2 : Deja Vu

12.2K 782 14
                                    

"Ya Allah!! Wawa!!!!"

"Argh!!!!"

"Wawa?! Wawa! Kenapa ni?! Bangun sayang!!"

Goncangan bahu membuatkan aku tersentak. Membulat mata aku bangkit dari berbaring atas katil. Wajah risau ibu dipandang sebelum beralih ke sekeliling. 

Aku dalam bilik?

"Kenapa ni? Sampai menangis-nangis? Wawa mimpi ngeri ke?"

Mimpi? 

Wajah diraup dan seperti kata ibu, tangan aku berjaya menangkap cecair yang mengalir deras di pipi. Bukan di pipi sahaja, malah di dahi jelas peluh sudah merenik.

"Kenapa ni?" soal ibu lagi. Aku mengatur nafas beberapa kali sebelum muka diangkat dan gelengan kepala diberikan.

"Takde apa-apa. Mimpi biasa je tu. Sorry buat ibu risau"

Bagi menghilang kerisauan ibu, bibir laju menjamah dahinya yang berkerut seribu. Akibatnya, kuat tangan dia menepuk peha aku hingga aku menyeringai sakit.

"Eeeee, Wawa nilah! Dahlah tak mandi. Pastu nak cium ibu pulak!" marah ibu lembut dan aku hanya mampu tergelak. Perlahan-lahan ibu pula tersenyum. Mungkin percaya aku dah kembali okay sebelm dia berlalu pergi meninggalkan aku sendirian dalam bilik.

Hilang kelibat ibu, muncul pula mimpi itu kembali ke dalam kotak fikiran. Bagaikan terbayang di mata aku semua yang berlaku. Bagaikan pita rakaman yang diulang tayang semula. Perlahan-lahan aku tergelak lirih.

Apa yang kau mengarut ni Wawa?

Pengantin lelaki kena tembak, perkahwinan kau terbatal, penembak pandang kau tajam. Seriously Wawa, what is going on with you?

Aku stress, okay?

Nak kata itu mimpi, semuanya bagaikan benar belaka. Kenapa? Sebab memang betul apa yang berlaku dalam mimpi itu. Memang betul malam semalam aku ternampak Akif dengan perempuan lain berpegangan tangan, berpelukan malah berc.... Ah! Malas hendak menyerabutkan kepala.

Kalau aku ingat balik pun, aku juga yang sakit hati, bukan?

Aku juga yang terseksa dan makan hati sedangkan Akif hidup bergembira dengan pasangan yang dicintanya. Semestinya pasangan dia itu bukanlah aku, orang yang telah ditipunya hidup-hidup.

"Termenung apa lagi tu?! Pergilah mandi! Bersiap-siap!" bebel Ibu di muka pintu sebelum dia berlalu pergi kembali. Aku tersenyum pahit.

Buat apa nak cepat-cepat, ibu?

Wawa bukannya..... nak semua ni berlaku.

Tubir mata panas lagi. Dan laju aku menyekanya sebelum aku bangkit ke bilik air.

Sudahlah Wawa. Baik kau mandi dan segarkan diri je.

___________________

"Oh my gosh!! Puteri kayangan mana yang sesat kat sini ni?!!"

Tersengih pahit, pujian Kak Suha, perempuan yang merias diri aku terlalu tinggi. Puteri kayangan? Langsung tidak setara dengan aku.

Sebab?

Puteri kayangan berkahwin dengan orang yang cintanya. Puteri kayangan hidup bahagia selama-lamanya. Puteri kayangan tidak ditipu dan dipermainkan. Tapi aku?

Bagaikan perempuan simpanan sahaja bagi lelaki bernama Akif Ezzary.

"Kak Suha keluar dulu ya? Nanti ibu Wawa akan suruh Wawa turun bila pengantin lelaki dah sampai" 

Hanya anggukan menjadi jawapan. Kak Suha ralit mengemas barangnya, sementara aku hanya termenung di hadapan cermin. Tak lama kemudian, Kak Suha sudah keluar namun aku masih merenung baju itu.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now