78 : Final Fight

4.3K 555 72
                                    

"Izz?!! Izz! Izz!!"

"Kenapa?!!"

"Izz pengsan!!" jerit Hisyam melawan bunyi tembak-menembak di situ. Kebingitan suasana di situ menenggelamkan suaranya hinggakan dia terpaksa menjerit. Riak wajahnya cemas.

"Kau! Kau! Bawa Izz ke jet sekarang!!" arah Ash di situ kepada dua orang anak buahnya. Kedua-dua orang itu mengangguk sebelum mereka berdua berlari ke arah Izz yang dipangku Hisyam. Ash dan yang lain segera melindungi mereka bertiga. Tembakan demi tembakan, letupan demi letupan!

Ash segera menyorok pada sebahagian dinding yang berbaki. Selebihnya sudah hancur selepas terkena letupan bom.

Imbas Kembali

"Sial!!! Lepaskan dia!!!!"

"Jauhkan tangan kau dari dia, tak guna!!!!"

Jeritan demi jeritan ahli Rosesblood diabaikannya. Tangan Wawa dicapai lalu disingkap lengan baju panjangnya hingga melebihi siku. Jarum penyuntik di tangannya dicuba dahulu. Apabila yakin, hujung jarum itu diarahkan ke arah bahagian pelipat siku.

Kerja itu hanya dilakukan seorang diri. Tak risau Wawa tiba-tiba sedar dan melawan? Nope. Sikit pun Rizki tidak risau. Dia yakin ubat tidur yang diuruskan Ress itu cukup kuat.

Overconfident, buruk padahnya.

Tanpa disangka mereka, bahaya sebenarnya sedang berada di sekitar mereka. Tanpa mereka sedar, rumah kebanggaan Rizki, rumah yang berdinding transparent kecuali bilik bawah tanah Wawa ditempatkan yang berdinding konkrit itu kini telah dikepung. Bukan seorang dua, namun hampir mencecah ratusan orang.

Teet! Teet! Teet!

"Bunyi apa tu?" soal Rizki sebelum dia merengus. Bunyi itu telah mengganggu kerjanya. Yang lain turut memicingkan telinga. Rizki memandang sekeliling untuk mencari punca bunyi sebelum dia sedar, punca bunyi itu berada di almari berhadapan katil yang didiami Wawa. Dahi Rizki berkerut.

Sejak bila aku.....

Teet.

BOOMMM!!!!

Kesan letupan itu telah menghasilkan lubang yang besar pada dinding konkrit itu. Beberapa orang tercampak. Asap kelabu memenuhi kawasan, mengaburkan pandangan. Beberapa orang yang terselamat mengelip-ngelipkan mata mereka, keliru. Bunyi bingit letupan yang telah menyebabkan cairan merah mengalir dari telinga mereka menguasai pendengaran membuatkan mereka tidak mampu menggunakan deria pendengaran. 

Namun deria lain, deria penglihatan.

Lima saat selepas letupan besar, beberapa orang masuk melalui lubang besar itu bersama senjata di tangan mereka. Kesemuanya memakai mask dan berpakaian serba hitam. Warna kebanggaan Rosesblood.

Johan yang terselamat mengelipkan matanya tanda tak percaya. Namun saat seseorang melangkah ke arahnya.... Seseorang yang terdapat busur dan panah di tangannya... seseorang yang pakaiannya terdapat lambang Rosesblood.... dan orang itu segera melutut depannya.

"Johan, kau okay?!!!"

Ternganga.

"IMAN?!!!!!!"

____________________

Imbas Kembali : Di situasi Ash, Zuell, Iman dan Danial. Beberapa jam sebelum pertarungan bermula. Markas Rosesblood

"Jadi.... Ini sahaja?" soal Ash tak percaya. Iman tersengih sebelum dia mengangguk. Kepala yang tidak gatal digarunya.

"Kita kat Paris, Ash. PE-RAN-CIS" kata Danial mengingatkan Ash kalau-kalau perempuan itu lupa. Dengusan Ash kedengaran. Kembali dia memandang ke depan, menghadap semua assassin yang dapat dicari oleh Rosesblood. It's okay, Ash. Rosesblood akan lawan Feux. Only Feux.

"Okay first aku nak tanya. Faham bahasa Melayu?!!!" jerit Ash kuat. Suaranya bergema namun soalannya disambut oleh anggukan kesemuanya. Hembusan nafas Ash terlepas lega. Senang kerja.

"Dua benda penting korang kena tahu! Pertama, misi kita kali ini ialah menyelamatkan ahli Rosesblood yang terperangkap di markas Feux! Maksudnya, semua ahli Feux akan dihapuskan! Kalau di sana ada saudara korang, contohnya saudara kandung yang sudah lama terpisah dan terjumpa kembali di markas Feux, by hook or by crook, you need to kill him or her immediately! No mercy or anything! Kalau aku dapat tahu ada yang tak ikut arahan aku, dia akan dikenakan hukuman! Faham?!!"

"Faham!!"

"Kedua, kat sana aku nak korang cari dua orang ni"

Isyarat mata diberikan kepada Zuell. Zuell segera menekan button remote. Seketika, keluar hologram di hadapan mereka semua. Hologram yang sangat besar. Dan hologram itu membuatkan mereka semua ternganga.

"Perempuan dan lelaki ni, sesiapa yang dapat tangkap mereka berdua akan diberi bayaran berlipat ganda dari yang lain! Aku nak diorang berdua ni hidup-hidup! Cedera atau mati, bayaran akan kembali ke harga asal!"

"Tapi macam mana kitorang nak kenal perempuan dan lelaki ni? Takkan maklumat berdasarkan wajah sahaja?" soal seseorang membuatkan Ash tersenyum sinis sebalik mask yang dipakai. Good question. Amarah api dendam membara-bara dalam diri Ash hingga tak dapat dikawal tangannya dari dikepal.

"First, rambut perempuan ni berwarna putih"

Semua mengangguk.

"Second, she's France. Seorang perempuan berwarganegara Perancis sentiasa ingin kelihatan cantik walaupun di mana sahaja. Lelaki tu pula Malaysian"

Mengangguk lagi.

"Last clue for those bullshit"

Sunyi. Ash menarik nafasnya sebelum dilepaskan. Terasa jijik bibirnya ingin menyebut nama itu. Terasa lidahnya akan dikotorkan! Semangat dikumpul. Mata diliarkan tajam ke satu persatu wajah bakal anak buahnya sebentar nanti. Dan tersenyum sinis.

"Her name is Ress while his name is Rizki. Perempuan ni PA lelaki ni dan lelaki ni...."

"Ketua Feux"

( Walaupun terpaksa minta tolong orang lain, but still, ROSESBLOOD MENANG BEB! CAYALAHHHHHHHHHHHHHHHHH! K dah. 310 votes for next chapter! )

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Donde viven las historias. Descúbrelo ahora