👑 : 31

24.3K 1.4K 28
                                    

Tangannya digantung pada lengan kekar milik Marteen. Sebelah lagi tangan mengangkat sedikit dress yang labuh meleret mencecah lantai. Joshua dan Muzameel pula setia berjalan dibelakang mereka.

Buka sahaja pintu dewan,semua mata tertumpu pada empat orang manusia itu. Poker face ditayang kepada semua orang.

Setiap langkah yang mereka atur menampakkan aura berkarisma yang mampu membuatkan semua manusia kagum.

"Tuan Muda Marteen Uqael,thank you sebab sudi datang untuk pelancaran kitorang kali ini"

Badan dibongkokan sedikit sebagai tanda hormat.

Bukan mudah untuk seorang Marteen Uqael menghadirkan diri ke acara seperti ini. Selalunya Joshua dan Muzameel sahaja yang turun padang.

Malam ini,Marteen munculkan diri ke acara perasmian butik baharu milik rakan kongsinya. The Queeny Style. Ini semua kerana Azura adalah salah seorang daripada model kepada butik ini.

"The pleasure is mine" balas Marteen bersama senyuman nipis.

"And this beautiful lady is...?"

"My queen" laju Marteen menjawab.

Wanita dihadapannya mengangguk faham.

"Come,have a sit. Majlis dah nak mula" wanita itu membawa mereka ke arah meja milik Marteen.

Aylana duduk disamping Marteen. Tiba-tiba matanya terpandang ke arah satu sudut dari dalam dewan itu.Perlahan-lahan bibir melakar sekuntum senyuman. Tangan dilambai kecil ke arah sudut dewan tersebut.

Bahu Marteen ditepuk lembut. Marteen mengangkat sedikit keningnya ke arah Aylana.

"Tunduk sikit boleh?" pinta Aylana.

Dengan senang hati Marteen menyondongkan sedikit tubuhnya ke arah Aylana. Gadis itu mendekatkan bibirnya dengan telinga Marteen.

"I saw a rat" bisiknya dengan nada teruja.

Marteen tersenyum senget.

"Let it be,wifey" balasnya setelah menjarakkan tubuh mereka.

Azura yang melihat andengan itu dari jauh mengetap rahangnya kuat. Tangan dikepal erat menjadi penumbuk.

Aylana yang sempat melihat riaksi milik Azura tersenyum sinis. Tangan dilipat ke dada. Wajah Aylana jelas menunjukkan yang dirinya sedang mencabar Azura.





"Wifey,aku nak pergi sana kejap" bisik Marteen pada Aylana.

Aylana memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Marteen. Tahulah gadis itu bahawa suaminya ingin berjumpa dengan rakan kongsi syarikat Cael yang lain. Tak lain tak bukan mesti bercakap soal business.

Kepala dijatuhkan tanda memberi izin kepada Marteen untuk melangkah pergi.

"Kalau nak apa-apa minta je dekat Joshua takpun Muzameel" tepi kepala Aylana dikucup sekilas.

"Awak nak apa-apa ke,Lana?" soal Joshua yang duduk berhadapan dengannya.

Muzameel? Awal-awal lagi lelaki itu sudah pergi ke tempat makanan disediakan.

"Em,saya nak buah" jawabnya.

Joshua bangun dari duduknya. Tuxedo yang tadinya tidak dibutangkan kini sudah kemas melekap pada badan.

"Tunggu sini kejap okay? Saya pergi ambilkan" pesannya pada Aylana.

Tak sampai seminit Joshua kembali ke meja mereka dengan membawa sepinggan buah apple yang sudah dipotong. Pinggan tersebut diletakkan dihadapan Aylana. Tempat duduk sebelah Muzameel dituju.

Seorang pelayan datang mendekati mereka dengan membawa dulang yang dipenuhi dengan gelas berkaki panjang yang terisi pelabagai jenis air. Segelas jus oren diberikan kepada Aylana sebelum pelayan tersebut melangkah pergi.

Jus oren tadi disisip sambil matanya masih tunak memerhati gerak geri Marteen. Air yang sudah tinggal separuh diletakkan ke atas meja. Kepala yang terasa berat dipicit lembut.

"Aylana,are you okay?" soa Joshua penasaran.

"Ateem..." hanya itu yang disebut oleh Aylana.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now