52 : She Misses You, Izz

8K 511 79
                                    

( AMARAN! TERLALU BANYAK BAHASA PERANCIS DALAM BAB NI )


Merenung skrin telefon untuk berapa kali, Ash di sebelah naik rimas. Dikerlingnya Wawa yang tenung phone bagaikan ingin tembus. Tak puas tengok, dibukanya lalu segala aplikasi dijelajah. Whatsapp, Messenger, Instagram mahupun Message. Risau andai Izz ada terhantar message dan dia tak perasan.

Eh kejap. Terhantar? Maksudnya... tak sengaja hantar?

Tersenyum pahit, air mata Wawa bergenang lagi. Sudah 3 jam berlalu dan Izz masih belum menelefon mahupun menghantar apa-apa mesej.

Rindu? Bukan. Dia risau. Suatu perasaan yang tidak sedap kuat menggenggam tangkai hatinya. Lamunannya dihentikan dengan tepukan di bahu oleh Ash.

"Wa, sudahlah tu. Diorang dalam kapal terbanglah tu. Nanti dah sampai diorang call lah" pujuk Ash. Mengangkat muka, seketika Wawa memandang wajah Ash sebelum kembali memandang telefon.

Dahi ditepuk Ash akibat geram. Kuat betullah penangan Izz Izkandar ni. Sampai boleh gila dia tengok Wawa asyik dengan telefon je.

Menutup TV, handphone di tangan Wawa dirampasnya lembut. Terpana seketika isteri Izz dibuatnya. Sebelum perlahan-lahan wajah itu berubah tegang.

"No. Aku takkan bagi selagi kau tak pergi makan. Kau tak makan lagi kan? Dari pagi tadi kan? Sebab kau merajuk?" sindir Ash, penuh geram lalu phone Wawa disorokkan atas almari yang tinggi. Yeah, tinggi weh! Sampai kena naik tangga yang boleh lipat tu!

Mengunci mangga pada tangga bagi memastikan Wawa takkan dapat menggunakan tangga itu untuk mencapai phone, Ash kembali menghampiri Wawa yang nampak kemarahan.

"Ash! Bagilah balik phone aku!"

"Tidak selagi kau tak okay" balas Ash selamba lalu dia melangkah ke dapur bersama Wawa. Diangkat tudung saji.

Ternganga. Yes. Kosong weh!

Mendengus geram, lengan bajunya disinsingkan hingga ke lengan. Kurang asam punya Rosesblood. Makan tak ingat orang belakang sial!

"Kau duduk sini diam-diam. Aku pergi masak jap" kata Ash lalu dia menghilang ke dapur.

___________________

PRANGGG!!!

"ARGHHH!!!"

Bagaikan lipas kudung, pantas Ash melangkah ke depan. Siap dengan sudip dan apron lagi.

Dan seketika, dia memang ternganga gila sebelum gigi diketap kuat.

"WAWA!!! APA KAU BUAT NI?!!"

Terkesima sebelum perlahan-lahan tersengih. Pantas Wawa bangun dari terjatuh. Cuba berdiri tegak namun masih terasa sakit pada buku lalinya. Di-cover sakit dengan sengihan.

"Err, takde apa-apalah. Eh, kau dah masak? Aku laparlah" kata Wawa dengan wajah gembiranya lalu diatur langkah menghampiri Ash.

Selangkah je dia atur. Selangkah je tau.

"Awwww...."

"See? Eeee kalau Izz tahu ni Wawa, memang dia sembelih kepala aku, kau tahu?!" marah Ash lagi lalu dipimpin Wawa ke kerusi makan. Didudukkan dan diletakkan sudip atas meja makan.

Hangus makanan tu memang.... salah Wawa!

"See? Bengkaklah bingai" marah Ash lagi lalu diteliti kesan kebiruan pada buku lali Wawa. Menghela nafas geram, dia kembali berdiri. Menatap tajam mata Wawa, hampir sahaja kemarahan dia meletus dengan sengihan Wawa. Boleh lagi dia sengih?!

Rosesblood - Trained Killer ( Book One ) 「EDITING」Where stories live. Discover now