👑 : 19

26.3K 1.8K 36
                                    

Rumah banglo tiga tingkat dihadapannya dipandang dengan mata tidak berkelip. Hanya satu perkataan sahaja yang mampu diungkap untuk rumah ini.

Expensive.

"Tutup mulut tu,wifey. Tercekik lalat nanti jadi duda pula aku" Aylana terus pandang Marteen yang berdiri disebelahnya.

Bahu tegap lelaki itu ditampar kuat.

"Baru kahwin kemarin,dah doa nak jadi duda bagai. Kenapa? Nak sangat ke merasa?" sebelah kening diangkat tanda mencabar.

Laju sahaja Marteen gelengkan kepala. Pinggang ramping Aylana ditarik untuk mendekat dengan dirinya.

"Aku gurau lah. Taknak la hidup tak ada bini. Tambah lagi bini aku tu kau. Lagi la aku rasa macam tak boleh hidup kalau kau tak ada" tepi dahi Aylana dicium singkat.

Aylana mencebik. Tangan sudah bersilang ke dada. Mata juga turut digulingkan ke atas. Sedang mengejek Marteen.

Dia fikir dia bagi ayat manis lepastu kiss kiss orang,Aylana terpujuk la? Poyo je lebih mamat ni! Nasib suami kalau tidak....

Gugusan kunci dihalakan di depan muka Aylana. Aylana memandang Marteen dengan wajah blur.

"Ladies,first. Aku nak kau jadi orang first yang rasmi buka pintu rumah kita and tengok hiasan dalam rumah tu"

Aylana terus merampas kunci tersebut. Laju sahaja kaki berlari kecil persis kanak-kanak riang ke arah pintu utama rumah barunya dan Marteen.

Dengar sahaja bunyi kunci yang sudah berjaya dibuka,tombol pintu kayu itu dipulas lalu pintu ditolak. Kalau dekat luar tadi Aylana sudah terpana kali ini dua kali ganda Aylana terdiam seribu bahasa melihat hiasan dalaman rumah ini.

Marteen yang bersandar pada dinding dengan kedua belah tangan di dalam poket seluar tersenyum senang hati melihat wajah teruja milik isterinya.

"Suka tak?" soal Marteen dari depan pintu.

"Suka sangat. Cantik. Siapa yang hias?" matanya bersinar-sinar melihat sekeliling.

"Aku design sendiri" jawab Marteen.

Tiba-tiba tubuh kekarnya didakap erat oleh Aylana. Tertunduk Marteen dibuatnya kerana ketinggian mereka yang berbeza.

"Terima kasih.." ucapnya bersama satu kucupan dihadiahkan kepada rahang Marteen.

Tersentak lelaki itu dibuatnya. First time Aylana yang kiss dia dahulu.

"Iya,aku tahu kau excited. Tapi,lepas wifey. Leher aku sakit dah ni" tangan mulus Aylana diusap lembut.

Aylana yang seperti baru tersedar dengan perbuatannya terus melepaskan leher Marteen dari pelukan. Terus darah panas menyerbu wajah putihnya.

Sekarang tahu pula malu? Tadi,tak malu pun!

"Dah pergi la pusing-pusing rumah ni dulu. Kalau nak rest,bilik kita bilik paling hujung dekat tingkat dua. Aku nak ambil luggage dalam kereta" Aylana anggukan sahaja semua yang diucapkan oleh Marteen.

"By the way,nanti petang kita kena pergi beli barang basah sebab fridge rumah ni still kosong" pesan Marteen sebelum melangkah keluar.

Aylana kembali dengan misinya untuk meneroka segenap ruang rumah banglo tiga tingkat ini. Dari luar sampai dalam. Dari bawah sampai atas. Semua pelusuk Aylana terokai tanpa ada yang tertinggal.

Yang paling membuatkan Aylana mahu menjerit ialah apabila dia menjumpai sebuah mini library bersebelahan dengan bilik kerja Marteen di tingkat tiga. Mini library itu dipenuhi dengan segala jenis novel dan bahan berilmiah.

Yang paling Aylana tidak percaya sekali ialah novel yang ditulis oleh dirinya diletakkan khas di dalam sebuah almari kaca bersama dua pucuk surat yang pernah diberikan kepada Marteen suatu masa dahulu.

Ini yang buat dia makin jatuh cinta kepada Marteen!!!

"Husband....I love you!!!" jeritnya dari tingkat atas dengan anggapan Marteen masih diluar.

Ternyata lelaki itu sudah berada di dalam rumah. Bibirnya dikemam dari melepaskan ledakan ketawa. Kepala digeleng kecil.

Ada sahaja telatah isterinya yang satu ini. Nasib dah jatuh sayang...

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now