6 : Tunang

10.3K 856 69
                                    

Termenung ke luar jendela. Merenung nasib diri yang amat sedih. Seketika, tangan naik meraup wajah yang jelas kusut.

Terima atau kau mati

Arahan yang senang tapi berbaur ugutan. Terima bermakna hidup aku bakal musnah. Apa kau ingat hidup dengan pembunuh ni seronok dan akan bahagia? 

Tapi kalau tolak, bermakna kau telah membahayakan nyawa kau sekaligus nyawa ibu. 

Mana yang kau pilih Wawa?

Sengsara berseorangan atau....

Sengsara dan mati akhirnya berduaan?

Tangan naik lagi meraup wajah hingga jatuh pada rambut. Masih terasa kesan si dia menarik rambut aku tanpa belas kasihan. 

Itu nak dibuat suami?

Belum kahwin lagi, dah cederakan aku. Dah ugut aku. 

Kalau dah kahwin nanti, macam mana pula? Agaknya, hanya mayat aku nanti diusung ke rumah ibu.

Itu pun kalau dia masih berhati perut. 

Dibuatnya andai dia hanya membiarkan mayat aku mereput, tak ke lagi haru? Tak tenang dunia akhirat, Wawa...

"Kenapalah aku juga yang kena hadap semua ni" keluhku lagi. Bukan aku tak ceritakan pada ibu yang ada orang akan memasuk minang, tapi baru sahaja aku nak berterus terang, ibu sudah gembira lantas mulutnya lancar berkata ingin merancang pelbagai aktiviti.

Habis aku?

Tak sanggup ingin melukakan hatinya, aku hanya mampu tersenyum pahit dan sesekali mengangguk apabila ibu mencadangkan sesuatu.

Mengeluh lagi dan kali ni, disambut ketukan pintu.

"Ya?" laungku menjawab tanpa melangkah ke pintu.

"Cepat siap. Lagi 1 jam diorang sampai. Ibu dah siapkan makanan. Wawa tinggal mandi-mandi dan bersiap je. Jangan lama sangat ya, Wawa?"

Berdiam diri. Ibu... Wawa tak nak semua ni!! Rasa nak merengek tapi hati ibu macam mana Wawa?

Aku dapat rasa, ibu memang sedang mencari seseorang untuk menjaga aku sejak pembunuhan berlaku. Ya, mungkin dia takut satu-satunya anak dia tidak akan mendapat pinangan sesiapa sejak kes itu berlaku. Mana taknya, pasti lelaki-lelaki di luar sana tidak berani berkahwin dengan aku sebab takut mati ditembak juga.

Dan lamaran kali ni tidak akan sesekali ditolak ibu.

"Wawa dengar tak ni?"

"Dengar. Nanti Wawa siap"

"Bukan nanti sayang, sekarang"

Mengeluh lagi sebelum aku melangkah ke bilik air.

___________________

Keluar bilik air sahaja, aku hampir ternganga dengan baju yang disediakan ibu. Laju aku menerpa pada baju itu sebelum tangan naik mengurut pelipis.

Ibu... Wawa nak tunang jelah... Bukannya nak kahwin..

Kenapa mewah sangat ni?

Mengurut pelipis lagi sebelum aku melabuhkan punggung di atas katil. 

Ibu memang nak Wawa kahwin sangat ke, bu?

Mengeluh lagi dan lagi namun semuanya hanya mampu ditahan dan ditelan. Sejahat-jahat aku, aku takkan mampu untuk melukakan hati ibu. Berdasarkan jenis kain baju ini sahaja aku dapat agak harga sepersalinan pakaian itu.

Mahunya beribu

Malas membantah, terus aku menyalin tanpa soalan.

_________________

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now