👑 : 08

23.4K 1.7K 32
                                    

Langit kamarnya ditatap dengan pandangan bosan. Tangan direntangkan di atas katil bersaiz king. Malam yang sunyi membuatkan Marteen terasa sedikit bosan. Muzameel dan Joshua keluar untuk membeli makanan dan meninggalkannya seorang diri.

Kepala ditoleh ke kekanan.

Novel yang diberikan oleh Muzameel yang diletakkan di atas night stand dipandang. Perlahan-lahan tangan mula mencapai novel tersebut. Posisi baring tadi kini bertukar menjadi duduk dan bersandar di kepala katil.

Kulit hadapan novel itu dipandang.

Unreachable love? Cinta yang tidak akan bisa digapai walau sehebat mana pun kita memperjuangkannya.

"Layyrieeyaa" nama itu disebut perlahan.

Muka surat pertama dibuka dan dibaca oleh Marteen.

"Kisah yang ditulis kerana sekeping hati ini terlalu mengagumi dirinya yang hampir sempurna namun tidak akan bisa aku ajak untuk terbang bersama kerana sebuah tembok penghalang yang aku sendiri tidak bisa pecahkan.

Jika memilikinya hanyalah sebuah fatamorgana,maka kisah ini ialah kisah fatamorgana terindah yang pernah wujud di dalam dunia yang aku cipta sendiri"

Ayat yang ditulis pada bahagian dedikasi itu berjaya menarik perhatian Marteen. Jantungnya mula bertukar rentak. Cara penulisan ini sama dengan cara penulisan pada surat yang Marteen pernah terima dahulu.

Adakah Tuhan sedang memberi petunjuk bahawa Marteen sudah bisa memulakan semula misinya untuk mencari penulis misteri itu?

Perasaan tertanya-tanya yang semakin meningkat membuatkan Marteen menyambung kembali bacaannya.

Terkedu. Itu sahaja yang mampu Marteen gambarkan saat membaca novel ini. Joshua dan Muzameel benar-benar tidak bergurau tentang male lead yang merupai dirinya.

Dari perangai,penampilan malahan tingkah laku. Semuanya sama.

Perkara yang lebih membuatkan Marteen tertarik adalah quotes yang berada di setiap bab novel itu. Quotes yang menggambarkan perasaan gadis itu terhadap crushnya.

"Siapa kau sebenarnya?" soalnya pada diri sendiri.

Hati dan akalnya berperang sesama sendiri sama ada ingin mempercayai bahawa lelaki di dalam novel ini ialah dirinya atau tidak.

"Kalau betul lelaki dalam ni aku,kenapa aku? Kenapa kau pandang aku sehebat tu? Apa istimewanya aku?" bertubi-tubi soalan berlegar di dalam neuron kepala.

"Ateem,turun makan!" jerit Muzameel dari bawah.

Marteen tersentak dari lamunannya. Novel tadi diletakkan semula ke atas night stand. Kaki dibawa melangkah untuk turun ke dapur. Ada beberapa kotak pizza sedang dihidangkan di atas meja makan.

"Kau buat apa dekat atas?" Uzair menyuakan sekotak pizza kepada Marteen.

"Buat kerja" jawabnya bersahaja.

Macam tak rasa bersalah gila selepas menipu. Sepotong pizza disuakan ke mulut.

"Buat kerja ke baca novel?" hampir tersedak Marteen dibuatnya.

Terkelip-kelip matanya memandang Muzameel dan Joshua. Marteen berdehem sekali. Duduknya dibetulkan.

"Joshua,aku ada kerja nak bagi kau" Joshua mengangkat sebelah keningnya.

"Cari siapa yang tulis novel tu" katanya serious.

"Ouh,k" kunyahannya diteruskan.

"Asal kau tiba-tiba nak tahu siapa penulis novel tu?" soal Muzameel.

"Aku nak kena confirm something dengan penulis novel tu"

Joshua dan Muzameel mengerutkan dahi mendengar jawapan Marteen. Confirmkan apa?

"Kau kenal ke dengan orang yang tulis novel tu?" sesi soal siasat sudah bermula.

Marteen tepuk dahi sendiri.

"Kalau aku kenal,tak ada lah aku suruh Joshua cari siapa dia"

"Lepastu,kalau dah jumpa nak buat apa?"

"Saman dia" terus membulat mata Joshua dan Muzameel.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now