51 : Je Suis Désolé

7.5K 518 17
                                    

Urm gais, aku tk publish chapter 50 : Sweater coz yeah. Tkpe enjoy je yang ni tau!

"Good Morning, chere epouse!

Satu suara betul-betul dari hadapannya. Wawa berkerut dahi apabila suatu bauan minyak wangi yang kuat gila namatey menyapa hidung dia. Perlahan-lahan mata tertutupnya dibuka. Susuk tubuh Izz yang sedang bersiap di hadapan cermin menyapa matanya.

"Izz?"

"Hey, bangun cepat. Saya kena kerja harini"

Mata yang hampir tertutup balik tadi terus terhenti sekerat jalan. Terbuka luas gila sebaik mendengar satu ayat terlepas dari mulut Izz yang sudah berlalu pergi ke wardrobe. Wawa bangkit dari baringan.

"WHAT?! NOOO!"

Bangkit dari katil, Izz yang sedang mengemas beg baju segera dihampirinya dalam wardrobe.

"Perlu ke?" soalnya kecewa. Mana tak kecewa weh. Baru je malam semalam diorang semua meraikan kemenangan Rosesblood. Dan baru je beberapa hari mereka berdua dapat berbahagia semula. And right now guys, he's leaving me!

Omg.

"Perlu. Sangattt perlu!" Tekan Izz dalam. Selesai mengemas beg bajunya, dia berpaling menghadap Wawa. Pucuk hidung Wawa dicuitnya apabila Wawa terus berdiam diri. Telepati. Telepati Izz, bukannya dia tak dengar apa yang Wawa cakap dalam hati tu.

Semuanya dia dengar.

"Okay, macam ni. Saya janji saya buat kerja secepat mungkin dan akan pulang semula ke pangkuan awak lepas kerja dah siap. Pastu kita pergi jalan-jalan? Awak nak pergi mana? Maldives?" Cadang Izz, berharap agar tawarannya itu mampu mengubat sedikit kelukaan di hati Wawa. Tapi bila suara hati Wawa yang membebel dan mengutuk dia tu masuk ke dalam fikirannya, Izz hanya mampu mengeluh dalam hati. Habis kau, Izz.

"Balik pukul berapa?"

See? Aku cakap dah.

Tengkuk diusapnya dengan wajah serba salah. Tersengih, teragak-agak Izz menjawab.

"Err, tak pasti tapi... Hari Khamis depan" 

"Hah?!!"

Terkelip tiga kali mata Izz dengan kelantangan suara Wawa. Terkedu dia untuk seketika sebelum kembali tersedar apabila bahunya digoncang kuat oleh Wawa. Walaupun tak berapa goncang sebenarnya. Well Wawa tu kemetot je weh.

"Kenapa lama sangat?! Alaaaa sampai hati tinggalkan saya sorang-sorang kat sini!" jerit Wawa, tak puas hati. Kuat, sangat kuat hingga terketap gigi Izz menahan pedihnya.

Sabar Izz, sabar.

"Chere epouse, mestilah lama. Kat France tau saya per----"

"WHAT?!!!"

RIP telinga.

"Haaa! Saya tahu macam mana! Saya ikut pleaseeeee" rayu Wawa dengan matanya dikerdipkan beberapa kali. Dilekapkan kedua-dua tangan sambil memandang Izz yang memicingkan mata.

Eh, tak jalan ke?

"Chere epouse, kerja kitorang semua ni bukannya macam chef tahu? Bahaya" bantah Izz sebelum dia segera melarikan diri ke luar bilik. Bahaya! Wawa kalau pujuk semua cara dia sanggup buat.
___________________

"Izz! We have to go right now! Takut terlepas flight!" 

Berpaling, 5 jari diberikan kepada Afiq yang melaung di tepi cab tanda 5 minit sahaja. Kembali memandang hadapan, pandangan Izz tertumpu pada seorang wanita yang termenung dengan kaki dimasukkan ke dalam kolam. Tersenyum pahit, dihampiri Wawa bersama Ash yang mengekori dari belakang.

"Chere epouse, Ash akan temankan awak selama seminggu ni"

Tak membalas. Tiada reaksi. Biarpun kebenarannya Izz betul-betul di sisi wanita itu. Cuma Izz berdiri dan Wawa duduk.

Ash di belakang sudah berkerut dahi. Eh, semalam bukan main sweet? Ni dah gaduh?

Mengeluh, nak tak nak Izz terpaksa cangkung. Habis basah sedikit kasut conversenya apabila terkena air kolam yang sedang berombak perlahan itu. Ditenung wajah dari tepi milik Wawa sebelum jarinya meliar menyelitkan rambut terjuntai Wawa ke belakang telinga.

Seperti yang disangka, Wawa berdecit lalu kembali menguraikan rambutnya itu ke hadapan hingga menghalang pandangan. Act, air mata yang mulai nak bergenang sedaya-upaya cuba disoroknya. Digigit bibir bawah mengelak dari esakannya keluar.

Mengeluh, Izz kembali berdiri. Dia kembali berpaling memandang Ash sebelum berkata sesuatu. Yang pasti sesuatu yang dikatakan itu tidak dapat difahami oleh Wawa. Bahasa Perancis.

Ash hanya mengangguk faham. Sepucuk pistol yang dihulurkan Izz kepadanya sebagai langkah keselamatan selama mereka tiada ini dicapai Ash. Diselit belakang seluar sementara mata mengekori langkah Izz yang menuju ke cab.

Hampir sahaja kakinya meneruskan tapak yang berbaki saat bunyi larian berderap di belakangnya. Izz berpaling sebelum tubuhnya terdorong ke hadapan. Cincin yang tersarung pada jari sang pemeluk dari belakang itu dipandangnya sebelum dia tersenyum.

"Izz, bagilah saya nak ikut..."

Pudar terus senyuman Izz. Pantas dia berpaling ke arah Wawa. Baru dia ingin mendongakkan kepala Wawa, pantas wanita itu menyorokkan mukanya ke dalam jaket Izz. Dipeluk kuat mengelak dari Izz meleraikan.

Tak! Dia takkan benarkan Izz pergi!

Esakan yang bergema membuatkan Izz semakin terkesima. Berkerut seketika dahi dia lalu dipandang Ash yang turut berkerut dahi. Diberi isyarat tanda kenapa dan Ash hanya mampu mengjongketkan bahu sebelum menggeleng.

"Hey, kenapa menangis ni?" soal Izz, pelik. Cuba dilonggarkan pelukan namun masih seperti tadi. Erat. Sekali lagi Izz cuba melonggarkan pelukan apabila Afiq di tepi cab sudah menunjukkan jam.

Saya minta maaf, chere epouse.

Cuma membaca fikiran Wawa, namun fikirannya sendiri dah kusut. Macam mana dia nak hadam fikiran orang lain pula?

"Umairah, saya dah kena pergi ni. Nanti terlepas flight"

"Izz, please! Jangan tinggalkan saya, Izz... Sa-ya takut... Sa-ya tak sedap hati, Izz... Sa-ya risau kalau apa-apa jadi pada a-wak... Sa-ya tak nak Izz... Sa-ya tak nak benda tu berulang kembali..." esak Wawa lagi di dada Izz. Habis basah sedikit T-shirt Izz dek air matanya.

"Hey, yang lain kan ikut saya? Diorang akan lindungi sayalah. Lagipun saya dah bertahun buat kerja ni, chere epouse. Awak janganlah risau" pujuk Izz. Wawa masih berdiam diri dengan esakannya yang makin menjadi. Naik pening Izz dibuatnya. Tak pernah-pernah Wawa macam ni kot.

Nak menyoal lagi, namun sebaik melihat Afiq dah terpaksa bercakap dengan pemandu cab mereka, Izz betul-betul buntu. Dalam keterpaksaan, dileraikan juga pelukan biarpun Wawa meronta-ronta ingin memeluknya kembali.

"Je suis désolé, chere epouse" ucapnya sambil dia mengundur. Bersalah sungguh dia melihat Ash terpaksa menahan Wawa yang meronta-ronta tidak mahu membenarkannya pergi.

Tersenyum pahit, pantas Izz melarikan diri ke dalam cab.

"Takk!! Izz! Jangan tinggalkan saya, Izz! Izz Izkandar!!!" 

Tamat. Semuanya terlambat apabila Izz sudah meloloskan diri dalam cab dan terus berlalu. Depan mata Wawa, Izz melambainya. Depan mata Wawa, Izz berlalu pergi meninggalkannya.

Rontaan Wawa mulai hilang sedikit demi sedikit. Ash semakin bersalah namun dia terpaksa. Kalau terlepas flight, mahunya berjuta-juta mereka hilang.

"Mari kita masuk, Wawa" ajak Ash lalu dipimpin Wawa yang masih menangis masuk ke dalam rumah. Pelik, seperti Izz. Dia juga keliru kenapa Wawa menangis sebegini rupa? Teresak-esak ibarat kanak-kanak kecil. Hingga habis comot wajahnya. Ash memang blank! Tak tahu nak pujuk isteri Izz ni macam mana.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now