👑 : 18

26.2K 1.7K 13
                                    

Tangan mencapai smartphone yang nyaring berbunyi. Alarm yang masih lagi menjerit ditutup membuatkan bilik kembali sunyi.

Matanya yang berat dipaksa buka perlahan-lahan. Ruang bilik yang malap dan hanya diteriangi dengan cahaya lampu tidur menjadi tatapan. Badan sebelah kirinya yang terasa agak berat dikerling.

Ada Marteen disitu yang masih lagi tidur nyenyak berbantalkan badannya. Pinggangnya dipeluk kemas oleh lelaki yang telah bergelar suaminya itu.Jari runcing milik Aylana naik bermain dengan rambut coklat pekat milik Marteen. Anak rambut yang jatuh menutup mata lelaki itu dialihkan.

"Husband,bangun..." kejutnya.

Marteen merengek kecil apabila pipinya ditekan-tekan oleh Aylana.

"Awak,bangun. Dah subuh" kali ini pipi lelaki itu diusap lembut.

Dengan kantuk yang masih tersisa Marteen membuka matanya. Pemandangan pertama yang diterima oleh retina matanya ialah wajah Aylana yang sedang tersenyum kecil.

"Good morning" ucapnya dengan suara yang masih serak.

Satu kucupan dihadiahkan kepada pipi gebu Aylana.

"Morning too" jari Aylana masih lagi bergerak bermain dengan rambut Marteen.

Perlahan-lahan lelaki itu bangun dari baringnya. Badan diregangkan sedikit lalu turun dari katil. Bilik mandi dihampiri.

Beberapa minit kemudian,Marteen sudah keluar dari bilik mandi dengan mengenakan baju melayu bersama seluar track. Sejadah dihampar menghadap arah kibkat. Kepala ditoleh untuk menghadap isterinya yang masih berbaring.

"I can't be your makmum today,husband" Marteen mengangguk faham.

Tahulah dia apa yang sedang dimaksudkan oleh Aylana. Gadis itu sedang diberi cuti percuma oleh Allah.

Aylana duduk diam bersandar pada kepala katil. Matanya tidak lepas memandang sang suami yang sedang menunaikan solat. Telinganya setia mendengar alunan merdu ayat Al-Quran yang dilafazkan oleh Marteen. Hati rasa tenang dan bersyukur dalam masa yang sama.

"Ya Allah,kebaikan apa yang telah aku lakukan hingga Engkau menghadiahkan aku seorang lelaki yang hampir sempurna seperti dia?" bisik Aylana di dalam hati.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh,Marteen mendekati satu rak yang melekat pada dinding bilik mereka. Senaskah Al-Quran yang sudah tersedia di dalam rak ditarik keluar lalu Marteen kembali duduk berteleku di atas sejadah.

Helaian demi helaian diselak hingga surah yang ingin dibacanya ditemui. Memandangkan hari ini ialah hari Jumaat,Marteen memilih Surah Al-Kahfi untuk dibaca. Kalimah bismillah dibaca lalu surah tersebut mula dialunkan.

Aylana yang hanya duduk berdiam diri tadi mula bergerak. Kepalanya yang terdedah ditutup menggunakan duvet kemudian kaki dihayunkan ke arah Marteen. Gadis kecil itu duduk bersila disebelah suaminya.

Mendengar suara merdu serak basah milik Marteen membuatkan Aylana kembali dibuai rasa mengantuk. Tetapi Aylana masih gagahkan diri untuk menemani Marteen menghabiskan bacaan Al-Qurannya. Marteen yang perasan akan hal itu hanya membiarkan dan meneruskan bacaannya.

Selesai sahaja membaca Al-Quran,dahi suci Aylana dikucup syahdu. Aylana hanya memejamkan matanya. Merasakan bibir hangat milik Marteen berlabuh di dahinya. Al-Quran tadi kembali disimpan ditempatnya semula.

Tubuh genit Aylana dicempung kemas oleh Marteen lalu dibaringkan semula ke atas katil. Marteen juga turut berbaring disebelah isterinya. Pinggang Aylana ditarik untuk merapati tubuh kekarnya yang kini hanya berseluar track tanpa berbaju.

"Sleep more,wifey. Nanti nak teman aku drive balik rumah pula" bisiknya pada Aylana yang sudah tertidur.

Perlahan-lahan Marteen turut dijemput ke alam mimpi.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now