👑 : 42

23.2K 1.4K 93
                                    

Tepat waktunya Aylana sampai ke ruangan menunggu,seorang doktor datang menghampiri mereka.

"Waris Puan Sakinah?" soal doktor itu.

Matanya seakan-akan sedang mencari seseorang.

"Saya. Saya ibu dia" mak long Zaiton menghampiri doktor tersebut.

"Macamni,puan. Keadaan pesakit baik-baik sahaja,tapi kami minta maaf. Kami tak dapat nak selamatkan kandungan Puan Sakinah"

Hening. Tiada seorang pun yang bersuara. Semuanya masih lagi mencuba untuk mencerna apa yang baru disampaikan oleh doktor.

"Maafkan saya kalau berita ni mengejutkan semua orang. Tapi boleh saya tahu yang mana satu suami Puan Sakinah?" menegang terus tubuh mak long Zaiton.

Mata melirik kesekeliling sebelum berhenti pada Aylana dan Marteen. Mata tua itu jelas menunjukkan yang dirinya perlukan pertolongan.

Aylana ketap bibir. Marteen pula hanya memandang wajah mak long Zaiton dengan pandangan kosong. Nak minta tolong dia dan ahli keluarganya yang lain? Minta simpang.

Dah pandai buat,pandai lah tanggung sendiri. Marteen mengecup lembut pipi kanan Aylana. Dia tahu gadis itu sedang resah dengan fikiran negatif.

Kepala yang masih terasa sedikit berdenyut membuatkan Marteen memilih untuk duduk di salah satu kerusi yang disediakan. Aylana ditarik mendekat ke arahnya. Wajah disembamkan pada perut kempis gadis itu. Wangin tubuh Aylana sedikit sebanyak menghilangkan rasa sakit kepalanya.

Mak long Zaiton menggenggam erat hujung bajunya.

"Suami dia tak ada dekat sini sekarang..." jawabnya perlahan.

Doktor itu jatuhkan kepala. Tidak mahu bertanya lebih.

"Ahli keluarga dah boleh masuk melawat. Kalau dah tak ada apa-apa saya minta diri dahulu"

Suasana antara semua orang masih lagi tegang dan sunyi.

"Puas hati kamu sekarang lepas dapat tahu perangai sebenar anak kamu? Ini lah perangai baik anak kamu yang kamu selalu sanjung tu? Ini lah anak yang kamu cakap pijak semut tak mati tu? Manjakan sangat anak kamu tu sampai dia conteng arang dekat muka kamu pun kamu tak tahu. Memalukan keluarga"

Tok mak berjalan pergi meninggalkan kawasan menunggu. Seorang demi seorang dari mereka mula bangun dan mengikut langkah tok mak. Banyak lagi yang perlu diselesaikan di rumah.

"Yang selama ni mak long keji hina,yang mak long selalu caci maki tu la sebenarnya permata. Yang mak long banggakan? Sampah keluarga semata"

Syifa juga turut meninggalkan ruangan menunggu selepas melemparkan kata-kata pedasnya.

Mak long Zaiton hanya mampu berdiam diri. Kali ini dia tidak mampu melawan kerana apa yang dikatan semua orang itu ada benarnya.

"Husband,jom balik rehat dekat rumah" rambut Marteen diusap lembut.

Ubat yang digenggam dimasukkan ke dalam beg tangan. Sebelum datang ke sini tadi,Aylana sempat singgah ke klinik untuk membuat pemeriksaan kepada Marteen. Nasib lelaki itu hanya demam biasa.

Marteen hanya menggumam. Mak long Zaiton menghantar pemergian mereka dengan ekor mata. Kakinya bergerak ke arah wad yang menetapkan Sakinah. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum masuk ke dalam.

Sakinah sedang bersandar pada kepala katil. Sedar akan kehadiran mak long Zaiton,Sakinah tolehkan kepalanya. Matanya berkaca-kaca memandang wanita itu.

"Mak..." panggilnya perlahan.

"Jangan panggil aku dengan gelaran tu. Kau tak layak" larang mak long Zaiton keras.

"Selama ni aku jaga kau elok-elok. Aku tatang kau macam minyak penuh. Aku bagi semua yang kau nak. Aku menangkan kau bila semua orang cakap buruk pasal kau. Aku percayakan kau sepenuh hati aku. Tapi ini yang kau balas dekat aku?"

Suara mak long Zaiton kedengaran lirih dihujung ayatnya.

"Aku rasa aku dah gagal jadi seorang mak. Ayah kau dekat dalam kubur tu mesti sedih sebab kena tanggung dosa anak tak kenang budi macam kau. Kau malukan aku,Kinah. Kau buat aku kecewa"

Air mata yang dari tadi ditahan akhirnya tumpah.

"Selama ni,aku burukkan si Aylana tu. Tapi harini Tuhan tunjuk yang sebenarnya anak aku sendiri lagi hina dari apa yang aku pernah kutuk dekat anak orang"

Sakinah juga sudah merembaskan air matanya.

"Dengar sini baik-baik. Mulai harini,kau bukan anak aku lagi" bayang mak long Zaiton hilang dari pandangan mata.

Sakinah menjerit sepuasnya. Selimut yang menutupi badan dicampak ke lantai. Rambutnya dikusutkan.

"TAK GUNA KAU AYLANA! NI SEMUA SALAH KAU!" amuknya kuat.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now