👑 : 20

27.7K 1.7K 7
                                    

Bunyi bising dari arah dapur membuatkan langkah Marteen semakin laju menuruni setiap anak tangga. Sampai sahaja di dapur,kelihatan tubuh kecil Aylana sedang bergerak lincah menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Bau dari masakan Aylana berjaya membuat perut Marteen bersenandung di awal pagi.

Marteen merapati Aylana. Pinggang ramping isterinya dipeluk dari belakang. Dagunya pula direhatkan di atas pucak kepala si isteri.

"Awak dah siap?" soal Aylana yang masih fokus menyiapkan sarapan.

"Dah. Tie je belum pakai" jawab Marteen.

Aylana kerutkan kening sedikit.

"Kenapa belum pakai tie?" wajah didongak sedikit untuk mencari wajah tampan suaminya.

"Nak kau yang pakaikan"

Pelukan pada pinggang Aylana dileraikan saat gadis itu ingin bergerak. Badan kecil itu menoleh ke arah dirinya. Tie di dalam pegangan Marteen diambil. Kakinya dijengketkan sedikit tapi malangnya,ketinggian Aylana masih tidak mampu melepasi bahu tegap milik Marteen. Gadis itu mengeluh perlahan.

"Tunduk sikit boleh? Tak sampai lah" pintanya pada Marteen.

Marteen hanya menurut. Membongkokkan badannya supaya sejajar dengan ketinggian Aylana. Mata dark olivenya merenung dalam ke arah wajah Aylana yang sedang tekun mengikat tali leher.

"Dah siap!" dada bidang Marteen ditepuk lembut bersama senyuman manis.

Bangga dengan diri sendiri sebab dah berjaya ikat tali leher untuk cubaan pertama kali. Nasib sebelum kahwin haritu sempat belajar!

"Okay,sekarang pergi duduk dekat meja makan. Nanti Lana datang hidangkan" badan tegap Marteen ditolak untuk berjalan ke arah meja makan.

Marteen bagaikan patung. Hanya menuruti setiap apa yang Aylana arahkan tanpa ada sebarang bantahan atau penolakkan.

Beberapa minit kemudian,Aylana datang ke meja makan dengan semangkuk besar nasi goreng cina. Pinggan yang sudah disediakan dari awal tadi dicapai. Nasi goreng cina yang masih lagi panas disenduk masuk ke dalam pinggan Marteen kemudian pinggan milik Aylana pula.

Secawan teh susu panas juga dituang ke dalam cawan milik Marteen. Kalau lelaki lain minat coffee tapi bukan Marteen Uqael. Lelaki itu sama sekali tidak meminati coffee.

Kalau ditanya mengapa mesti akan dapat jawapan

"coffee pahit,tak sedap,tak sihat untuk badan" cliche.

"Ilaria" panggil Marteen.

"Aku nak minta maaf" cutlery yang brada di tangan diletakkan ke tepi.

Kini,seluruh perhatian Aylana tertumpu pada Marteen.

"Orang lain lepas kahwin pergi homeymoon. Tapi kau? Dah kena jaga bakery balik sebab aku tak dapat nak kosongkan jadual aku. I'm so sorry. Aku janji lepas settle semua aku bawa kau vacay okay?"

Tangan kekar Marteen dicapai. Kekura tangan yang berurat itu diusap.

"Tak apa. Lana okay je. Jangan lah rasa bersalah" pujuknya.

Bukan Aylana tidak tahu bagaimana padatnya jadual Marteen. Sibuknya mengalahkan perdana menteri. Kalau dalam novel cinta lain CEO boleh ambil cuti sesuka hati,tapi ketahuilah itu semua hanya sandiwara.

Tambahan lagi syarikat Cael berada dibawah naungan SKY FAMILY. Lagilah buatkan si Tuan Muda Marteen Uqael yang kacak itu bertambah sibuk.

"Dah habis makan kan?" soalan Marteen mendapat anggukan dari Aylana.

"Kau dah masak. So,now duduk sini diam-diam biar aku yang kemas meja" ucap Marteen.

Aylana sudah melarang tapi Marteen tetap dengan pendiriannya. Mana boleh biarkan Aylana buat semua kerja rumah seorang diri.

Selesai sahaja menyiapkan kerja di dapur,Marteen terus berjalan ke arah muka pintu di mana Aylana sudah menunggunya.

Aylana mencapai tangan kekar milik Marteen untuk disalam serta dikucup. Baru sahaja tangannya ingin diturunkan,cepat-cepat Marteen menggenggam tangan kecil itu lalu dibawa ke arah bibirnya. Kekura tangan Aylana dicium.

Serta-merta perut Aylana dipenuhi dengan rama-rama yang berterbangan.

"Pergi bakery tu takecare. Kalau ada apa-apa terus call. Harini aku tak dapat nak lunch dengan kau sebab ada meeting" dahi Aylana pula menjadi tempat persinggahan bibir Marteen.

"Awak pun take care juga,husband"

Pasangan suami isteri itu bergerak ke arah kereta masing-masing untuk ke tempat kerja.

MARTEEN'S QUEENNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ