👑 : 04

22.3K 1.8K 33
                                    

Nota yang sudah siap dikemas dimasukkan semula ke dalam file. Kerja yang perlu dibawa pulang bersamanya sudah diletakkan di dalam sebuah beg galas. Bagasinya ditarik bersama untuk keluar dari bilik. Kepala ditoleh kebelakang untuk memastikan tiada yang tertinggal sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Siapa sangka sudah setahun Marteen menetap di bumi Amsterdam untuk menyambung pelajarannya. Kini dia harus pulang. Demi menghadiri majlis graduasi adiknya.

Bianca dan Nathan sudah pun tiba di bumi Malaysia seminggu yang lalu. Kini tiba pula gilirannya untuk berangkat. Rumah dipastikan berkunci rapat sebelum menaiki teksi yang ditempah sebentar tadi.

Jari telunjuknya diketuk pada screen smartphone. Sampai ke hari ini,kepala masih teringat tentang si penulis surat tersebut. Si penulis misteri yang sudah berjaya mengetuk sesuatu di dalam hati beku Marteen Uqael.

"Agaknya dia masih lagi pelajar Alexendria Sky Highschool ke?" soalnya pada diri sendiri.

Ini salah satu sebab mengapa Marteen ingin pulang dan menapak ke dalam sekolah itu semula. Untuk mencari siapa penulis misteri itu. Tapi mampukah dia menjumpainya?

Marteen berdecit geram.

"Stupid,Ateem" makinya pada diri sendiri.

Buntu. Harus bagaimana dia mencari penulis itu? Bertanya pada juniornya? Pasti akan ada yang sewenang-wenangnya mengaku dan terlebih percaya diri.

Kepala disandarkan pada cermin tingkap teksi yang sedang bergerak untuk merehatkan minda yang terbeban.



Dewan Alexendria Sky Highschool mula dipenuhi dengan para tetamu VIP dan waris-waris kepada pelajar yang bakal menamatkan pengajian hari ini. Aylana dan Ayzal ditugaskan untuk menjaga kaunter pendaftaran bersama seorang lagi rakan sekelas mereka Aimi.

Senarai nama yang berada didepan mata disemak untuk kesekian kalinya. Iris hitamnya jatuh tepat melihat nama seseorang.

Muzameel Uzair Bin Nuim Nathaniel.

Bahagian tanda tangan pada nama itu masih suci tanpa dakwat menandakan warisnya belum tiba. Rasa berdebar mula menyelubungi hati. Ini kali pertama Aylana akan dapat bertentang mata dengan ibu bapa kepada orang yang disukainya. Waktu Marteen graduasi dahulu,Aylana berada di blok akademik menengah rendah,jadi dia tidak dapat melihat ibu bapa lelaki itu.

Hanya tertera nama sepasang suami isteri disitu. Aylana mengeluh lemah. Nampaknya encik crush dia tak hadir hari ini. Hilang sudah perasaan terujanya. Walaupun Aylana tidak meletakkan harapan untuk Marteen hadir kerana tahu lelaki itu tidak berada di tanah air,tetap rasa sedih itu hadir.

Pinggangnya yang dicuit oleh Ayzal membuat Aylana menoleh. Ayzal memberikan isyarat mana kepada Aylana. Pandang sahaja kedepan,ada sepasang suami isteri sedang berdiri dihadapannya.

Aylana terpana seketika melihat sepasang suami isteri dihadapannya ini. Kedua-duanya sama cantik dan handsome.

"Ini kaunter pendaftaran kan?" Aylana mengangguk kepada pertanyaan itu.

"Nama anak puan apa ye?" soal Aylana dengan nada sopan.

"Muzameel Uzair" Aylana,Ayzal dan Aimi melompong.

Seperti tidak percaya yang sedang berdiri di hadapan mereka sekarang ini ialah waris kepada dua beradik pujaan hati setiap gadis di Alexendria Sky Highschool. Tidak hairan lah mengapa dua beradik itu mempunyai ketampanan tahap dewa. Lihat sahaja ibu bapa mereka. Bagai bidadari dan bidadara yang jatuh dikirim ke bumi. Ditambah lagi dengan muka kacukan yang sangat teserlah di wajah masing-masing,sangat memukau setiap mata yang memandang.

"Puan boleh tandatangan dekat sini" nama Muzameel ditunjukan pada Bianca.

Tanpa segan silu Bianca menurunkan tandatangannya disitu. Selesai sahaja menguruskan proses pendaftaran tangannya dikalung pada lengan sasa milik Nathan. Baru sahaja pasangan itu ingin berjalan pergi,satu suara datang menegur.

Suara itu berjaya menarik perhatian semua yang berada di kaunter pendaftaran terutama sekali Aylana Ilaria. Dia kenal suara itu. Suara yang dirinduinya selama setahun. Suara yang selalu hadir ke dalam mimpinya saat hati berkata rindu.

Dengan sedikit keberanian yang tersisa,Aylana mencondongkan kepalanya untuk melihat ke arah belakang Bianca. Dan,ya lelaki itu sedang berdiri tegak disitu. Bersama tuxedo hitam yang kemas terbalut ditubuh maskulinnya. Wajahnya kelihatan lebih matang dan berkarisma dari setahun yang lalu.

Akhirnya,yang ditunggu-tunggu oleh Aylana kini tiba. Marteen Uqaelnya kembali menghiasi retina mata untuk sekali lagi.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now