👑 : 09

23.7K 1.7K 19
                                    

Peluh yang merinik di dahi diseka menggunakan lengan baju. Tudung yang semakin kedepan ditarik sedikit kebelakang supaya lebih selesa. Senyuman kecil mula terukir dari dua ulas bibir kecil miliknya.

Akhirnya semua tempahan untuk hari ini sudah siap dimasukkan ke dalam kotak dan hanya menunggu masa untuk dihantar.

"Dah siap ke?" Ayzal menjengulkan kepala ke dalam dapur.

Aylana mengangguk bagi menjawab soalan tersebut.

Ayzal menghampiri Aylana. Kotak-kotak yang sudah siap berisi berserta dengan nama pelanggan diangkat untuk dimasukkan ke dalam kereta. Aylana juga turut melakukan perkara yang sama.

Pintu depan bakery dibuka seluas-luasnya bagi memudahkan kerja mereka berdua untuk mengangkat kotak pesanan.

"Amaya...jaga kedai tau. Kitorang nak pergi COD dah ni" laung Ayzal dari luar kedai saat ingin menutup pintu.

Amaya membuat tanda 'okay' menggunakan jari kepada Ayzal. Tangannya melambai kecil ke arah Aylana yang sudah masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

Perlahan-lahan dua biji kereta itu mula bergerak membawa haluan masing-masing untuk menghantar pesanan yang sudah ditempah oleh pelanggan.




Aylana menghentikan keretanya dihadapan sebuah bangunan tinggi. Alamat yang tertera pada gps dipandang sekali lagi bagi memastikan dirinya berada di tempat yang betul.

Badan diregangkan sedikit. Penatnya bukan kepalang apabila harus ke hulur dan ke hilir demi mencari sesuap nasi. Nasib sahaja ini penghantaran terakhir untuk hari ini.

Kotak brownies yang berada ditempat duduk belakang diambil bersama sebelum keluar dari kereta. Kaunter yang sudah sedia ada di lobby bangunan itu didekati.

"Hai,saya nak buat penghantaran" kotak brownies yang dibawa bersamanya diangkat sedikit.

"Penghantaran atas nama siapa ya,cik?" soal seorang lelaki yang bertugas di kaunter itu.

"Atas nama...Joshua?" nama yang tertera pada kotak itu disebut.

"Kejap ya,cik" Lelaki itu menundukkan kepalanya ke bawah meja.

Satu pass diletakkan ke atas meja lalu diserahkan kepada Aylana.

"Cik boleh guna lift yang ada dekat belah kanan sana. Masuk lift scan pass ni dan terus naik ke tingkat 30" terang lelaki itu.

Aylana mengangguk faham. Ucapan terima kasih diberikan kepada lelaki itu seraya berjalan mendekati lift yang ditunjukkan tadi bersama pass ditangan. Punat untuk naik ke tingkat atas ditekan.




Buka sahaja pintu lift,hanya kesunyian yang menyapa Aylana. Tingkat 30 ini terlalu sunyi hingga hanya kedengaran pendingin hawa sahaja yang berbunyi. Sebuah lagi kaunter pertanyaan yang tersedia di tingkat itu dihampiri.

Bezanya kali ini,kauner itu lebih kecil dari kaunter di lobby tadi. Ayat yang sama diberitahu kepada wanita yang menjaga kaunter itu.

"Cik straight sahaja sampai jumpa pintu kayu. Tuan Joshua ada dekat situ" Aylana jatuhkan kepala.

Derap langkahnya kedengaran amat jelas menyapa telinga. Entah mengapa tiba-tiba hatinya berdetak laju dari kebiasaan. Suhu sejuk di tingkat ini juga tidak mampu untuk menghentikan tangannya yang sedang berpeluh.

Pintu yang dicari kini telah pun berada di depan mata. Tangan naik mengetuk pintu itu beberapa kali. Mendapat sahaja jawapan dari orang di dalam sana,Aylana mula menguak pintu tersebut hingga terbuka.

Dihadapannya kini disajikan dengan sebuah pejabat yang bertemakan gold and white. Ada tiga orang lelaki sedang berada di dalam bilik ini. Dua daripadanya sedang leka bersama smartphone manakala seorang lagi tekun berada di meja kerjanya yang sangat besar.

"Em,saya datang nak buat penghantaran" tegur Aylana untuk menarik perhatian tiga orang lelaki tadi.

Bukan mereka yang terkejut melainkan Aylana yang mengeraskan tubuhnya selepas melihat salah seorang daripada tiga orang lelaki tadi mengangkat kepala.

Dia kenal lelaki yang mengangkat kepala tersebut.

Muzameel Uzair.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now