👑 : 30

26.5K 1.4K 8
                                    

Marteen masih lagi bersandar pada tepi kereta dengan tangan yang dilipat ke dada. Lengan baju kemeja yang dilipat hingga ke siku menyerlahkan lagi otot-otot miliknya. Sesekali,kacamata hitam yang hampir melorot jatuh dibetulkan. Rambut yang ditiup angin juga disebak kebelakang.

Orang yang lalu-lalang disebelahnya pasti akan melirik lebih dari sekali. Siapa sahaja akan melepaskan peluang untuk melihat ciptaan Allah yang satu ini?

Bunyi loceng pintu bakery yang dibuka dari dalam membuatkan Marteen mengangkat pandangannya dari screen smartphone. Satu senyuman kecil diukir saat melihat seseorang sedang berlari anak ke arahnya.

Tubuh genit yang melompat kecil ke arahnya itu dipeluk kemas. Kekehan kecil dari gadis itu membuatkan Marteen ikut tersengih sekali.

"Are you that happy sebab dapat datang bakery?" sebelah keningnya dijongket ke atas.

"Mestilah. Dah nak dekat dua minggu tau Lana tak datang sini. Rindu sangat..." ucapnya bersungguh-sungguh.

"Okay wifey,calm down. Now jom balik then bersiap" pintu tempat duduk penumpang dibuka oleh Marteen.

Kaki panjangnya berlalu ke arah tempat duduk pemandu. Badan dibolos masuk ke dalam kereta.

"Kita nak pergi mana?" badan ditoleh menghadap Marteen yang sudah mula memandu.

"Pergi majlis" jawabnya mudah dengan mata yng masih fokus ke arah jalan.

"Lana tak ada baju la nak pergi" tepi kepala yang dibaluti tudung digaru kecil.

"Dah order. Dah ada dekat rumah dah. Tinggal balik lepastu pakai je,wifey" tuturnya lembut.

Aylana hanya meng ouh kan. Wajah tampan Marteen yang serious saat memandu diperhatikan. Ralit Aylana memerhatikan wajah tampan suaminya hingga tidak sedar bahawa Marteen juga sedang memerhatikannya.

"Are you okay wifey?" tegur Marteen.

"What?" soalnya polos.

"Kau tengok aku macam nak tembus" balas Marteen.

Aylana diam sebentar. Tiba-tiba tanduk kecil di atas kepalanya mula kelihatan.

Jari-jemarinya mula menari kecil di atas lengan Marteen.

"Kalau Lana nak tembus sampai dalam jantung husband pun kenapa? Tak boleh ke?" soalnya sambil menyerigai.

"Boleh. Boleh sangat,wifey." jawabnya dengan senyum menggoda.

Badan tegapnya didekatkan dengan Aylana. Kepala diteleng sedikit ketepi.

"Hold on there,husband" mulut Marteen ditahan dengan tangan kecilnya.

"Lagi lima saat lampu isyarat tu nak hijau" bibir dimuncungkan ke arah lampu isyarat yang sedang berkelip.

Cemberut habis wajahnya saat menyambung kembali pemanduan.

Aylana terkekeh ketawa disebelah. Lengan Marteen dirangkul manja.

"Come on. Besar-besar pun merajuk ke?" sebelah mata dikenyit pada Marteen.

Makin monyok wajah lelaki itu dibuatnya. Aylana ketawa kuat. Suka betul bila dapat mengusik suaminya yang satu ini.





Dress yang sudah tersarung dibadannya dipandang dri dalam pantulan cermin. Dress biru gelap yang dipandankan dengan shawl yang senada dengannya.

Cantik. Tidak hairan lah mengapa syarikat Cael terus maju hingga ke hari ini. Lihat sahaja bagaimana taste seorang Marteen Uqael saat memilih pakaian.

Tangan kekar yang memeluk pinggangnya dari belakang dibiarkan. Bahu Aylana terasa sedikit memberat saat dagu Marteen berehat di sana.

"You looks like a queen" bisiknya pada Aylana.

"I am a queen. Your queen to be more specific" balas Aylana dengan bangga.

Marteen tersenyum senang dengan jawapan itu. Pipi gebu Aylana dikucup sayang.

Aylana melihat pantulan Marteen yang berada dibelakangnya. Lelaki itu tampak segak mengenakan tuxedo yang sedondon dengannya.

"So,you're ready for tonight,wifey?"

"Always"

Handbag di atas katil diambil sebelum pasangan itu turun ke tingkat bawah
menuju ke arah kereta yang berada di luar rumah.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now