👑 : 43

23.5K 1.4K 40
                                    

"Lana cepat la...." jerit Muzameel dari bawah rumah.

Teruja yang amat sampai sanggup bangun awal pagi. Siapa sahaja yang tidak teruja kalau dapat pergi mandi air terjun?

Aylana masih lagi santai berjalan kedepan. Pintu rumah dipastikan berkunci terlebih dahulu sebelum menuruni anak tangga.

Aylana hanya diam saat berselisih dengan mak long Zaiton sebelum masuk ke dalam kereta. Sudah tiga hari sejak kejadian tempoh hari berlaku. Hubungannya dengan mak long Zaiton?

Entah. Semakin renggang mungkin? Tapi mak long Zaiton lebih banyak diam daripada dahulu. Mungkin malu? Mungkin juga rasa bersalah?

"Husband,awak nak mandi sungai ke? Awak dah la baru nak baik dari demam" Aylana memusingkan badannya melihat Marteen yang sedang memandu.

Marteen menggeleng kecil tanda tidak mahu. Aylana jatuhkan kepala.






Tikar dibentang berhampiran tepi sungai. Segala jenis makanan yang dibawa dari rumah mula dihidangkan satu per satu.

"Meh sini makan dulu sebelum terjun" panggil tok mak.

Muzameel dan Joshua orang paling awal duduk bersila di atas tikar. Marteen tepuk dahi sendiri. Malu tengok perangai adiknya yang mengalahkan budak kecil.

"Wifey,kenapa?" soal Marteen saat melihat Aylana seperti sedang mencari sesuatu.

"Lana rasa Lana tertinggal barang la dalam kereta" jawabnya.

"Barang apa? Kejap,husb-" baru sahaja Marteen ingin bangun dari duduknya,Aylana menghalang.

"Tak apa. Lana pergi ambil sendiri. Kereta tak kunci kan?" Marteen jatuhkan kepala.

Selipar disarung ke kaki. Aylana mengutuk diri sendiri kerana sikap cuainya. Sudah lah kereta dipakir dari jarak jauh.

"AYLANA!!" jeritan itu buatkan langkah Aylana terhenti.

Kepala menoleh ke kiri dan ke kanan mencari suara sang pemanggil. Sesaat kemudian tangannya direntap dari belakang. Terkejut Aylana dibuatnya saat wajah Sakinah betul-betul ada dihadapannya saat ini.

Tanpa sebarang amaran pipi gebu Aylana ditampar kuat sehingga kepala Aylana terteleng ketepi. Aylana memandang Sakinah dengan wajah keliru.

"SEMUA NI SALAH KAU!!" bahu Aylana ditolak kasar.

"Kenapa dari kecil kau tak boleh tengok aku bahagia? Kenapa kau kena lebih dalam segala-galanya dari aku? Kau punca semuanya. Kau punca tak ada sesiapa sayang aku. Kau punca aku tak dapat perhatian secukupnya. Dan sebab kau,mak aku buang aku!"

Bahu Aylana masih lagi ditunjal kuat sehingga Aylana terdundur beberapa langkah kebelakang. Aylana cuba untuk tidak bergerak saat kakinya terasa sedikit lembap menandakan di belakangnya ada air sungai yang mengalir deras.

"KAU PATUT MAMPUS DARI DULU!!" dengan segala kudrat yang ada Sakinah menolak Aylana jatuh ke dalam sungai.

Aylana yang tidak dapat mengimbangi dirinya jatuh begitu sahaja dan mula dihanyutkan oleh arus deras.

"WIFEYY!!" pekikan itu mengejutkan Sakinah.

Wajahnya terus berubah pucat saat memandang wajah merah padam Marteen. Tok mak dan yang lain bangun mengejut saat melihat Marteen melompat terjun ke dalam sungai.

Tubuh Aylana yang terkapai sehabis baik cuba diraih dari terus dihanyutkan oleh arus. Dapat sahaja tangan Aylana ditarik,Marteen terus membawa isterinya masuk ke dalam pelukan.

Rasanya bagai dejavu. Kenangan pahit yang lama kembali terimbas saat melihat wajah pucat tidak berdarah milik Aylana. Cepat-cepat Marteen membawa Aylana keluar dari dalam air dengan bantuan Muzameel dan Joshua.

Matanya mencerlung tajam ke arah Sakinah yang dipegang kemas oleh Syifa supaya tidak melarikan diri.

"KALAU APA-APA JADI DEKAT ISTERI AKU,SIAP KAU! JANGAN HARAP AKU NAK BAGI KAU TENGOK DUNIA LEPASNI!" tempik Marteen kuat sambil membawa Aylana pergi.

Merinding sekujur tubuh saat mendengar amaran itu. Pertama kali melihat seorang Marteen Uqael mengamuk seteruk ini.

Muzameel menghampiri Sakinah dan berbisik sesuatu.

"Jangan sampai abang aku sumbat kau dalam lokap atas tuduhan melakukan cubaan membunuh. Parah kau nanti"

Muzameel dan Joshua juga berlalu pergi.







Aylana yang tidak sedarkan diri terus dibawa ke wad kecemasan. Marteen masih lagi berlegar-legar di luar wad. Hatinya resah selagi tidak dapat mengetahui keadaan Aylana.

Nasib sahaja Aylana sudah menyediakan pakaian lebih untuk mereka di dalam kereta.

Pintu wad kecemasan yang terbuka membuatkan Marteen laju menoleh dan menghampiri doktor tersebut.

"Alhamdulillah isteri encik selamat. Tapi saya ada sesuatu nak kena bagitau encik"

Marteen tegup liur. Hatinya rasa sesuatu yang tidak enak.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now