👑 : 39

22.1K 1.5K 119
                                    

Marteen duduk bersila di sebelah Aylana di atas pondok yang tersedia di tengah dusun. Sesekali Iphone ditangannya diangkat lalu gambar Muzameel dan Joshua yang memanjat pokok ditangkap.

Saja mahu hantar gambar tersebut dalam group family. Biar ibu dan ayahnya tahu anak bongsu mereka dah boleh panjat pokok sebab nak merasa makan buah fresh dari kampung.

Sebiji buah manggis yang sudah hampir penuh sebakul dicapai lalu dibuka. Disuap seulas ke dalam mulutnya. Sedap!

"Husband,jangan makan banyak sangat. Nanti ada yang tak sihat balik kang" pesan Aylana.

Marteen jatuhkan kepala.

"Hi,Marteen" sapa Sakinah yang entah datang dari mana dan tiba-tiba sahaja duduk bersila disebelahnya.

Marteen tidak membalas. Sedikit pun matanya tidak mengerling ke arah Sakinah. Apa dia ingat bila dia pakai baju macam baju budak sekolah rendah dengan seluar ketat tu Marteen nak pandang?

Sorry naik lorry. Sikit pun dia tak hamak nak pandang. Bini dia sendiri lagi sexy la.

Dah la dengan rambut karatnya disanggul tinggi. Rempit sangat!

Aylana disebelah Marteen tidak mengambil endah. Selagi Sakinah tidak membuat sesuatu yang melampaui batas,selagi itu Aylana tidak akan melenting. Lagipun,Marteen nak layan Sakinah? Azura yang model tu pun mentah-mentah ditolaknya,apatah lagi Sakinah.

"Rambutan tu nampak sedap lah. Nak satu" pintanya manja.

Tangan diregangkan melintasi badan tegap Marteen untuk mengambil sebiji rambutan dengan badan yang sengaja dilenggokkan. Marteen berdecit kesal. Badannya diundur sedikit kebelakang. Jaraknya juga didekatkan dengan Aylana.

"Tch, mia moglie è più sexy di questa puttana" gumam Marteen perlahan.

Aylana terus menoleh kebelakang. Terkebil-kebil matanya memandang Marteen. Ini kali pertama dia mendengar suaminya bercakap dalam bahasa ibunda ayah mertuanya.

Bahasa asing itu terdengar sangat sexy saat digulung oleh lidah Marteen. Kunyahan cucur udangnya terhenti. Marteen yang melihat reaksi comel isterinya tergelak kecil.

Lepasni boleh lah dia goda Aylana guna bahasa itali. Nampak sangat permaisuri hatinya ini cepat cair dengan bahasa asing itu.

"Abang Marteen cakap apa? Kinah tak faham la" rengeknya bersama bibir yang sudah memuncung.

Bibir diketap rapat saat sekali lagi dirinya dipalau oleh Marteen.

Dahi Marteen berkerut saat memandang wajah comel isterinya. Dagu Aylana dipagut lembut lalu ditarik untuk mendongak menghadap dirinya.Tangan kekarnya didekatkan dengan wajah Aylana sebelum hujung bibir Aylana di lap lembut.

Terkaku Aylana dibuatnya. Wajah keliru ditayang pada Marteen saat lelaki itu menjarakkan diri mereka.

"Ada lebihan sos. Makan pun comot" tegurnya bersama sexy smirk.

"ASTAGFIRULLAHALAZIM,MARTEEN UQAEL!!!" jerit Muzameel dri atas pokok rambutan.

"Engkau kalau iya pun nak bagi aku dengan Muzameel anak fruit,jangan lah dekat sini. Senonoh sikit,please. Public ni Marteen Uqael oi" bebel Joshua sambil bercekak pinggang.

Kepala ikut digeleng sekali.

Wajah putih Aylana serta-merta merona merah kerana malu. Syifa yang baru selesai memasukkan buah kedalam bakul tergelak suka dan memandang Aylana dengan pandangan mengusik.

"Selamat Syifa dah lepas lapan belas tahun. Tak ada la rasa bersalah sangat" usik Syifa sambil mengelus lembut dadanya.

Aylana terus menekup wajahnya dengan tangan. Marteen pula sudah tergelak suka. Tamparan dan cubitan yang diberikan oleh Aylana sikit pun tidak memberi kesan pada dirinya.

Sakinah gulingkan mata ke atas. Amarah dalam dirinya semakin memuncak saat semua orang bagai tidak menyedari kehadirannya di dusun itu.

MARTEEN'S QUEENDove le storie prendono vita. Scoprilo ora