👑 : 14

26.4K 1.7K 138
                                    

Aylana memandang perempuan yang sedang berdiri di hadapan pintu itu. Dibelakang perempuan itu ada Joshua dan Muzameel yang sedang menayangkan riak menyampah terhadap perempuan yang sedang menghalang laluan mereka.

Mata Aylana kini melolot memandang ke arah Marteen. Berdesing telinganya saat mendengar perkataan 'darling' yang keluar dari mulut perempuan itu tadi.

Marteen berdecit geram.

"Ya Allah,kenapa cliche sangat hidup aku ni" keluhnya.

"Jangan nak fikir negatif sangat" larang Marteen pada Aylana.

Risau pula tak pasal nanti pengantin perempuannya hilang.

"Woi perempuan,blah. Badan kau halang laluan kitorang" arah Muzameel dengan suara datar.

"Hei,Muzameel. Tak baik tau kasar-kasar dengan bakal kakak ipar sendiri" tegur gadis itu.

Aylana melirik sedikit ke arah Marteen. Ingin melihat reaksi lelaki itu.

"Kau ni beria sangat ni. Benda abang aku dah reject kau dari zaman dia belajar tau. Kau tak faham bahasa melayu ke? Nak aku cakap bahasa tanah air bapa aku pula ke?"

Muzameel sudah bercekak pinggang di depan pintu. Serabutnya bukan biasa-biasa dengan kehadiran perempuan itu.

Perempuan itu gulingkan mata ke atas. Pandangannya kembali ditumpu ke arah Marteen dan Aylana.

"So,siapa perempuan ni pula? Pekerja baru ke?" matanya naik turun menilai Aylana.

"Me? Pekerja? Simpang malaikat empat puluh empat. Buat apa jadi ma'am besar kalau kena kerja? I'm his fiancée. Soon to be Mrs. Marteen Uqael" Aylana berdabit dada didepan perempuan tadi.

Joshua dan Muzameel hampir tersedak air liur dibuatnya. Tidak menyangka bahawa Aylana Ilaria yang kelihatan ayu lemah lembut ini boleh menjadi savage teramat. Marteen pula tersenyum senget. Bangga dengan bakal isterinya yang bukan perempuan lemah.

"You? Bakal bini dia? Mimpi apa ni? Tak akan la taste si Marteen ni low sangat" matanya masih tidak henti menilai Aylana.

"Kalau awak high class sangat,kenapa Marteen reject awak?" senyuman mengejek terhias dibibirnya.

"You!!!" jari telunjuknya dituju ke arah Aylana.

Gadis itu dengan tenangnya menepis lembut tangan yang menunding dirinya.

Marteen menundukkan badannya betul-betul di tepi telinga Aylana lalu membisikkan sesuatu yang membuat wajah Ayalana merona merah.

"That's my woman. Strong and brave"

Perempuan yang berada di hadapan mereka mengetap rahangnya menahan geram.

"Tak apa,bahagia lah dulu dengan Marteen. Nanti i datang balik" dengan senyuman menyerigai,perempuan itu berlalu keluar.

Aylana juga memanjangkan langkahnya untuk keluar dari bilik Marteen. Tiba-tiba rasa tidak mahu berada di situ. Baru kakinya hendak diangkat untuk membuka langkah,tangan besar Marteen sudah siap menahan pintu. Tidak membenarkan gadis itu untuk keluar.

Marteen tidak akan biarkan Aylana pergi ke mana-mana tanpa mendengar sebarang penjelasan dari pihaknya.

"Sit and let the three of us tell you the whole story so that you don't misunderstood anything" Marteen menyuruh Aylana untuk duduk di atas kerusi kerjanya.

Aylana hanya menurut tanpa sebarang bantahan.

"Speak" tangan kecilnya dilipat ke dada.

Tiga orang lelaki di hadapannya dipandang bersilih ganti.

"Nama perempuan tu Azura. Dia kenal Ateem lepas Ateem keluar sekolah. Tu pun secara tak sengaja sebab Ateem tolong dia waktu dia nak kena ragut dulu" Muzameel menjadi orang pertama membuka mulut.

"Lepastu,perempuan tu salah tafsir yang Ateem sukakan dia sebab tu Ateem selamatkan dia. Dia psycho. Dia sanggup ikut pergi Amsterdam semata-mata nak sambung belajar dekat uni dan satu kos yang sama dengan Ateem" kali ini giliran Joshua pula bercerita.

"Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah sekali pun pandang dia. Terima dia lagi la tidak. Banyak dah cara dia guna tapi tak jalan. Dari bertudung,sampai sekarang dah tak cukup kain dah perempuan tu. Kalau dulu pun aku reject,apatah lagi sekarang"

"So,dah tak salah faham kan?" soal Ateem sambil memandang wajah Aylana.

Gadis itu mengangguk kecil.

"Saya dah nak balik bakery. Kesian Ayzal dengan Amaya kena jaga bakery berdua aja" beg sandang yang berada di atas meja diambil.

"Aku hantar kau sampai bawah" tutur Marteen.

Dua orang manusia itu mula berjalan keluar meninggalkan Muzameel dan Joshua di dalam bilik kerja Marteen.




Marteen bersandar di tepi kereta milik Aylana. Tangan dilipat ke dada.

"Ilaria,hati-hati dengan Azura tu. Dia tak normal. Kalau kau rasa ada something wrong somewhere,cepat-cepat bagitahu aku"

Aylana mengangguk tanda faham.

"Senior jangan lah risau. Saya tahu nak jaga diri macam mana. Dah,saya gerak dulu" pintu kereta dibuka.

Marteen hanya menghantar pemergian wanitanya menggunakan mata lalu melangkah masuk semula ke dalam bangunan Cael. Smartphonenya dikeluarkan dari poket.

Contact bernama SHADOW ditekan lalu smartphone dilekapkan pada telinga.

"Hello..."

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now