👑 : 00

47.1K 1.8K 37
                                    

Tudung sekolah yang sedikit senget dibetulkan. Kasut sekolah yang sudah tersedia dihadapan pintu rumah dicapai dan disarung pada kaki.

"Ibu,Lana pergi dulu" kuat suaranya berteriak dari luar rumah saat bas sekolah telah tiba.

Itulah dia. Aylana Ilaria. Gadis yang hidupnya hanya sederhana.

Dibesarkan di dalam suasana keluarga yang harmoni sudah cukup untuk seorang Aylana. Ayahnya seorang polis manakala ibunya pula membuka sebuah bakery berdekatan dengan taman perumahan mereka.

"Selamat pagi dunia tipu-tipu" ucap Alayna selepas melangkah masuk ke dalam kelas.

Aylana memang dikenali dengan sikap periang dan happy go lucky. Gadis itu selalu menceriakan suasana disekelilingnya. Jadi,tidak hairan lah jika ramai yang mengenalinya.

"Selamat pagi sahabat" sapa rakan semeja Aylana yang masih bertungkus lumus menyiapkan kerja rumah.

Tipikal budak sekolah. Cuti means cuti. Datang sekolah baru gelabah siapkan semua homework. Buat sendiri? Mana mungkin. Harus lah jadi mesin photostat manual. Meniru bulat-bulat kerja member yang dah siap.

Dia,Ayzal Kalila. Teman baik kepada Aylana Ilaria.

"Kau dah siap homework ke,Lana?" kepala dipanggung sekejap untuk melihat Aylana yang baru sahaja duduk disebelahnya.

Gadis itu mengangguk. Kepala diletakkan ke atas meja. Mahu melelapkan mata sekejap sebelum loceng untuk perhimpunan berbunyi.

Jeritan pelajar perempuan dari luar kelas membantutkan niatnya. Aylana bangun dari duduknya dan berjalan ke muka depan pintu kelas. Marah? Tidak. Kerana dia juga ingin menyertai gadis-gadis itu.

Tidak lah hingga menjerit bagai kena histeria. Aylana hanya menyertai mereka untuk mengagumi satu sosok itu dalam diam.

Dari jauh kelihatan dua orang lelaki sedang berjalan ke arah blok menengah atas. Siapa lagi kalau bukan Marteen Uqael a.k.a crush kepada Aylana Ilaria kita dan adiknya Muzameel Uzair.

Mendapat biasiswa untuk berada disekolah elit ini adalah satu anugerah terindah yang pernah terjadi kepada Aylana. Terima kasih kepada biasiswa itu,Aylana dapat mengenali seorang hamba Allah yang sudah berjaya mencuri hatinya dalam diam.

Marteen Uqael.

Namanya tidak asing dari mulut pelajar-pelajar Alexendria Sky Highschool. Lelaki yang dikategorikan sebagai hampir sempurna di mata semua pelajar perempuan. Wajah tampan,tinggi yang persis seorang model,rambut coklat pekat yang selalu disikiat rapi ditambah lagi iris bewarna dark olive yang selalu memukau dengan otak geliga,budak sukan,poket tebal. Siapa sahaja yang tidak jatuh hati?

Mengaguminya dari jauh memang mudah. Tapi,untuk mendekatinya? Simpang malaikat 44. Circlenya terlalu kecil dan dikawal ketat untuk diceroboh masuk. Dengan wataknya yang terlebih dingin membuatkan ramai yang susah untuk mendekatinya terutama sekali kaum hawa.

Lain pula dengan adiknya,Muzameel Uzair. Sikap mereka kontra 360 darjah. Kalau Marteen itu dingin Muzameel pula jenis yang santai.

Persamaan mereka hanyalah mereka itu definisi hampir sempurna dan susah untuk didekati oleh kaum hawa. Tapi itu tetap tidak menghalang mereka dari menjadi hero gadis-gadis di sekolah.

Aylana melepaskan nafas lemah setelah bayangan Marteen hilang dari matanya. Loceng perhimpunan yang berbunyi mengembalikan semula senyuman Aylana.

"Yes,boleh usya Marteen lagi!" soraknya dalam hati.

Lengan Ayzal yang baru sahaja keluar dari kelas ditarik untuk berjalan laju ke dewan.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now