👑 : 12

25.7K 1.8K 61
                                    

Selepas kejadian sesi luah perasaan bersama Marteen tempoh hari,hampir seminggu Aylana melancarkan perang dingin kepada Ayzal.
Masih mogok dengan gadis itu atas apa yang berlaku.

Tapi,itulah. Aylana tetap akan jadi Aylana. Tidak akan pernah memarahi seseorang untuk tempoh yang lama.

"Lana,kau nak keluar makan tak ni?" Ayzal sudah bercekak pinggang di hadapan pintu dapur.

"Iya,kejap"tangan yang basah di lap pada kain yang tersangkut di tepi singki.

Bilik kerjanya dituju untuk mengambil barangan peribadi. Aylana berlari kecil ke arah kereta Ayzal selepas mengunci pintu bakery. Amaya awal-awal lagi sudah duduk di tempat duduk belakang kereta.




Aylana memerhati segenap ruang kedai makan yang agak padat dengan manusia. Tidak pelik kenapa semua kedai penuh dengan pelanggan memandangkan sekarang ialah waktu makan tengah hari.

"Apa cerita kau dengan encik crush kau?" soal Ayzal selepas meletakkan smartphone miliknya ke atas meja.

"Tak ada apa-apa cerita. Diam ja" jawab Aylana

"Apa perasaan akak lepas dapat jumpa balik crush kesayangan akak?" Amaya menghalakan smartphonenya ke arah Aylana.

Berpura-pura ingin menjadi seorang wartawan.

Aylana tersenyum segaris.

"Happy. Rasa macam jantung dah kembali berdenyut semula. Dia dah berubah. Lagi handsome dari dulu. Lagi hebat dari dulu. Aura dia lagi mengancam. Tapi,rasa yang dia bagi dekat akak tetap tak berubah"

Ayzal dan Amaya menekup mulut masing-masing. Agak kagum selepas mendengar hujah seorang Aylana Ilaria.

"Kalau dulu akak rasa susah nak dapatkan dia,sekarang...nak tengok dia pun akak tak mampu. Jurang kami terlalu jauh" senyuman tipis tadi menghilang.

"Akak,listen here. Kalau dia tu putera raja sekalipun tapi kalau dah nama akak dan dia memang tertulis dekat Lahul Mahfudz dari mula,tak ada apa yang dapat pisahkan korang berdua. Akak sendiri pernah cakap,setiap malam akak doa pada Tuhan supaya jauhkan dia dari akak kalau dia bukan yang terbaik. Tapi,tengok lah sekarang. Sampai harini akak tak boleh buang dia dari hati akak. Mesti ada sebab Tuhan buat macamtu. Akak cuma perlu yakin dengan qada' dan qadar yang Tuhan dah tetapkan"

Nasihat khidmat masyarakat itu disampaikan oleh Amaya. Ayzal dan Aylana pula setia menjadi pendengar. Aylana kembali mempamerkan senyumannya.

Inilah sebab dia selalu bercerita tentang masalahnya kepada Ayzal dan Amaya. Mereka berdua selalu menjadi pendengar yang setia. Malahan selalu memberi nasihat,teguran dan kata-kata semangat.

Pinggan nasi goreng kampung yang baru sahaja dihantar oleh pelayan ditarik supaya mendekat. Baru sahaja Aylana ingin menjamu selera,smartphone miliknya sudah menjerit minta diangkat. Nama syurganya terpapar pada layar smartphone.

"Iya,ibu..."

"Tengah lunch dengan Ayzal dan Amaya. Kenapa ibu?"

"Eh? Okay kejap lagi Lana sampai"

Talian diputuskan setelah menjawab salam dari orang disebelah sana.

"Kenapa?" soal Ayzal yang baru habis mengunyah.

"Ibu suruh ajak korang datang rumah lepas habis makan ni. Ada benda nak bincang katanya" jawab Aylana.

Dua gadis itu menjatuhkan kepala tanda bersetuju untuk mengikut Aylana.






Salam diberi saat pintu rumah dikuak dari luar. Kelihatan ibu Aylana sedang duduk bersantai bersama ayahnya di ruang tamu.

"Assalamualaikum Insperktor Zayid dan Puan Zariyah" sapanya mesra.

Pasangan itu menjawab salam anak mereka bersama senyuman. Selesai sesi bersalaman,Ayzal,Aylana dan Amaya duduk di sofa rangkai tiga yang berhadapan dengan Tuan Zayid dan Puan Zariyah.

"Kenapa ibu dengan abah suruh Lana balik awal sangat ni? Apa yang penting sangat nak dibincangkan tadi ibu?" soal Aylana terus kepada tujuan asal dia pulang awal ke rumah.

Puan Zariyah memandang suaminya disebelah sebelum kembali memandang anak tunggalnya.

"Sebenarnyaaa...tadi ada orang datang masuk meminang Lana" kata Puan Zariyah.

"Huh?!" terkejut bukan kepalang.

Ternganga habis mulut tiga orang gadis itu.

"L-lepastu?....Ibu dengan abah buat apa?" terbata-bata Aylana ingin menutur kata.

Puan Zariyah dan Tuan Zayid memandang anak mereka dengan pandangan lembut. Rasa serba salah tapi mungkin ini yang terbaik untuk puteri tunggal mereka.

"Kami...terima" jawab keduanya serentak.

"WHAT?!" teriakan tiga tadis itu memenuhi ruang tamu.

Mimpi ngeri apakah yang sedang berlaku saat ini?!

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now