41 : Saya Rindukan Awak, Chere Epouse

7.9K 540 8
                                    

Melihat Ash melangkah keluar dari wad dengan wajah muram pun dah membuatkan yang lain mengeluh serentak. Yes, serentak. 

Diramas rambut dengan kasar sebelum terbit lagi keluhan dari bibir.

"Sampai bila kita nak biar Izz macam ni" luah Zuell, kesal. Dipakukan matanya pada lantai di hadapan mata. Bagaikan terpancar riak wajah gembira Izz di situ. 

Tapi dia tahu. Kegembiraan Izz bersalut duka yang berjuta.

"Kita nak buat macam mana, Zuell. Hanya Wawa je pengubat Izz. Tapi Wawa pulak macam tu" keluh Rizal pula. Zuell memejamkan matanya. Cuba menghilangkan rasa bersalah dalam diri.

Andai dia kuat, pasti Wawa takkan jadi sebegini. Andai dia pantas, pasti Wawa takkan koma. Dan andai dia berani, pasti Wawa tidak perlu melakukan pembedahan untuk mengeluarkan darah bekunya.

Meraup wajah pula, pelbagai riak muka muncul dalam fikirannya. Bermula dari si Setan yang menyebabkan dia termasuk dalam kumpulan Phoenixya sekaligus, terperangkap dan tak dapat keluar.

Siapa lagi kalau bukan Akif Ezzary?

Bertukar lagi. Wajah Alfia yang muncul. Terketap-ketap gigi Zuell apabila bayangan kekejaman Alfia masuk ke dalam fikirannya. Ibarat diulang tayang. Semuanya, percakapan mahupun perbuatan perempuan itu kembali bergema.

Bertukar lagi. Nafas Zuell mulai naik turun menahan kemarahannya. Lucius.

"Shitt" carutnya dengan gigi terketap. 

Lucius yang menarik rambut Wawa, Lucius yang menumbuk muka Wawa dan Lucius yang... Zuell tak sanggup membayangkan saat terakhir dia bertemu dengan Wawa.

Tanpa Zuell sedari, tangannya sudah terkepal kuat hingga menggeletar buku limanya. Rizal di sebelah sudah menelan air liur. Seriau, keluarga Lefecere memang creepy shit.

Namun apabila satu wajah terakhir masuk ke dalam fikiran, hati Zuell bagaikan tersentap. Terus kepalanya yang tertunduk diangkat lalu secara tiba-tiba dia bangkit berdiri. Merenung semua wajah yang jelas terkejut dengan tindakan drastiknya, satu soalan terbit dari mulut Zuell. Satu soalan yang berjaya membuatkan Hisyam dan Zahid tersentak.

"Fist dah kena bunuh ke?" 

Hisyam dan Zahid berpandangan. Tertelan terus air liur mereka sebelum kembali memandang Zuell yang menanti. Jujur dikatakan, wajah serius Zuell mampu buat mereka menggeletar secara tiba-tiba. Dan saat gelengan menjadi jawapan Hisyam, laju Zuell menerpa ke arahnya.

"Mana kau kurung dia?!" tengkingnya.

Hisyam tergamam. Bukan dia je, yang lain termasuklah Ash turut terkesima. Terketar-ketar Hisyam membuka mulutnya.

"De-kat... mar-kas..." 

"Kenapa kau tak bagitahu awal-awal?!" 

Tengking lagi namun kali ni, senyuman makna Zuell sudah terukir. Naik meriding bulu roma Hisyam dibuatnya. Lantas, tangan Zuell yang menggenggam bahunya dilonggarkan lalu ditolak perlahan.

"Err.... aku lu-pa..." jawabnya tersengih pahit. 

Kali kedua, jantung Hisyam bagaikan nak luruh apabila Zuell tiba-tiba berdiri tegak dari bertinggung di hadapannya tadi sebelum lelaki itu bertepuk tangan dengan kuat.

Hisyam berpandangan dengan Zahid yang jelas, naik pelik dengan sikap tiba-tiba Zuell. 

Gila ke budak ni?

"Bagus Hisyam! Yes! Akhirnya!"

___________________

"Chere epouse"

Mencapai tangan wanita itu, kebekuan yang menjelma. Lantas senyuman pahit Izz terukir. Berselang dengan tubir mata yang mulai panas.

"Bangunlah. Saya merayu awak bangun, chere epouse..."

Wajahnya yang bercalar semakin merobekkan sekeping hati Izz. Pipi yang kebiruan, bibir yang pecah, dahi yang berjahit.

"To-longlah, Umairah. Bangun, tolonglah bangun. Jangan seksa saya macam ni. Saya rindukan awak"

Ketua Rosesblood yang dingin dan beku itu akhirnya cair. Hingga habis basah pipinya. Hingga habis merah wajahnya. Hingga habis kabur pandangannya.

Lantas mata dipejam rapat dan tangan beku itu dicium penuh kasih. Lama, sangat lama. Dibasahkan dengan bibir merahnya sebelum dihembus lembut. Berniat agar akan terhasil haba pada tangan itu.

Namun tak semua yang kita nak itu akan terjadi. Tiada langsung tiada sebarang kehangatan berlaku.

Gigi diketapnya rapat namun sekuat mana pun, esakannya tetap akan terkeluar. Malah makin lama, makin kuat. Kesakitan luka yang terasa bagaikan hilang apabila di dalam itu lebih pedih.

Di dalam. Hati.

"Che-re epo-use..." 

Terketar-ketar. Lalu tangan itu dibawa ke mata hijaunya. Dibasahkan tangan itu dengan air mata kasihnya.

"Sa-ya minta maaf. Saya minta maaf sebab tak lindungi awak. Saya minta maaf sebab saya lambat. Tapi tolonglah, saya merayu. Bangun. Buka mata awak. Tolonglah, Umairah..."

Kembali mengangkat muka, harapan tetap tinggal harapan. Kelopak mata itu masih terpejam. Masih terkaku seperti sebelum ini. 

Lalu bibir Izz semakin berketar.

"Saya rindu awak, chere epouse..."
___________________

"Damn...."

"Kau dah kenapa, Fiq?" 

Menoleh, wajah berkerut Syakir menyapa matanya. Kembali matanya dipakukan pada pasangan suami isteri yang tidur sekatil itu melalui cermin di pintu wad itu.

Namun hanya seketika.

Segera Afiq berlalu ke kerusinya sebelum kepala dipanggungnya.

"Shitt...."

Carutan dari mulut Syakir pula keluar sebaik dia faham apa yang membuatkan Afiq mencarut. Pastinya adegan sedih di dalam wad itu. Lalu Syakir pula memanggung kepalanya di sebelah Afiq yang masih menunduk.

"He's sick..." luah Syakir, semakin mengalah. 

"Fizikal mahupun mental Izz dah sakit..." sambung Afiq pula. Hanya mereka berdua di wad ketika itu. Yang lain sudah pulang untuk merehatkan diri. Macam yang dirancang, malam ini tugas Afiq dan Syakir pula untuk mengawasi Izz. Sementara yang lain kemudian hari.

"Then how?" soal Syakir tanpa mengangkat mukanya. Gelengan Afiq semakin membuatkan dia tertekan. Untuk kali keberapa, rambut diramasnya kasar sebelum mata dipejam rapat. Didongakkan kepala menghadap siling.

Wawa, please wake up!

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now