73 : Tinggalkan Aku

6.3K 531 277
                                    

Silakan dgr 👆

Kegelapan sel yang menempatkannya menemannya sepanjang malam. Tidak seperti malam-malam sebelumnya, kini hanya kedinginan malam sahaja yang menyelimut dirinya berbanding gebar besar dan lembut. Hinggakan kepulan asap berwarna putih keluar dari mulutnya setiap kali dia menghembuskan nafas.

"Wa"

Wawa menoleh saat namanya dipanggil. Wajah keletihan Danish yang ditempatkan di sel berhadapan dengannya dipandang kosong. Sekosong hatinya.

"Kau okay?" soal jejaka itu. Wawa berdiam diri. Matanya kembali tertumpu pada tangannya. Lama direnung bagaikan ada sesuatu di situ yang menarik minatnya.

Ya, ada sebenarnya.

Gari yang menggari kedua-dua belah tangannya. Direnung lama.

Melihat Wawa hanya membisu, keluhan Danish terlepas.

"Wawa, jangan risau. Kita pasti dapat keluar dari sini" kata Danish lagi, cuba memberi semangat pada wanita beranakkan dua itu. Namun seperti tadi, hanya kesunyian yang menyambut kata-kata Danish. Membuatkan Danish mengalah dan menyandarkan belakang badannya pada dinding.

"Wawa, kita akan okay. Aku janji" Satu suara yang bukan suara Danish. Suara Remy.

"Zuell dengan Danial mesti tengah menuju ke sini" Satu suara lagi, suara Syakir.

"Yes! Diorang mesti tengah usaha untuk selamatkan kita!" sambung suara lain, Johan.

Namun satu pun tak mampu meniupkan semangat ke dalam diri ketua mereka. Satu pun tak. Mati kutu yang lain apabila Wawa hanya membisu dan merenung dari di tangannya. Masing-masing mengeluh.

"Wawa..."

"Lepas ni, kalau ada peluang untuk selamatkan diri, aku nak korang pergi"

Ayat yang tiba-tiba keluar dari mulut Wawa membuatkan yang lain tersentak. Tak faham, mereka semua saling berpandangan dengan wajah keliru. Kecuali, seorang lelaki. Berdegup laju jantungnya sebaik dia memahami apa yang cuba disampaikan Wawa biarpun tersirat. Mengepal penumbuk, mencerlung matanya menikam ke arah sel yang ditempatkan ketuanya biarpun dia tak dapat memandang perempuan itu.

"Kau cakap apa ni Wa?" soal Johan dengan giginya diketap.

Satu senyuman melorek di bibir lukanya. Tapak tangan yang direnung dikepal sebelum dia mengerling pintu utama yang menghubungkan jalan keluar dari sel ini dengan ekor matanya.

"Aku nak korang pergi secepat mungkin"

"Tanpa kau?! No! Hell no, Wawa!!" tingkah Johan kuat, menggegarkan jantung yang lain. Jadi... itu yang Wawa maksudkan? Mata yang lain tertumpu pada wajah Wawa dengan pandangan tak percaya.

Wa? Seriously? Mengalah? Lari? That is not Rosesblood!

"Sampaikan salam sayang aku pada anak-anak aku" kata Wawa lagi, mengabaikan bangkangan Johan. Matanya masih mengerling ke arah pintu utama itu. Jeritan Johan yang memanggilnya dan menjerit-jerit membantah kata-katanya dihiraukan.

"Aku ketua korang, jadi korang kena ikut cakap aku"

"Wa, are you out of your mind?!!! Kalau ya pun kau nak kitorang ikut arahan kau, this is not kind of order, Wa!!!!!" Jerit Johan lagi namun tetap dihiraukan Wawa. Lima, empat, tiga, Wawa mengira detik-detik dalam hatinya. Pintu utama dipandangnya.

Satu.

Krekkkk.....

Masing-masing memandang ke arah pintu utama itu sebaik bunyi dibuka kedengaran. Muncul 3 orang lelaki sebalik pintu itu dan semuanya menuju ke sel Wawa. Senyuman melorek di bibir Wawa. Manakala Johan, jantungnya makin berdegup kencang.

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now