👑 : 40

23.2K 1.3K 65
                                    

Halaman rumah tok mak sejak pagi tadi lagi dibanjiri dengan manusia yang sibuk menolong menyiapkan persiapan kenduri tahlil yang akan berlangsung pada malam ini.

Tuan Ziyad,Marteen,Muzameel dan Joshua sedang berada di bawah khemah. Sedang menghulurkan tangan untuk menyusun meja dan kerusi. Sejak tadi lagi Marteen tidak berhenti daripada batuk.

Wajahnya juga sudah muka bertukar merah dengan peluh yang merinik jatuh membasahi dahi.

"Ateem? Okay tak ni?" Tuan Ziyad mendekati Marteen.

Dahi menatunya disentuh. Panas. Ternyata Marteen sudah demam kembali.

"Demam balik kamu ni nampak gayanya"

Tuan Ziyad memerhati sekeliling. Nasib sahaja saat itu Aylana baru keluar dari rumah dengan membawa sedulang air. Nama anak gadisnya dilaung dari jauh untuk datang mendekat.

"Kenapa ayah?" soalnya saat berada di depan Tuan Ziyad.

"Ni suami kamu demam balik ni. Bawa la dia pergi rehat dalam bilik dulu. Dah merah dah tu mukanya"

Aylana kalihkan pandangan ke arah Marteen. Wajah lelaki itu nampak sedikit pucat dari semalam.

Lengan kekar Marteen dipaut lembut untuk berjalan bersamanya. Saat ingin naik ke atas rumah,Aylana hanya mengabaikan pandangan membunuh Sakinah yang berada di ambang pintu rumah.

Pintu biliknya dibuka dan dikunci dari dalam. Tubuh Marteen dibaringkan ke atas katil. Wajah yang berpeluh itu diusap lembut menggunakan tangan kecilnya.

Handbag yang berada di dalam almari dicapai. Cool fever yang sudah disediakan dari awal dikeluarkan. Langkah kembali diatur ke arah Marteen.

Wajah lelaki itu berkerut sedikit saat cool fever yang sejuk bersentuhan dengan kulitnya yang panas.

"Husband,Lana nak sambung tolong diorang dekat luar tu. Husband rehat dekat sini okay? Kalau ada apa-apa call je Lana"

Bibir Marteen cuba dipagut namun lelaki itu lebih cepat mengelak. Aylana mencebik tidak suka. Sejak bila Marteen tidak suka mencium dirinya ni?

"Nanti demam sekali macam mana wifey?" pujuknya dengan suara yang sedikit serak.

"Tak apa,tak kisah" bibir Marteen dipagut cepat.

Ciuman singkat tadi bertukar menjadi lumatan kecil sebelum Aylana sendiri yang melepaskan tautan mereka. Wajah cemberut Marteen membuatkan Aylana terkekeh kecil.

Wajah ditundukan separas dengan telinga Marteen.

"Tunggu kita balik KL okay?" rambut Marteen dibelai lembut sebelum Aylana bangun menjauhi katil tersebut.

Satu kenyitan mata diberikan kepada Marteen sebelum Aylana melangkah keluar. Pintu bilik ditutup rapat dan kaki kembali bergerak ke arah dapur.

Marteen mengeluh lemah. Kaki dihentakkan sedikit di atas katil. Nasib sahaja mereka berada di kampung dan Marteen sedang tidak sihat. Kalau tidak....

Kepala yang terasa berpinar dipicit perlahan. Badannya terasa tidak berdaya sama sekali. Mata juga semakin lama semakin memberat sebelum Marteen dijemput lenanya.

Sakinah yang dari tadi memerhati pergerakan Aylana tersenyum senget. Kawasan disekelilingnya diperhatikan terlebih dahulu.

Nafas lega ditarik apabila ruang atas rumah tok mak kosong tanpa sebarang penghuni. Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati pintu bilik Aylana. Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan.

"Kalau tak boleh dapat cara baik,kita guna ja lah cara kotor" bisiknya bersama senyuman jahat.

"Nasib kau lah,Lana. Lepasni kebahagiaan kau akan jadi milik aku"

Tombol pintu dipulas perlahan. Semakin mengembang senyuman Sakinah apabila pintu bilik itu tidak terkunci. Kaki mula melangkah masuk sebelum pintu kembali ditutup.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now