👑 : 41

22.9K 1.5K 93
                                    

Pintu bilik dibanting kuat oleh Aylana. Wajahnya memerah menahan amarah saat melihat Sakinah sedang merangkak naik ke atas katil dan hampir menindih tubuh Marteen yang sedang tertidur.

Laju kakinya berjalan ke arah Sakinah. Tubuh Sakinah direntap kuat untuk menjauhi Marteen sehingga belakang badan Sakinah terhentak ke dinding. Sakinah mendesis kesakitan.

Tidak berhenti disitu,Aylana menarik kuat rambut Sakinah sehingga menyeret wanita itu ke ruang tamu.

Amarahnya sudah sampai di tahap kemuncak. Sewaktu Muzameel datang memberitahu bahawa dia nampak Sakinah masuk ke dalam bilik Marteen,Sakinah sudah berjaya menempah maut di tangan Aylana sendiri.

"Kau memang perempuan tak ada maruah!!" herdik Aylana kuat sehingga berjaya menarik perhatian semua orang.

Semua ahli keluarga berlari masuk ke dalam ruang tamu. Sakinah hanya memandang Aylana dengan wajah tidak bersalah. Sakit yang dirasakan dihiraukan.

"Kenapa lagi ni korang berdua?" soal tok mak.

"Perempuan ni dah melampau tok mak. Dia cuba nak buat benda bukan-bukan dekat suami Lana" wajah Aylana masih lagi tegang.

"Eh,kau jangan nak menuduh. Anak aku bukannya jalang yang tak tahu harga diri" mak long Zaiton menapak kehadapan.

"Baik la sangat sampai masuk bilik laki orang kan?" perli Muzameel.

"Betul ke apa yang diorang cakap ni,Kinah?" tanya tok mak.

Sakinah hanya diam. Gugup apabila semua mata memandang tepat ke arahnya saat ini.

"Kalau tanya dia,sampai kiamat pun belum tentu dia nak mengaku tok mak. Biasalah,orang yang dah buat salah ni mana pernah nak mengaku" Syifa sudah berpeluk tubuh.

Muak dengan perangai sepupunya yang satu ini.

"Yang korang nak tuduh anak aku ni kenapa?! Korang ada buk-"

Joshua yang tahu ayat ap yang akan keluar dari mulut mak long Zaiton terlebih dahulu memotong.

"Joshua ada bukti" Iphone miliknya dilayangkan ke udara.

Gallery dibuka. Video saat Sakinah ingin masuk ke dalam bilik Marteen ditayangkan betul-betul dihadapan mak long Zaiton. Terdiam wanita itu dibuatnya.

"Astagfirullahalazim,Sakinah! Apa kamu buat ni?! Kenapa perangai macam orang tak ada agama hah?!" suara tok mak naik seotaf.

"Kau...Kau memang anak tak kenang budi!!" semakin pucat wajah Sakinah saat mak long Zaiton meluru ke arahnya.

Wajah Sakinah ditampar beberapa kali untuk melampiaskan amarah dan rasa kecewanya.

"Aku tak pernah ajar kau buat benda macamni! Mana maruah kau?!" jerit mak long Zaiton lantang.

Kecewa. Dia sangat kecewa dengan sikap Sakinah saat ini. Tidak cukup dengan tamparan. Kaki mak long Zaiton bergerak menendang perut Sakinah.

Namun perbuatannya terhenti saat mendengar rintihan dan jeritan milik Sakinah. Kakinya berundur beberapa tapak kebelakang. Mata seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat ini.

Ada darah sedang mengalir turun dari celah kelankang Sakinah.

"Sakinah...Jangan cakap kau..." mak long menekup mulutnya.

"Hospital...Cepat bawa dia ke hospital" arah tok mak.

Tuan Ziyad dengan segera mencapai kunci kereta. Semua berlari keluar dari rumah dengan terburu-buru.






"Wifey,apa yang bising dekat luar tu?" soal Marteen yang sedang cuba bersandar di kepala katil.

Aylana tidak menjawab. Marteen dihampiri olehnya.

"Can you wake up and change your clothes now?" soalnya lembut.

Marteen kerutkan dahi tapi tetap juga kaki melangkah turun dari katil. Sehelai t-shirt bewarna putih dicapai dari dalam almari. Baju yang dipakainya tadi dicampak ke dalam bakul baju kotor.

Tubuh Aylana ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"I hate it. I hate it when there's a disgusting smell on you" gumam Aylana disela-sela leher Marteen.

Marteen tersenyum kecil. Dahi Aylana dikucup sayang. Dia tahu apa yang berlaku. Belum sempat dia menolak Sakinah tadi,Aylana sudah datang ke bilik mereka. Marteen sendiri tidak sangka yang Aylana mampu mengamuk seteruk itu.

"I know wifey,i know. The only smell that i want on my body is only yours. No one else"

Pintu bilik yang diketuk dari luar berjaya meleraikan pelukan mereka.

"Bro,nak pergi hospital sekali tak?" soal Muzameel dari luar.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now