👑 : 10

25.7K 1.8K 151
                                    

Suasana yang sudah sedia sunyi semakin hening.

"Finally,you're here" suara garau milik Muzameel berbunyi.

Aylana mengeratkan pegangan pada kotak brownies yang dibawanya. Mata melirik ke arah seorang lelaki yang sedang berada di sofa single berdekatan pintu. Dia tidak kenal siapa lelaki itu.

Tapi satu perkara yang Aylana yakin. Sangat yakin.

Lelaki yang sedang duduk menghadap timbunan kerja bersama laptop itu ialah lelaki yang sangat dikenalinya. Lelaki yang didambakan oleh hatinya. Lelaki itu lelaki yang masih lagi bertakhta di hatinya sehingga hari ini.

Marteen Uqael.

Bertahun sudah berlalu tetapi hati dan fikirannya masih tidak mampu untuk melupakan susuk yang hampir sempurna itu. Namanya masih terpahat didalam setiap doa Aylana.

Berharap? Tidak. Cuma entah mengapa hatinya terlalu degil. Pelbagai cara sudah Aylana gunakan untuk lupakan Marteen namun satu pun tidak berjaya.

Dan hari ini,Tuhan munculkan kembali Marteen dihadapannya. Tapi,untuk apa pertemuan mereka kali ini?

"Hello?..." Muzameel memetikan jarinya dihadapan Aylana.

"Ah,ya? Nah pesanan awak" kotak brownies tadi bertukar tangan.

"Joshua...dah bayar kan?" Joshua menjatuhkan kepala.

"Okay,jom keluar" tangan Joshua ditarik untuk keluar bersama dari bilik kerja Marteen.

Aylana juga sudah berkira-kira untuk turut keluar. Badannya dipusingkan untuk menghadap pintu keluar. Baru setapak melangkah,badannya bagai terkena renjatan elektrik saat suara garau yang duduk tidak jauh dari tempat dia berdiri itu berbunyi.

"Who said you can get out from here?"

Takut-takut dia memusingkan diri semula untuk menghadap Marteen yang bersandar pada kerusi empuknya.

"Saya dah nak kena balik bakery. Awak ada nak apa-apa lagi ke?" suaranya kedengaran sangat gugup.

"We have so many things to discuss Miss Aylana Ilaria" mendengar nama penuhnya disebuat oleh Marteen membuatkan perut Aylana terasa penuh dengan rama-rama.

"Or should i call you Layyrieeyaa?" serta merta tubuh Aylana kejung ditempatnya.

Ekspresi muka sehabis baik dineutralkan.

"Maksud senior apa sekarang ni?" wajah polosnya ditayang kepada Marteen.

"So,you're my junior in Alexendria Sky Highschool" Marteen tersenyum sinis.

Aylana sudah menutup mulutnya menggunakan telapak tangan. Kenapalah dia boleh bodoh sangat sampai terlepas cakap?

Tangan Marteen bergerak membuka laci ditepi meja. Novel yang dibacanya beberapa hari lalu diletakkan di atas meja kerjanya.

Aylana sudah mula tidak senang duduk. Setiap liur yang ditelan terasa amat berpasir.

"Don't play dumb,Ilaria. You got so many things to discuss with me. Now,come here and sit down"

Ilaria? Ini kali pertama Aylana mendengar sesorang memanggil nama keduanya. Selalu orang panggil dia Aylana atau Lana sahaja.

Bagaikan robot,Aylana menurut perintah Marteen. Duduk di kerusi yang berhadapan dengan lelaki itu. Makin kuat hatinya meraung dan memaki Ayzal saat ini. SEMUA SALAH AYZAL!

"Aku cuma nak tanya kau beberapa soalan. And you should answer it honestly without even thinking about lying. Am i clear?" laju kepala dijatuhkan.

"This novel..." jarinya diketuk beberapa kali di atas novel tersebut.

"The male lead. Is it me?" perlahan-lahan Aylana mengangguk.

Wajahnya mula terasa berbahang.

"So,this story is about us?" sebelah kening terangkat naik.

Aylana gigit bibir bawah. Malu yang teramat. Tapi,dia sudah berjanji untuk tidak berbohong kepada Marteen.

"Ya,tentang kita" jawabnya perlahan.

"Kau tahu aku boleh saman kau sebab gunakan aku dalam buku kau tanpa sebarang kebenaran?" terus Aylana angkat wajahnya memandang wajah serius Marteen.

"Saya...minta maaf" hanya itu yang mampu Aylana katakan.

Sekali lagi laci meja Marteen dibuka. Kali ini dua pucuk surat bersampul hitam pula dikeluarkan.

"Kau yang tulis surat ni?" soalnya lagi.

"Ya. Sebab saya takut nak luah depan-depan jadi saya bagi surat" jawabnya jujur.

Mungkin sudah tiba masanya Aylana berkata jujur soal hati dan perasaan?

"Why Ilaria,why? Out of seven billions people,why me?" anak mata dark olivenya lembut menikam anak mata hitam Aylana.

"Sebab...."

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now