29 : Amukan Izz Izkandar

7.5K 556 0
                                    

"Afiq!!"

"Woi bingai!! Tak payahlah nak jerit sial! Terkejut kau tahu tak?!!"

Syakir tersengih-sengih apabila wajah bengang Afiq menyapa pandangan dia. Merapati sang sahabat, dia melabuhkan punggung di sisi Afiq yang kelihatan serius menatap laptopnya. Buah epal di tangannya digigit sambil dia meneliti Afiq yang search benda entah apa-apa!

"Kau buat apa ni?"

Menjeling Syakir yang memang lemah IT, dia mendengus geram.

"Aku cari maklumatlah. Tak macam kau. Tahu nak melantak je. Dahlah, pergilah blah!"

Terpinga-pinga Syakir apabila badannya ditolak oleh Afiq. Tercebik bibir dia dengan sikap  Afiq apabila datang angin semacam dia. Melangkah perlahan-lahan ke pintu namun langkah dia terhenti apabila bunyi notification kedengaran dari laptop Afiq. Masih mengabaikan kawan dia, dia terus berjalan pergi.

"Kir!! Sini Kir!" jerit Afiq, cemas.

Memalingkan muka, sebelah kening diangkat sinis.

"Tadi kau yang suruh aku blah kan?" soalnya sinis dengan mulut penuh epal. Mengetap gigi, Afiq menjerit memanggil kawannya yang masih keras kepala itu. Nak tak nak, Syakir melangkah juga ke arah Afiq apabila dilihatnya Afiq seperti hendak memberitahu sesuatu.

"Kau tengok ni. Orang ni peliklah..." kata Afiq, sebagai pendahuluan. Fikir dia, Syakir akan faham apabila satu email di laman Dark Webnya ditunjuk, namun apabila melihat Syakir bagaikan keliru, dia menepuk dahi.

"Macam ni, selalunya, orang akan mesej kita dan terus bagi maklumat tentang mangsa untuk kita bereskan. Tapi orang ni... dahlah takde apa-apa maklumat pasal dia. Kau tengok apa dia hantar"

Menunjukkan ayat yang dihantar oleh orang misteri itu, Syakir cuba memahami.

'Trace aku untuk masa depan korang'

"What the... apa maksud dia?" soal Syakir, turut pelik. Diteliti lagi nombor yang dihantar oleh orang misteri itu. Erm... macam nombor telefon je ni?

"Kau try trace jap, Fiq" 

Pelik, namun Afiq patuh. Mencapai semua alatan untuk mentrace nombor telefon itu, hampir 15 minit dia mencari semua maklumat sebelum dia tergamam.

"Weh... ini bukan ke rumah... yang... Phoenixya?" soal dia terkedu. Syakir turut terkaku lalu Afiq segera menekan gambar yang terpapar. 

Dan ya! Betul! Membulat mata dia. Ditrace lagi sebelum dia mendapat alamat rumah itu dan juga sedikit maklumat berkaitan Phoenixya. Berpandangan dengan Syakir, segera dua jejaka itu berlari ke bilik Izz dengan laptop dibimbit.

"Izz!!!"

Lalu 9 pasang mata memandang pelik ke arah Afiq dan Syakir.

_______________

"Izz... kau tak sembuh lagi, Izz...."

Berat hati Syakir dan yang lain apabila melihat ketua mereka sudah bangun dari katil dan membuka segala balutan pada badan dia.

Izz.... balutan tu masih baru tahu...

"Aku okay! Percayalah! Dahlah, pergi bersiap sekarang!" arah Izz sambil dia membuka balutan pada badan dia. Baru dia ingin berjalan sedikit, erangan sakit dia terlepas. Laju dia memandang kakinya yang turut berbalut sebelum dia mencarut bengang. Macam manalah dia boleh lupa yang kaki dia terseliuh?

"Tengok, aku dah kata tadi kan..." kata Danial lalu dia memapah Izz kembali ke katil. Melihat wajah keruh Izz, Danial hilang kata.

"Umairah weh.. isteri aku. Kau pun dah tengok email tadi kan? Mesti ada sesuatu yang orang tu nak bagitahu...." keluh Izz, kesal. Kalaulah kaki dia tak terseliuh, dah lama dia bersiap.

"Izz.. mungkin itu perangkap jelah. Mungkin Phoenixya sengaja hantar email tu untuk buat kita serang diorang. Dalam masa yang sama, mungkin waktu ni diorang sedang bersiap sedia untuk tangkap kita" bantah Danish yang tadi berdiam diri. Izz mengeluh lagi. Namun hanya seketika apabila perhatian mereka semua terganggu sebaik bunyi notification masuk lagi ke dalam laptop Afiq.

"Izz...." Afiq terkaku. Kebenarannya, apabila satu folder sudah terdownload dengan sendiri, dia betul-betul gemuruh untuk buka.

"Kenapa?"

Berpandangan dengan Izz, Afiq menelan air liur.

"A-da.... video lah...."

Darah Izz berderau. Laju dia merampas laptop Afiq. Dan saat dia menekan butang open, satu video terus terpampang dan terus terlayar tanpa dia menekan butang play.

Jantung Izz bagaikan nak luruh apabila dalam video itu, terpampang isterinya yang ketakutan di sudut dinding. Seketika, muncul seorang lelaki.

Mata Izz membulat.

Itu Lucius!

Dan saat tangan Wawa sudah digenggam lelaki sebelum gunting dibenamkan pada kemeja Wawa, serta-merta, kemarahan Izz mulai membara. Bunyi koyak yang terhasil semakin memarakkan api kemarahan Izz.

Dan apabila kemeja biru Wawa sudah terbelah dua...

Dan apabila jeritan Wawa sudah bergema...

Dan apabila tawa Phoenixya sudah terlepas....

Pummm!!!

Terhinjut bahu Afiq dan yang lain apabila laptopnya ditutup kasar oleh Izz hingga menghasilkan bunyi yang menyeramkan. Nak marah, tak jadi pula sebab dia tahu punca Izz mengamuk.

Habislah...

"Siap sekarang!!!"

Dan apabila ketua Rosesblood betul-betul mengamuk.....

Tiada sesiapa yang boleh hentikan.

Bagaikan lipas kudung, laju yang lain melangkah ke bilik masing-masing dan bersiap-siap. 

"Tak guna! Aku akan pastikan kau menyesal, Lucius!!!"

Dendam semakin terbakar. Dua wanita bermakna dalam hidup Izz kini sudah dirampas oleh Lucius. Pertama, Rosary Dania, Mamanya yang dikasihi. Dan kedua, Nur Hazwa Umairah, isterinya yang disayangi.

Penumbuk dikepal. Gigi diketap.

Sebelum dinding ditumbuk kuat.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now