37 : Siasatan

7.4K 526 0
                                    

"Masuklah dulu"

"Apa pulak aku? Kaulah dulu"

"Tah! Kan kau yang rancang semua ni?"

Maka jelingan tajam milik Johan terus menusuk ke jantung mereka semua. Tapi percayalah. Setakat jelingan Johan, apa benda baii? Puih! Sebiji macam maknyah!

"Cepatlah Johan" rengek Iman. Sengaja dia mencurahkan lagi minyak pada api di hati Johan. Tersengih-sengih dia apabila tangan Johan sudah terkepal penumbuk.

"Sabarlah sial!" marah Johan namun sedikit pun tak meninggalkan kesan pada mereka semua. Malah, sengihan mereka semakin terkoyak dan hampir sahaja Syakir tertawa andai Afiq tidak memberi amaran.

Tangan yang sedikit terketar diselukkan ke dalam poket seluar jeans. Dikeluarkan dan dicari mana satu kunci bilik kurungan di hadapan mereka. Jumpa je, darah dia semakin berderau laju. Peluh usah ditanya. Dah memang macam orang buat workout! Banyak gila baii.

"Kau termenung apa lagi, Johan?" soal Zahid, menyampah. Dipusingkan bola mata dengan memek wajah yang semakin membuatkan Johan naik marah. Namun, diabaikan kawannya yang tiga suku lalu dimasukkan kunci itu pada soketnya. Memejamkan mata seketika sebelum dia memusingkannya.

Klak!

Berjaya. Saling berpandangan satu sama lain lagi sebelum semuanya perlahan-lahan masuk mengekori Johan.

Lalu, mata mereka semua terpaku pada satu susuk tubuh yang kelihatan tidak bermaya di satu sudut. Jelas orang itu sedang menyandarkan tubuhnya yang lemah pada dinding dengan kepala terdongak. Sebelah kakinya dilunjurkan manakala sebelah lagi dilipat ke atas. Dan mata terpejam orang itu membuatkan yang lain semakin serba salah.

"Mie"

Remy berpaling saat Rizal memanggilnya perlahan. Sebelah kening diangkat tanda bertanya.

"Kau bagi dia makan tak?" soal Rizal, semakin risau. Dan apabila anggukan Remy menjadi jawapan, masing-masing kelihatan keliru. Sebab memang jelas orang di hadapan mereka bagaikan kelaparan. Deruan nafasnya sahaja sudah kedengaran walaupun jarak antara mereka dan orang itu agak jauh.

Bagaikan budak kecil yang ketakutan, itulah yang dibuat oleh ahli Rosesblood sekarang. Hanya berdiri tegak dan sesekali saling berpandangan tanpa sebarang suara. Tangan sentiasa diramaskan cuba menenteramkan hati yang sedia gundah gulana.

Jangan pelik. Jangan salah faham. Selalunya, bila diorang berhadapan dengan musuh yang ditangkap, riak wajah serius pasti menjadi tatapan terakhir setiap musuh mereka sebelum darah akan memercik merata tempat.

Tapi....

Depan mereka semua ni ialah Zuell Denta kot. Ulangan, Zuell Denta. Anak ketua mereka semua yang dah tiada. Gila kau tak takut? Ibarat berhadapan dengan Denta Lefecere, itulah yang mereka rasa. Denta Lefecere seorang yang teramat serius, kau tahu? Hanya bercakap bila perlu. Jarang sekali senyuman dia terhias. Kecuali waktu bersama Izzlah.

Mengeluh, Danish sudah naik bosan. Disikunya kuat Danial hingga erangan sakit kembarnya itu kedengaran. Danial mengerutkan dahi lalu disikunya pula Syakir di sebelah. Mengerang sakit juga, memandang Danial dengan riak wajah tak puas hati. Namun apabila melihat Danial mengajukan matanya pada Zuell dan kembali pada dirinya, disiku pula Afiq di sebelah.

Dan sikuan terjadi.

Huh!

Hisyam yang berada di kiri sekali menjadi mangsa terakhir. Membulat mata sambil tangannya menunjukkan diri dia dan berkata 'aku?!' Seketika, riak waja tak puas hatinya terukir apabila hampir semua mengangguk dengan sengihan.

Nafas diatur Hisyam. Memandang ke arah Zuell yang masih tak perasan dengan kehadiran mereka semua. Baru dia nak atur langkah, Zahid di sebelahnya awal-awal lagi telah menolaknya membuatkan dia hampir terjatuh. Hasilnya, satu bunyi bising terhasil dari tapak kasut sneakers Hisyam.

Dan perlahan-lahan, mata Zuell terbuka.

Pandangan mereka semua bertaut. Bermula dari Danial dan berakhir pada Hisyam, dipakukan mata pada semua ahli Papanya. Tiada sebarang suara. Lalu Zuell terus bersila di hadapan mereka dan menengakkan badannya. Diangkat sebelah kening walaupun tenaga dia betul-betul lemah tanda bertanya.

Hisyam meneguk air liurnya. Kali kedua, Zahid menolaknya namun lebih perlahan membuatkan dia terjalan ke arah Zuell yang memandangnya. Kali kedua, air liur ditelannya. Pandangan Zuell terlalu tajam. Sama macam Uncle Denta.

Tapi kebenarannya, Zuell hanya memandang dengan pandangan biasa. Cuma sebab Hisyam terlalu takut, itulah yang jadi. Pelbagai andaian buruk akan masuk ke dalam diri dia yang ketakutan.

"Errr...."

Kepala tak digatal digarunya perlahan. Zahid di belakang sudah menepuk dahi. Dipusingkan bola mata sebelum dia mendekati Zuell. Dijelingkan matanya saat dia berselisih dengan Hisyam yang terkesima.

Dengan budak pun nak takut!

"Kau Zuell kan?" soal terus Zahid tanpa mukadimah. Dah tu... takkan nak kata Assalamualaikum? Dah terang-terang yang Zuell bukanlah agama Islam. Bukti? Tatu panjang pada bawah lengan dia.

"Ya" jawab Zuell, dengan suara seraknya. Zahid mengangguk-angguk faham.

"Anak Denta Lefecere?" soalnya lagi dan lagi sekali Zuell mengiyakan.

"So, boleh kau cerita, macam mana kau dengan Uncle Denta boleh terpisah? Then sampai kau masuk Phoenixya and last, sampailah kau serah diri kat kitorang ni. Dari awal sampai akhir. Boleh?" soal Zahid lagi, bagaikan lagak seorang penyiasat. Padahal jawatan itu disandang oleh Danial.

Nak buat macam mana?

PI diorang pun terketar-ketar bila Zuell pandang dia.

Mengeluh, Zuell mengangguk setuju. Lalu Zahid memandang ke belakang.

"Korang ni pulak, memang nak berdiri kat situ je ke?" sindir Zahid sambil dia bersila di hadapan Zuell. Dah macam orang nak kahwin pula.

Tersengih sebelum masing-masing merapat.

"Sebelum tu, kau mesti lapar kan?"

Mengangguk lagi. Senyuman nipis Zahid terukir.

"Iman, bawakan nasi goreng atas meja makan eh? Bawa air sekali" arah Zahid selamba.

Apa lagi?

Tercebik-cebik bibir Iman tak puas hati dengan Zahid. Tapi nak buat macam mana? Rasanya, dia kena patuh sebab Zahid dah bantu diorang semua.

Dengan langkah memberat, diatur keluar dari bilik kurungan sekaligus dari bilik latihan mereka. Dipanjat tangga dan tak sampai seminit, pemandangan taman mini menyapa matanya. Diselaknya ranting lalu terpampang pula rumah banglo mereka semua.

Dan itulah pintu yang Wawa jumpa tempoh hari.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now