👑 : 38

22.2K 1.5K 50
                                    

Marteen masih lagi selesa dengan posisinya yang berbaring di atas tubuh kecil Aylana. Rambutnya yang diusap oleh tangan kecil Aylana sedikit sebanyak nenghadirkan rasa mengantuk.

"Husband,awak nak ikut ke pergi dusun petang ni? Awak dah la tak sihat" soalnya lembut.

"Nak ikut..." jawab Marteen sedikit merengek.

Aylana tersenyum kecil. Ubun-ubun Marteen dikucup sekilas.

"Wifey..." kepala didongakkan sedikit untuk memandang Aylana.

"Dahaga..." Aylana ketawa kecil.

Lengan Marteen yang kemas memeluk pinggangnya ditepuk lembut. Tubuh kekar Marteen beralih tidur disebelahnya. Kaki dijuntaikan untuk turun dari katil. Tudung sarung yang tergantung dibelakang pintu dicapai.

Aylana keluar dari biliknya menuju ke dapur. Niat ingin mengambil segelas air buat Marteen memudar ketika Sakinah juga berada di dapur. Kehadiran wanita itu sehabis baik cuba diabaikan.

Gelas dicapai lalu mesin coway yang berada di sebelah meja makan didekati.

"Handsome juga eh laki kau" pegangan pada gelas dieratkan saat suara Sakinah menjamah telinga.

"Aku terfikir juga,macam mana lah orang kaya lepastu handsome macam dia tu boleh nak dekat kau yang tk ada apa-apa ni" matanya naik turun memerhati Aylana.

"Kau nak apa sebenarnya?" gelas yang sudah diisi air diletakkan di atas meja makan.

Sekarang tumpuannya diberikan kepada Sakinah. Tangan dilipat ke dada. Wajahnya tenang seperti tidak terkesan dengan kata-kata Sakinah tadi.

"Kau tak nak share tips macam mana kau goda nak dapatkan laki kau tu ka? Kau buat apa sampai dia nak kahwin dengan kau? Kau jual badan kau eh?"

PANG!

Sakinah memegang pipinya yang terasa kebas.

"Hoi,betina. Kau buat apa hah dekat anak aku?!" jerkah mak long yang baru masuk ke dapur menggunakan pintu belakang.

Langkahnya dilajukan ke arah Aylana. Pipi gadis itu ditampar semula sehingga wajah Aylana terteleng ketepi.

"Kau ni memang tau! Kau tak balik kampung,hidup aku dengan anak aku tenang ja! Kau balik tak sampai sehari dah nak naik tangan dekat anak aku?! Kau ingat kau kahwin dengan anak orang kaya,kau boleh buat apa aja kau suka ka hah?!" tempiknya mak long Zaiton kuat.

Sekali lagi tangannya naik ingin menampar wajah Aylana yang sedang berdiam diri. Belum sempat tangannya bersentuhan dengan pipi bersih Aylana,ada satu tangan kekar yang menahan pergerakan mak long Zaiton.

Mak long Zaiton memandang pemilik tangan tersebut. Tubuhnya bergetar ketakutan saat melihat renungan membunuh milik lelaki itu. Tangannya direntap supaya terlepas dari pegangan lelaki itu.

"Apa bising-bising ni?" soal tok mak dan tok aki yang baru turun ke dapur bersama yang lain.

"Ni mak. Betina ni suka-suka nak lempang anak Ton!" jarinya ditunding ke arah Aylana.

Marteen serta-merta menarik tubuh kecil Aylana ke belakang badannya. Melindungi ratunya dari diapa-apakan.

"Aylana tampar Sakinah? Kau yakin dia saja-saja nak tampar? Ke anak kau ni yang cari gaduh dulu? Ye lah,dia kan dari dulu tak puas hati dengan Aylana sebab Aylana ni selalu lebih dari dia"

Mak ngah memandang tajam ke arah Sakinah yang tertunduk memegang pipinya sambil menangis. Drama lebih!

"Anak aku tu tak hamak la nak dengki dengan budak bandar tu" mak long Zaiton membela Sakinah.

"Sudah...Jangan nak bertengkar dekat sini. Kacau ja semua orang nak rehat. Ha ni lagi satu,Sakinah. Pakai baju tu elok sikit. Jangan nak terdedah sangat. Malu sikit ada tetamu lain dekat rumah ni. Kesian dekat ayah kamu yang dalam kubur tu nak kena tanggung dosa tak tutup aurat kamu" pesan tok mak selepas melihat penampilan cucunya yang seorang itu.

Sakinah diam memerhati pakaiannya. Apa yang tak kena? Salah ke kalau dia pakai seluar pendek bersama dengan jersey?

Pintu bilik dikunci rapat. Marteen duduk di birai katil sebelum menarik Aylana untuk duduk di atas ribanya. Pipi isterinya diusap lembut.

Tempat yang ditampar tadi dikucup bertalu-talu dengan lembut untuk menghilangkan rasa kebas di pipi Aylana.

"What did she say to you,wifey?" mata Aylana yang mula berkaca dipandang.

Marteen menarik Aylana masuk ke dalam dakapannya. Membiarkan Aylana menangis disitu sepuasnya.

"Dia cakap Lana jual badan dekat husband sebab tu husband kahwin dengan Lana"

Terus mengejang seluruh tubuh Marteen. Amarahnya sehabis baik ditahan supaya tidak meluru ke arah Sakinah sekarang juga. Matanya terpejam rapat sambil mencium ubun-ubun Aylana.

Menenangkan ratunya serta dirinya sendiri.

"Isteri aku kuat,orang macam dia tak akan mampu jatuhkan kau"

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now