👑 : 01

24.2K 1.7K 28
                                    

Padang sekolah petang itu dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang ingin menonton perlawanan bola sepak antara Alexendria Sky Highschool menentang Askania Highschool.

Aylana masih hanyut dalam dunianya sendiri. Hiruk-pikuk disekelilingnya sedikit pun tidak mengganggu Aylana dari sedang menaip untuk menyiapkan ceritanya supaya dapat dipublish.

Ya,dia seorang penulis di dunia oren. Indentitinya sebagai seorang Aylana Ilaria dilindungi dengan nama Layyrieeyaa di dalam dunia penulisan. Hanya Ayzal yang tahu tentang dirinya sebagai seorang penulis.

Mulanya Aylana menulis hanya kerana ingin meluahkan perasaannya terhadap Marteen dengan menjadikan Marteen watak utama di dalam cerita yang ditulisnya. Tidak sangka pula cerita itu mendapat sambutan ramai hingga namanya dikenali di dalam dunia oren.

Seperti kisah Dia Daniel yang ditulis oleh doodybeans,Aylana juga menjadikan Marteen sebagai tokoh utama di dalam setiap kisah yang dia tulis. Kerana itu ialah cara untuk mengangumi lalu mempersembahkan tanpa menggunakan kata.

Jika perasaan tidak mampu diungkap menggunakan kata-kata kerana khawatir,maka gunakan tulisanmu untuk menyampaikannya. Tidak perlu mengetahui siapa penulisnya,cukup orang itu tahu bahawa ada seorang manusia yang selalu mengaguminya dalam diam itu sudah cukup.

"Kau ni,cuba la tengok diorang tengah lawan tu" bahu Aylana disenggol oleh Ayzal.

Aylana hanya pekakkan telinga. Sejujurnya kalau tidak kerana Ayzal yang mengajaknya datang,Aylana mesti tidak akan berada di sini.

Fokusnya kembali diberikan pada smartphone ditangan. Butang publish ditekan menandakan bab baharu telah dimuat naik.

"Babe,he's here"
"OMG handsome gila"
"Mestilah dia datang. Adik dia ada dekat tengah padang tu"

Bisikan-bisikan kecil dari para pelajar yang sedang duduk di astaka berjaya menarik perhatian Aylana. Panggung sahaja kepala,wajah tenang Marteen dari tepi memenuhi retina mata.

Lelaki itu hanya mengenakan sehelai jersey bersama dengan seluar track yang melepasi lutut. Memperlihatkan gastrocnemius miliknya.

Lelaki itu duduk dibarisan paling hadapan bersama seorang lagi rakannya. Airpord disumbat masuk ke dalam telinga. Lengannya dilipat ke dada hingga otot-otot biceps mula kelihatan. Mata helangnya tepat memandang ke tengah padang. Di mana Muzameel berada.

Cukup! Hati Aylana tidak mampu menampung kekacakkan Marteen pada petang ini.

Wisel yang ditiup oleh pengadil telah menandakan bahawa permainan pada hari ini tamat dengan kemenangan yang berpihak kepada Alexendria Sky Highschool. Muzameel menghampiri abangnya yang berada di tepi padang.

Aylana hanya melihat kemesraan dua adik beradik itu. Melihat Marteen yang mengacak-acak rambut adiknya manakala Muzameel pula hanya tersengih senang hati.

"Sudah-sudah la tu tenung anak teruna orang cik Aylana Ilaria oi" tegur Ayzal.

Aylana menggulingkan matanya ke atas.

"Biar lah. Bagi la aku pandang dia puas-puas. Aku ada masa tiga bulan lagi je nak pandang dia. Lepasni tak boleh pandang dah" bibir dimuncungkan kedepan.

Tiga bulan. Hanya tiga bulan lagi masa yang tinggal sebelum seorang Marteen Uqael menamatkan pengajiannya sebagai seorang pelajar. Hal itu membuatkan hati Aylana meruntun sedih. Lepas ini,tak akan ada lagi manusia yang akan diusya olehnya untuk menjadi pembakar semangat.

"Chill la. Tahun depan waktu si Zameel tu graduate mesti dia datang" pujuk Ayzal.

"Tu pun kalau dia stay dalam Malaysia lah..." sambung Ayzal perlahan.

Bukannya mereka tidak tahu bahawa Marteen dan Muzameel hanya tinggal sendiri di Malaysia sedangkan ibu bapa mereka jauh berada di London. Tambahan lagi Marteen itu budak pandai. Mesti lelaki itu akan sambung pelajarannya di luar negara.

Aylana mengeluh perlahan.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now