👑 : 47

24.1K 1.5K 23
                                    

Panggilan telefon mengejut dari Malaysia akhirnya membuatkan Marteen dan Aylana berdiri di sini. Di halaman rumah tok mak ditemani dengan ahli keluarga yang lain. Kawasan rumah tok mak pagi ini dikejutkan dengan bunyi kuat dari siren polis.

Marteen benar-bebar kotakan kata-kata Muzameel.

"Lepas lah!!!" tempik Sakinah kuat.

Semua mata kini tertumpu pada dirinya yang sedang diheret oleh pihak polis. Mal long Zaiton pula sudah teresak-esak menangis di tangga rumah.

Hati Aylana terasa hiba melihat situasi ini.

"Kau! Ini semua punca dari kau! Perempuan tak guna!" badannya yang ingin menyerang Aylana ditahan kuat oleh pihak polis.

Marteen pula sudah menarik Aylana merapat kebelakang badannya. Melindungi isteri dan bakal anak mereka dari diapa-apakan. Wajahnya ketat tanpa sebarang senyuman.

"Try to take a step closer. I dare you" keras suaranya bersuara.

Memberi amaran dan ancaman. Berani datang mendekat? Maksudnya Sakinah berani menanggung apa yang akan berlaku pda dirinya selepas itu.

Muzameel menapak mendekati Sakinah.

"Told you before. Abang aku cinta mati dekat bini dia. And he'll not let anyone who touch his queen escape freely" katanya dengan senyuman sinis.

"Bawa dia pergi" arah Muzameel dengan suara mendatar.

Dua anggota polis itu mengangguk patuh. Badan Sakinah ditolak masuk ke dalam perut kereta polis.

Aylana masih lagi menggenggam kuat tangan kekar milik Marteen.

"Jom,masuk" tepi kepala Aylana dicium lembut.

Baru sahaja ingin menapak naik ke atas rumah,nama Aylana diseru dari belakang. Terkejut bukan kepalang Aylana dibuatnya saat mak long Zaiton melutut dihadapannya selepas badan ditoleh kebelakang.

"Eh..Eh mak long kenapa ni?" soal Aylana cemas.

Perutnya yang sudah sarat menyukarkan Aylana untuk membongkokkan badan. Marteen pula awal-awal lagi sudah menghalang wanita itu dari menundukkan badan dengan menggenggam erat bahu Aylana.

"Mak long minta maaf. Mak long minta ampun sebab dah buat banyak salah dengan Lana. Maafkan mak long sebab selalu caci maki Lana selama ni. Maafkan mak long sebab selalu berkasar dengan Lana. Mak long minta maaf sebab tak pernah layan Lana baik-baik sebelum ni. Mak long minta maaf sebab mak long butakan mata mak long dengan hasat dengki pada Lana"

Mak long Zaiton berucap dalam keadaan yang tersedu-sedan. Bahunya juga bergetar menahan tangisan.

Aylana tersenyum tawar. Tangan mak long diraih untuk menyuruh wanita separuh baya itu bangun dari melutut.

"Mak long janganlah risau. Lana dah lama maafkan mak long. Cuma untuk lupakan apa yang mak long dah buat pada Lana...Maaf Lana masih tak mampu"

Tergamam mak long Zaiton dibuatnya. Semudah itu Aylana memaafkan dirinya? Kenapa baik sangat hati Aylana?

"Kalau tak ada apa-apa lagi,Lana naik dulu"




Pintu bilik dibuka dari luar. Marteen kerutkan kening saat melihat wajah menahan sakit milik Aylana. Laju kakinya berjalan mendekati Aylana. Tempat disebelah Aylana diambil.

"Wifey...What's wrong? Kenapa ni?" peluh pada dahi Aylana diseka.

"Sakit... Baby tak habis-habis tendang dari tadi" adu Aylana.

Marteen memandang perut Aylana dengan wajah dibuat garang.

"Hey,little one. Jangan aktif sangat boleh tak? Tak kesian dekat mom ke? Dia sakit sebab awak tau" tegurnya sambil membelai perut Aylana.

Si kecil di dalam sana bagai tidak menerima dirinya dimarahi menendang perut Aylana lebih kuat. Membulat terus mata pasangan itu.

"Nak melawan cakap dad ke ni huh? Nak ajak dad gaduh ke?" sebelah kening diangkat tinggi.

Aylana sehabis baik menahan tawanya.

"Okay,fine. Kita boleh main tendang-tendang. Tapi bukan sekarang,okay? Tunggu awak keluar dulu baru kita main tendang sama-sama. Now,duduk dalam perut mom elok-elok and don't be naughty"

Perut besar itu dikucup berkali-kali ibarat sedang memujuk bakal anaknya. Aylana tersenyum manis. Cair dengan sifat Marteen yang satu ini.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now