76 : Demi Wawa!!

5K 573 88
                                    

Tenaga semakin menyurut. Semangat semakin pudar. Jiwa semakin kelam. Pandangan makin kuyu. Semuanya itu dihadapi oleh ahli Rosesblood. Sebungkus roti dan sebotol air yang diberikan tidak mampu menyalurkan tenaga. Mereka semua bertubuh besar, maka jumlah tenaga yang diperlukan sudah semestinya lebih besar. Apatah lagi mereka semua dalam keadaan cedera dan langsung tidak dirawat.

Bau hanyir darah bagaikan sudah lali bagi mereka. Sekeliling mereka penuh dengan darah. Belum lagi dikatakan dengan luka di badan, mungkin ada yang sudah lebam, mungkin ada yang sudah mula mengeluarkan bau.

Nafas masing-masing menderu dalam sel masing-masing. Nasiblah setiap sel mempunyai tingkap untuk mendapatkan udara, kalau tak, tak tahulah masih hidup atau tidak mereka semua. Sentiasa terbit di hati mereka, kenapa mereka tidak dibunuh sahaja? Namun masing-masing tidak mengeluarkan pendapat tersebut. Fikiran mereka sudah kusut, sekusut diri mereka.

Luka di bibir masih kekal. Setiap kali berdarah, hanya mampu dijilat dan ditekup dengan baju bagi menghentikan pendarahan. Manakala lebam di badan tidak mampu ditutup. Paling teruk, Danish. Dia yang paling muda dalam Rosesblood dan dia jugalah yang paling banyak cedera. Kesan tendangan di mukanya tempoh hati. Hidungnya tidak berhenti berdarah, memaksa dia menyumbat secebis kain bajunya yang dikoyak. Mereka semua tahu hidung Danish telah patah, namun apakan daya, mereka hanya mampu memandang simpati tanpa berbuat apa-apa. Berat mata memandang, berat lagi yang memikul.

Hari itu, seperti biasa, 2 orang ahli Feux akan masuk ke dalam ruangan sel. Hidangan harian diberikan kepada mereka. Masing-masing hanya memandang tanpa bergerak. Mereka hanya diberikan sebungkus roti dan sebotol air sahaja untuk sehari. Jadi pembahagiaan masa diperlukan. Namun semuanya memandang ke arah ahli Feux yang menyuruh mereka makan pada waktu itu juga oleh kerana Rizki ingin berjumpa dengan mereka selepas itu. Dua orang itu kembali keluar selepas itu.

Mereka semua saling berpandangan. Hanya isyarat mata tanpa suara. Terlalu letih. 3 hari terkurung bagaikan haiwan.

"Makan jelah. Mungkin ada hal dia nak bagitahu" Plastik roti dikoyak Hisyam sebelum dikunyahnya. Perlahan-lahan yang lain mengikuti.

_____________________

Seperti yang dikatakan Hisyam, kini mereka semua dipaksa melutut di dalam sebuah tempat. Sekeliling tidak diketahui oleh sebab kain hitam yang menutup kepala mereka. Namun sebaik kain tersebut dicabut,

Darah berderau.

"So harini...."

"APA KAU BUAT PADA DIA?!!!" tengking Johan kuat, memintas kata-kata Rizki. Hatinya panas sebaik melihat Wawa yang terdampar atas katil dan tidak sedarkan diri. Lagi menaikkan kemarahannya ialah baju yang tersarung di badan ketuanya. Baju itu bukan baju Rosesblood!! Bukan baju yang dipakai Wawa pada kali terakhir mereka bersama!

"Well, she's not bad. So why not kan?"

"Sial kau Rizki!!!!!"

Kali ni, bukan Johan sahaja yang mengamuk, namun yang lain turut bergerak cuba berdiri. Akibatnya, satu kayu cota dihayunkan ke badan mereka semua oleh ahli Feux yang berjaga di belakang mereka. Erangan sakit mereka terlepas. Lebih menyedihkan, Danish yang cedera teruk itu terbatuk darah untuk kali keberapa.

Ketukan di pintu mengalihkan tumpuan mereka semua. Mata kuyu masing-masing memandang ke arah seseorang yang melangkah masuk dengan wajah seriusnya. Orang itu terus menghampiri Rizki dan berbisik sesuatu.

Gigi diketap Hisyam.

"Sampai hati kau, Izz....."

Matanya yang tadi tertumpu pada wajah Rizki teralih ke wajah seorang lelaki yang dia yakin, lelaki itu yang bersuara. Lelaki itu kelihatan mengetap gigi. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak. Namun Eduardo hanya berdiam diri memandang tanpa simpati.

Hisyam memejam matanya.

"She's your wife!!!!" jeritnya lantang. Namun Hisyam bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Izz di situ hanya berdiri, memandang ke arahnya dengan wajah kosong?!! Padahal sebelum ni....

Hisyam tersentak. Senyuman pahit melorek di bibirnya. Bayangan Izz yang dulu, Izz yang memarahinya hingga sanggup menolaknya ke dalam kolam akibat dia telah memalukan Wawa berputar dalam kepalanya. Namun kini...

"K-kau... dayus Izz"

Eduardo tersentak. Entah kenapa, telinganya terasa panas dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki asing itu. Penumbuk dikepalnya kuat tanpa dia mengalihkan mata dari memandang lelaki itu. Kini, pandangannya berubah.

Pandangan tajam.

"A-pa maksud kau..."

"She's your chere epouse. She's yours tapi kau biarkan orang lain sentuh dia? Kau biarkan orang lain cederakan dia tanpa kau..."

"She not mine!!!!!" Jeritan kuat Izz membuatkan Hisyam tersentak seketika. Sesaat kemudian, dia tergelak. Dan gelaknya kedengaran jengkel di telinga Eduardo. Setapak lelaki itu mara namun pantas Rizki menahan.

"If she's not yours, jadi dia milik siapa?"

"She's his! Dia milik Rizki! Lepas korang mati, Rizki akan simulasi otak dia dan akan..."

"Simulasi?"

Eduardo tersentak. Riak wajahnya berubah. Dia tak sedar apa yang dia katakan. Emosi memaksa dia bersuara tanpa logik akal.

Hisyam tersenyum nipis. Dari menunduk, dia angkat kepala. Dan apa yang dicari oleh matanya kini dapat ditangkap.

Riak wajah pucat Rizki.

Yang lain sudah tergamam. Masing-masing bagaikan dapat menghidu teknik Hisyam dalam menumpaskan Rizki biarpun dia berada dalam keadaan terikat. Masing-masing kembali memandang Rizki dan Eduardo bersilih ganti. Kedua-duanya kelihatan pucat. Belum sempat mereka ingin mencelah dan membantu Hisyam, seseorang yang masuk ke dalam bilik mewah tersebut sekaligus mematikan peluang ahli Rosesblood.

Dan. Menghidupkan peluang Rizki.

Sebaik melihat Ress menghampirinya, Rizki secepat mungkin mengawal riak mukanya. Sesuatu yang dibawa di tangan perempuan itu melegakan hatinya. Senyuman sinisnya kembali terukir sebaik penyuntik itu berada dalam genggamannya. Memandang ahli Rosesblood, seperti yang disangka, semuanya sudah berubah riak. Hilangnya riak wajah keyakinan mereka sebentar tadi.

"Jadi... mari kita mul..."

"Don't you ever try to touch her!!!" Sebelah kening Rizki terangkat memandang seorang ahli Rosesblood yang menengkingnya. Bahu diangkat sekali dengan selamba sebelum dia memanjat katil Wawa.

"Oh ya? Trylah halang aku" katanya sengaja menyakitkan hati yang lain. Kepala Wawa yang masih tidak sedarkan diri itu diangkat sebelum dipangku elok. Penuh lemah lembut, rambut perempuan itu diusap sebelum tangan perempuan itu dicapai.

Ahli Rosesblood yang lain mulai meronta-ronta. Kayu cota yang memukul bagaikan tidak memberi kesan kepada mereka. Sakit memang sakit, jatuh memang jatuh, tapi mereka tetap cuba bangun. Kedua-dua tangan yang digari langsung tidak menghalang mereka. Semuanya...

Demi Wawa!!

( Let's start it!! 350 votes for next chapter geng! )

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now