👑 : 02

22.5K 1.7K 13
                                    

Pejam celik pejam celik,hari yang Aylana tidak ingin bertemu akhirnya tiba. Hari dimana dirinya terpaksa mengucapkan kata selamat tinggal kepada seorang insan bernama Marteen Uqael.

Sejak pagi tadi lagi mood Aylana sudah merudum jatuh. Rasa sedih di dalam hatinya cuba untuk dibuang sejauh mungkin tapi masih tidak berjaya.

Tiga tahun bukan satu masa yang sekejap. Aylana sendiri tidak sangka yang dirinya boleh jatuh cinta dan setia selama ini kepada seorang Marteen Uqael. Cakaplah ini cinta monyet sekalipun,Aylana tidak kisah. Yang dia tahu,perasaannya pada Marteen Uqael itu benar dan tulus.

"Lana...Kau takde apa-apa nak bagi dekat dia ke? Tengok tu ramai yang tengah bagi dia hadiah. Sampai kena letak dalam kotak"

Aylana menoleh ke arah dataran yang penuh dengan pelajar yang sedang mengucapkan selamat tinggal kepada senior yang mereka kenal. Manakala Aylana dan Ayzal pula hanya melepak di pondok berdekatan.

Aylana sudah meletakkan hadiah miliknya di atas bumbung kereta Marteen sejak pagi tadi. Bertemu lelaki itu secara berdepan? Aylana tidak seberani itu.

Bukan apa,dia takut empangan air matanya pecah sahaja bila berhadapan dengan Marteen. Tak ke pelik nanti? Sedangkan Marteen tu tahu tentang kewujudannya pun tidak.

"Lana pergi la...Lepasni dah tak boleh jumpa dah. Tangkap je lah gambar dengan dia walaupun sekeping sebagai kenangan" gesa Ayzal.

Aylana menggaru tepi kepalanya yang dibaluti tudung. Perlahan-lahan dengan malasnya Aylana bangun dari duduknya. Terus tangannya direntap oleh Ayzal untuk mula berjalan.

Hati Aylana semakin tak keruan saat jaraknya semakin hampir dengan tempat Marteen berdiri. Bibir bawahnya digigit lembut. Lutut terasa lemah untuk terus melangkah.

"Senior Marteen. Boleh tak kawan saya nak tangkap gambar dengan senior?" Ayzal menunjuk ke arah Aylana yang sedang bersembunyi dibelakangnya.

Marteen kerutkan kening sebentar. Muzameel disebelahnya dipandang untuk mendapatkan sedikit pendapat. Mendapat anggukan daripada Muzameel membuatkan Marteen bersetuju. Ini kali pertama lelaki itu bersetuju untuk bergambar bersama manusia berlainan jantina.

Badan ramping Aylana ditolak supaya berdiri disebelah Marteen. Marteen hanya santai memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

"Asal kau berdiri jauh sangat? Aku bukannya makan orang pun. Tak payah nak gelabah" suara husky yang menerjah masuk ke dalam koklea telinga itu berjaya menggegarkan hati Aylana.

Aylana menapak dua langkah ke kanan. Mendekatkan jaraknya dengan Marteen. Cologne yang dipakai oleh lelaki itu meruap-ruap masuk ke dalam rongga hidung.

Bauan icy vanilla itu sangat cocok dengan seorang lelaki bernama Marteen Uqael. Cold yet sweet and soft.

"1..2..3.."

Bunyi camera dari phone yang dipegang oleh Ayzal menandakan gambar mereka sudah ditangkap.

"Erk,terima kasih...Good luck and take care lepas keluar dari sini"

Selesai menutur kata-kata itu,Aylana terus menarik tangan Ayzal untuk berlalu pergi. Hatinya sudah mencapai had maksimum sekarang. Aylana perlukan ruang untuk bertenang.

"Kau kenal dia ke?" Marteen memandang adiknya disebelah.

"Asal tanya?" soalan dibalas soalan.

"Kau kan susah nak bagi aku tangkap gambar dengan perempuan. Banyak komen sangat. Tapi,sampai dia? Laju je kau angguk"

Muzameel hanya diam mendengar omelan dari abangnya. Bibirnya mula menarik senyum nipis.

Mungkin ada sebab kenapa dia membenarkan abangnya bergambar dengan Aylana? Mungkin. Siapa tahu apa yang sedang berlegar di dalam otak seorang Muzameel Uzair.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now