👑 : 21

25.7K 1.6K 50
                                    

Ayzal,Aylana dan Amaya akhirnya dapat menarik nafas lega. Sejak pagi tadi lagi bakery mereka tidak berhenti dilimpahi dengan pelanggan. Sampai tidak cukup tangan dibuatnya tiga orang gadis itu.

Aylana masih berdiri di kaunter hadapan. Mengasingkan duit yang diperoleh mereka selama dia bercuti kahwin tempoh hari. Bunyi loceng dari pintu hadapan menghentikan aktiviti Aylana.

Keningnya sedikit berkerut melihat gerangan manusia yang baru sahaja melangkah masuk tadi. Buang tebiat ke sampai tiba-tiba datang sini? Drama apa lagi lah yang perlu Aylana hadap kali ini.

"Betul la apa i cakap. Marteen ni low taste betul. Macam mana lah dia boleh pilih orang kerja bakery macam you ni. Haih,tak patut betul"

Aylana hanya tayang muka bosan. Dasar tak malu. Datang tempat orang lepastu terus buat kecoh nak cari gaduh.

"Sekurang-kurangnya rezeki yang saya dapat ni dari sumber yang halal" balas Aylana tenang.

"Kau nak cakap aku makan duit haram ke?!" terus naik seotaf suara Azura.

Ayzal dan Amaya yang berada di dapur turut terkejut hingga berlari ke ruang hapan untuk melihat apa yang terjadi.

"Eh,saya tak cakap pun cik Azura makan duit haram. Kenapa tiba-tiba nak melenting? Pernah rasa duit haram ke?" perli Aylana.

Terus terdiam Azura dibuatnya. Rahang diketap kuat. Aylana pula tersenyum kemenangan.

"Kalau kau datang sini semata-mata nak gertak aku,nak acah jadi antagonist baik kau blah. Sebab aku bukan perempuan yang kau fikir. Aku tak ada masa nak diam lepastu tadah telinga nangis-nangis dengar apa yang kau caci maki aku" tangannya dilipat ke dada.

"Listen here,Miss Azura. Marteen Uqael is mine from the start. So back off. Because i'll never let anyone take him away from me. If i don't deserve him,then nobody else deserve him too"

Aylana sudah mengeluarkan amaran keras kepada Azura.

"Ouh yeah? But remember this little girl. Lelaki. Boleh. Kahwin. Empat. If i can't be the first,i can be the second" lawan Azura.

Aylana masih tenang. Sedikit pun tidak rasa tercabar.

"Over my dead body first. Try to touch him even once and you already book the first class flight ticket to the hell sponsored by me"

Ancaman Aylana berjaya membuat tiga orang yang melihatnya terdiam. Tidak percaya bahawa Aylana mampu mengeluarkan kata-kata seperti itu.

Bunyi loceng yang sekali lagi berbunyi menghilangkan suasana tegang antara mereka. Kali ini Azura sekali lagi terdiam. Bukan kerana takut akan apa yang dikatakan oleh Aylana tadi. Tapi takut dengan manusia yang baru sahaja melintasi dirinya.

"Joshua? Awak buat apa datang sini?" soal Aylana apabila melihat orang kanan suaminya melangkah masuk.

"Ateem suruh saya datang sini. Dia tak sempat nak lunch sebab ada meeting lagi lepasni. Jadi,dia minta saya datang belikan dia croissant dari bakery awak untuk alas perut"

Laju sahaja Aylana bergerak ke arah rak kaca yang menempatkan segala jenis roti dan pastri. Enam biji croissant dimasukkan ke dalam paperbag dan dibawa ke kaunter semula.

"Nah. Dalam ni ada enam. Nanti awak dengan Muzameel makan la sekali" paperbag diserahkan kepada Joshua.

"How much?" soal Joshua sambil mengeluarkan wallet dari poet belakang seluar.

"Takkan lah dengan suami sendiri pun saya nak berkira? Ambil je saya bagi percuma. Anggap je macam bekal. Ouh cakap juga dekat Ateem saya kirim salam rindu dekat dia" pesan Aylana bersama sengihan.

Joshua menjatuhkan kepalanya.

"By the way,langau tu buat apa dekat sini?" mata helangnya melirik ke arah Azura yang masih berdiri kaku.

"Spitting nonsense as usual" jawab Aylana senada.

"Should i?..." Joshua sengaja gantungkan ayatnya apabila melihat tubuh Azura yang mengeras seperti sedang ketakutan.

"Tak apa. Saya boleh settlekan sendiri. Ouh,dah settle dah. Cuma tunggu masa dia nak berambus dari kedai saya je. Am i right,Miss Azura?" Aylana tersenyum senget.

Azura menjeling tajam ke arah Aylana. Bunyi kasut tumit tingginya yang berlaga dengan lantai bergema kuat saat melangkah keluar dari bakery Aylana.

"Okay lah,saya gerak dulu"

Aylana melambai kecil ke arah Joshua lantas menyambung kembali kerjanya yang tergendala.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now