👑 : 15

26.9K 1.7K 69
                                    

Tidak terasa hari besar buat seorang Aylana Ilaria semakin dekat mengampiri. Ruang tamu rumahnya yang baru siap dihias oleh pekerja-pekerja yang diupah oleh Marteen dipandang dengan perasaan tidak percaya. Terselit juga sedikit rasa bersalah.

Ini semua salah Marteen. Ada ke patut lelaki itu membayar kesemua kos majlis mereka bagi kedua-dua belah pihak. Aylana hanya goyang kaki sahaja disaat Marteen menyelesaikan semua persiapan.

Aylana mengeluh kecil. Kepala digeleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan.

"Kau kenapa senah? Tak nak kahwin ke? Kalau taknak aku boleh ganti tempat kau"

Pap!!

Bahu Ayzal ditampar kuat. Melolot matanya memandang si sahabat. Benda lain boleh kongsi,tapi Marteen? No. Never.

"Aku...tak percaya yang aku dah nak kahwin. Dengan crush sendiri pula tu" mukanya ditekup dengan tangan.

Pipi tiba-tiba sahaja rasa membahang.

"Kan aku dengan Maya dah cakap kalau dia jodoh kau,terpisah sampai hujung dunia pun tetap bersatu pada akhirnya"

Aylana menganggukan kepala.

"Kak Lana,Kak Ayzal.... Orang yang nak lukis inai dah sampai" jerit Amaya dari ruang tamu depan.

Ayzal dan Aylana kedua-kedua bangun dengan serentak. Menghampiri Amaya dan keluarga yang sudah berkumpul di ruang tamu depan.




Busana yang tersarung pada badannya dirapikan. Awning tudung dibetulkan agar sentiasa on point.

"CANTIKNYA!!!" jerit dua orang manusia dari depan muka pintu bilik Aylana.

Aylana pursingkan badannya. Memberi senyuman manis kepada Ayzal dan Amaya.

"Takuttt...." rengek Aylana.

"Kau chill je. Senior mesti buat kerja cepat.
Setakat lafaz akad tu,sekali pun mesti dah sah" Ayzal menggosok-gosok bahu Aylana.

Menyalurkan kekuatan kepada sahabatnya yang satu ini.

Hati mula terasa sebak. Tidak sangka bahawa Aylana akan menjadi milik orang secepat ini. Lepasni dia dengan Amaya dah tak boleh ber hora hore bersama Aylana seperti dahulu lagi.

"Lana,jadi bini yang baik tau. Taat dekat suami kau. Jangan pernah melawan dia. Ada masalah bincang sama-sama. Jangan lari dari masalah. Kalau something jadi,pertahankan hak kau sebagai seorang isteri"

Badan genit Aylana didakap erat. Amaya juga ikut serta di dalam pelukan itu. Masing-masing mencuba sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan air mata. Tidak mahu makeup rosak.

Ketukan pada pintu meleraikan pelukan mereka.

"Pengantin lelaki dah ada dekat bawah"

Aylana mengangguk. Kain bajunya yang agak labuh diangkat sedikit. Ayzal dan Amaya setia berjalan mengiringi Aylana dari belakang.

Limpahan cahaya dari kamera memenuhu retina mata. Aylana menggenggam kuat hujung baju nikahnya. Takutnya tidak boleh dibawa bincang.

Duduk sahaja di atas pelamin mini yang disediakan,tangan bakal ibu mertuanya dicapai lalu dikucup syahdu. Ini kali kedua Aylana dapat bertemu dengan ibu kepada Marteen Uqael.

"Sejuknya tangan bakal menantu ibu..." usik Bianca.

Aylana hanya tersengih malu. Suara dari tok kadi membuatkan Aylana menoleh kedepan. Belakang badan Marteen menyapa matanya.

Lelaki itu kelihatan sangat segak mengenakan baju melayu lengkap bewarna putih. Walaupun wajahnya masih belum dapat dilihat oleh Aylana,tetapi lelaki itu ialah Marteen Uqael.

Apa sahaja yang dikenakan oleh lelaki itu pasti akan kelihatan sempurna.

"Boleh kita mulakan?" mendapat sahaja anggukan dari para saksi,tangan kekar milik Marteen sudahpun dijabat dengan tangan Tuan Ziyad.

"Marteen Uqael Bin Nuim Nathaniel" seru Tuan Ziyad.

"Ya,saya" suara lantang itu sedikit pun tidak kedengaran gugup.

"Aku nikah dan aku kahwinkan engkau dengan anakku,Aylana Ilaria Binti Ziyad Fadzli dengan mas kahwinnya sejumlah lima ratus ribu ringgit dan seprangkatan solat dibayar tunai"

"Aku terima nikahnya Aylana Ilaria Binti Ziyad Fadzli dengan mas kahwinnya sejumlah lima ratus ribu ringgit dan seperangkatan solat dibayar tunai"

Dengan sekali lafaz,kini Aylana sudah sah menjadi Mrs. Marteen Uqael.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now