukan itu sahaja, darah juga masih kelihatan dan nampaknya, pasukan forensik sedang melakukan tugasnya tanpa menghiraukan aku dan ibu.

Laju aku menapak ke kereta setelah kunci kereta dicapai. Enjin dihidupkan dan nasib aku baik apabila tiada kereta yang menghalang laluan untuk kereta aku keluar. Kalau tidak, pasti payah hingga perlu menganggu kerja pasukan forensik.

Sepanjang pemanduan yang agak tak teratur, aku perasan ibu asyik mengerling aku sebelum dia kalihkan pandangan. Akibat rasa tertanya-tanya, terus aku menyoal tanpa selidung.

"Kenapa ibu asyik pandang Wawa je?"

Ibu tersentak sebelum dia tersenyum pahit.

"Bukan apa, ibu tengok, Wawa macam tak sedih je. Mungkin ibu salah nampak" 

Andai aku tidak kuat mencengkam stereng kereta, memang dah lama kereta ini terjunam ke ganung di sebelah kanan kami. Terlalu jelaskah? Aku mengeluh dalam hati. Perjalanan ke hospital terasa seperti terlalu lama walaupun aku sudah memecut dengan 100km/j.

______________

Seperti yang disangka, sampai sahaja di hospital, badan aku pantas ditarik ke dalam pelukan milik ibu Akif yang menangis. Terasa canggung, namun aku gagahkan tangan mengusap belakang wanita itu.

"Apa salah Akif, Wawa? Mak cik tak tahu nak buat apa dah Wawa..." katanya sambil teresak. Aku hanya berdiam diri tidak menjawab. Seketika kemudian, melihat aku yang mulai janggal, ayah Akif pantas memujuk isterinya lalu ditariknya isterinya ke kerusi untuk ditenangkan. Kesempatan itu, aku liarkan mata memandang semua. Masing-masing berwajah sendu. Dan semuanya masih tersarung baju yang dipakai mereka tadi.

Terhenti di wajah seseorang yang mirip Akif, aku merenungnya lama. Lelaki itu hanya menunduk, merenung kasut di kakinya sambil berpeluk tubuh. Hanya dia yang tidak menangis tapi jelas wajahnya teramat kusut. 

Siapa tak sedih andai adik yang disayangi sepenuh jiwa tiba-tiba rebah dan berlumuran darah di hadapan mata?

Perasan aku merenung dia, Abang Afiq mengangkat mukanya. Perlahan-lahan dia tersenyum pahit sebelum matanya jatuh pada sepersalinan pakaian di badan aku.

Kedatangan seorang doktor mengalihkan pandaganku. Hati kami semua mulai berdebar-debar. Melihat riak wajah doktor tersebut, aku bagaikan sudah tahu keputusannya. Lantas, keluhan terlepas.

"Maafkan kami, kami telah melakukan segalanya namun peluru tersebut tepat mengenai jantung dan terlalu sukar untuk dikeluarkan. Pesakit tidak dapat diselamatkan lagi" 

Raungan mulai kedengaran. Esakan semakin bergema. Pelukan mula disatukan. Tangan naik meraup muka.

Hilangnya satu insan yang disayangi amat memeritkan.

Tapi siapalah kita untuk menyoal takdir-Nya?

________________

Tanah merah di hadapan aku, dipandang kosong. Sekosong jiwaku. Perasaan kasih sayang aku terhadap Akif sudah terkubur bersama jasadnya. Aku segera membetulkan selendang yang dipakai sebelum bangkit berdiri.

Pergilah Akif. Saya maafkan awak. Walaupun awak curang dengan saya. 

Aku tersenyum pahit. 

Bodohnya kau Wawa. Senangnya tertipu. 

Kepala digeleng. Air mawar sudah habis disiram. Lalu kaki terus diatur ke kereta bersama jag kosong. Kepala memang tidak diangkat. Risau andai ada orang perasan dengan air mata yang mengalir untuk kesekian kali.

Ya, biarpun aku ditipu, dipermainkan, tapi tipu andai aku katakan sekelumit rasa cinta tidak ada.

Tipu, memang satu pembohongan yang besar.

Sekuat mana aku menolak, sekuat itu dia mencengkam hati aku.

Mata dipejam. Nafas dihembus lagi sekali lalu tangan naik menarik pintu kereta agar terbuka. Baru aku ingin memboloskan diri dalam kereta, tindakan aku terhenti seketika. Terpicing mata aku merenung ke arah sebuah kereta Audi R8 yang terparkir elok di tepi pokok.

Seketika, nafas aku putus.

Mata hijau....

Itu bukan ke.... 'dia'?

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now