👑 : 45

24.4K 1.5K 18
                                    

Bunyi bising dari arah bilik air membuatkan Marteen terjaga dari tidur. Duvet tebal yang membaluti tubuh diselak ketepi. Kaki perlahan-lahan menghampiri bilik air. Pintu yang sudah sedia terbuka membutkan kerja Marteen untuk melangkah masuk lebih mudah.

Tubuh Aylana yang sedang duduk bercangkung dihadapan mangkuk tandas didekati. Rambut panjang Aylana digenggam lalu disanggul tinggi. Belakang badan isterinya diusap lembut.

Marteen menemani Aylana sehingga Aylana habis mengeluarkan segala isi perutnya.

"Are you done?" soal Marteen sambil mengelap keringat yang jatuh pada dahi suci Aylana.

Aylana yang tersandar lemah pada dada bidang Marteen mengangguk kecil. Dengan berhati-hati Marteen mengangkat tubuh Aylana. Membawanya keluar dan membaringkan Aylana semula ke atas katil.

Marteen duduk bersila di hadapan perut Aylana yang semakin membesar. Baju Aylana disingkap sedikit.

"Hey,little one. Kenapa buat perangai pagi-pagi macamni,hm? Tak kesian dekat mom ke? Kenapa naughty sangat ni? Nak attention dad dengan mom dah dia pagi-pagi macamni?"

Perut yang semakin membesar itu dicium bertalu-talu. Aylana tersenyum nipis. Rambut Marteen diusap lembut. Tendangan dari dalam perut Aylana membuatkan Marteen dan Aylana terkaku.

Marteen memandang Aylana yang turut sama memandangnya. Sesaat kemudian kedua-dua mereka tergelak.

"You already have us wrap around your little finger,baby" sekali lagi perut Aylana dicium.

"Husband..." panggil Aylana.

"Nak cream puff boleh?" soalnya bersama mata yang dikerdipkan.

"Sekarang?" Aylana jatuhkan kepala.

Jam pada dinding bilik dikerling. Pukul 2.00 pagi. Marteen memandang perut Aylana dengan pandangan tajam.

"Nak buli dad ke huh little one?" perut Aylana ditepuk lembut.

Mendapat tendangan kecil dari dalam sana membuatkan mata Marteen melolot tidak percaya. Sah. Anak sulungnya memang mahu menjadi pembuli.

Smartphone yang elok terletak di atas bantal dicapai. Aplikasi safari dibuka. Marteen diam sebentar. Jari sibuk berlari-lari di atas screen smartphone.

"Okay dah,jom turun" smartphone dimasukkan ke dalam jogger pants.

Baru sahaja Aylana ingin menapakkan kaki ke atas lantai,awal-awal lagi Marteen menghalang.

"No walking. Husband yang dukung" arahnya.

"Tapi Lana berat"

"Berat? Husband boleh angkat awak guna sebelah tangan lagi tau. Celah mananya berat?"

Tanpa sebarang amaran,tubuh Aylana sudah berada di awangan. Tangan dikalungkan ke leher Marteen.

Dagu ditongkat menggunakan kedua belah tangan. Mata masih ralit memerhati Marteen yang sedang bertungkus lumus menyiapkan cream puff. Nasib suaminya ini pandai memasak. Kalau tidak? Kempunan lah anak dalam perut dia ni nak rasa air tangan si bakal jadi ayah.

"Nah cuba rasa ni,okay tak?" sudu yang sudah dicalit dengan sedikit cream disuakan ke hadapan mulut Aylana.

Mata dipejam sekejap saat cream sudah berada di dalam mulut. Jari dibentuk menjadi tanda 'good' kepada Marteen menandakan cream yang dibuat baik-baik sahaja. Marteen tersenyum senget. Bangga dengan hasil kerja sendiri.

Satu jam kemudian creampuff yang sudah siap dibuat,dihidangkan di atas meja buat Aylana. Kerusi disebelah isterinya ditarik.

"Baca doa makan dulu"

Ayalana menadah tangannya. Terkumat-kamit bibirnya membaca doa makan. Lagaknya seperti kanak-kanak yang sudah tidak sabar mahu makan manisan.

Satu creampuff disumbat masuk ke dalam mulut. Kunyah-kunyah dahulu lalu ditelan.

"So..." Marteen masih setia menanti komen dari Aylana.

"Husband dah boleh letak jawatan as a ceo lepastu datang kerja dekat bakery Lana" komen Aylana selamba.

Tergelak kuat Marteen dibuatnya. Kepala Aylana diusap lembut sambil wanita itu menikmati makanannya. Ada-ada sahaja perangai mak buyung satu ini. Nasib Marteen sayang!

MARTEEN'S QUEENNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ