👑 : 35

24.9K 1.5K 38
                                    

Kepala yang terasa berat dipicit perlahan. Matanya dipejam rapat bagi menghilangkan rasa sakit tersebut. Kepala disandar ke kepala kerusi kerja.

Controller aircond dicapai lalu suhu dinaikkan. Bunyi batuknya mula kedengaran memenuhi ruang pejabat peribadi itu.

Pintu yang terbuka sedikit dari luar membuatkan matanya kembali dibuka.

"Wifeyyy..." rengeknya perlahan saat melihat Aylana yang sedang mendekat.

Tangan menggamit wanita itu supaya datang mendekat ke arahnya.

"Ye? Kenapa?" kakinya berhenti betul-betul dihadapan kaki Marteen.

Tanpa sebarang amaran pinggang rampingnya dipeluk erat. Perut kempisnya pula sudah ditindih oleh kepala Marteen.

"Kenapa ni?" tangan yang tadinya mahu bermain dengan rambut sang suami terhenti secara drastik.

"Panas..." terus wajah Marteen diangkat untuk memandangnya.

Wajah lelaki itu yang sudah sedia putih mula bertukar menjadi kemerah-merahan.

"Husband,awak demam..." katanya sambil meletakkan belakang tapak tangan di atas dahi Marteen.

"Hmm..." Marteen menggumam perlahan lalu kembali menggeselkan kepalanya pada perut kempis Aylana.

"Jom,turun bawah makan ubat. Lepastu kita tidur" ajaknya lembut.

"Alaa...." rengek Marteen.

Sejujurnya,hendak berdiri pun Marteen rasa seperti tak mampu sekarang ni.

"Nak ikut Lana turun ke nak Lana tinggal sini sorang-sorang?" ugut Aylana.

Marteen jarakkan wajahnya dari perut Aylana.

"Kau ugut aku ke wifey?" soalnya perlahan.

"Haah,asal?" sebelah kening diangkat kepada Marteen.

Tiba-tiba sahaja mata lelaki itu berkaca-kaca seperti ingin menangis.

"Eh..Ehh..." gelabah Aylana dibuatnya.

"Kau dah tak sayang aku ke wifey?" setitik air mata Marteen jatuh membasahi pipi.

Ha sudah! Apa pulak ni?!

Entah mengapa rasa mengada-ngada itu hadir dalam diri Marteen. Sebelum ni demam elok aja.

"Tak...Gurau je lahh..." pujuk Aylana.

Air mata Marteen disapu bersih oleh tangan kecilnya. Segenap wajah tampan yang sedang memerah itu dikucup sayang.

"Tak larat..." adunya sambil memeluk Aylana kembali.

"Kita turun kej-" ayatnya terhenti saat smartphone yang berada di dalam poket pajama berbunyi nyaring.

Gadget nipis itu dikeluarkan. Nama si pemanggil dilihat. Laju jari menekan icon hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello,waalaikumusalam ye ibu?" ucapnya sambil mengelus kepala Marteen.

"Perlu ke ibu?" dahi Aylana berkerut seribu.

"Tapi..."

"Hm,iye lah"

Aylana mengeluh perlahan selepas panggilan ditamatkan.

"Kenapa?" soal Marteen sambil mendongak sedikit.

"Ibu suruh kita balik kampung esok. Ada kenduri sikit katanya"

"Ouh,okay. Balik je lah" jawab Marteen selamba.

Aylana menunduk ke bawah untuk melihat Marteen.

"Tapi,husband kan tak sihat?" soalnya sambil menyengetkan sedikit kepala.

"Lepas makan ubat okay lah ni"

Aylana mengeluh untuk kesekian kali.

"Kenapa ni wifey? Tak suka balik kampung ke?" soalnya sambil berdiri dari duduk.

Tangan kekarnya sempurna membelit pinggang Aylana. Memimpin gadis itu untuk keluar dari pejabatnya dan turun ke tingkat bawah.

"Okay je nak balik kampung tu. Cuma ada mak long. Lana tak tahu lah kenapa,tapi dari dulu lagi mak long tu suka dengki dekat ibu. Anak dia pun sama naik je. Sampai dekat Lana sekali kena tempiasnya" mulutnya muncung sedepa.

"Kau kan dah ada aku. Kalau diaorang buat benda bukan-bukan dekat kau nanti,biar aku yang bantai diorang" tepi kepala Aylana dikucup sayang.

Tersengih suka wanita itu.

Pintu bilik mereka dibuka. Marteen berjalan ke arah katil manakala Aylana pula masuk ke dalam bilik air. Sebuah mangkuk kecil dan tuala kecil diambil. Air suam diisi ke dalam mangkuk tersebut.

Aylana berjalan mendekati Marteen yang sudah berbaring di atas katil. Laci yang menempatkan ubat-ubatan dibuka. Ubat demam dikeluarkan.

Nasib sahaja Aylana memang selalu sediakan sebotol air kosong di dalam bilik mereka.

"Nah,makan dulu baru tidur" ubat dan air tadi diserahkan pada Marteen.

Dengan terpaksa,Marteen mebuka mulut dan menelan ubat tersebut. Badan kembali terbaring di atas katil.

Tuala tadi dibasahkan lalu diletakkan di atas dahi Marteen.

Aylana turut memanjat naik ke atas katil. Sebuah kucupan kecil dihadiahkan pada rahang Marteen.

"Sleep tight,big baby" bisiknya sambil memeluk tubuh kekar Marteen.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now