👑 : 36

22.8K 1.5K 18
                                    

Aylana hanya diam memerhati dua orang insan yang sedang berdiri di depannya.

"Awak dua orang buat apa dekat sini?" soalnya pada Joshua dan Muzameel.

"Marteen ajak balik kampung" jawab Muzameel teruja.

Pertama kali nak dapat balik kampung haruslah teruja. Selama ni asyik ulang alik dari Kuala Lumpur dan London sahaja,mana ada kampung. Bosan!

Marteen yang baru turun dari tingkat atas mengangkat sebelah kening ketika namanya dipetik.

"Aku tak ajak korang pun. Aku cuma bagitahu aku nak balik kampung wife aku. Yang korang datang menyemak dekat sini kenapa?" bagasi yang dibawa turun sekali tadi diletakkan ke atas lantai.

"Tak baik halau tetamu. Tetambah tetamu tu adik kau sendiri. Lagipun biar la. Lagi ramai,lagi meriah"

Mata dikerdipkan banyak kali. Marteen menghela nafas panjang. Nasib sahaja dirinya tidak sihat,kalau tidak....

"Suka hati korang" meja makan dihampiri.

Bau nasi goreng yang dibuat oleh Aylana tadi mula menusuk masuk ke dalam rongga hidung. Joshua dan Muzameel juga dengan muka tebalnya menadah pinggan ke arah Marteen. Nak minta sendukan sikit nasi goreng itu kepada mereka.

Marteen gulingkan mata ke atas. Dislike betul!

"Ateem,kau demam eh? Muka nampak macam pucat je" soal Muzameel.

Marteen jatuhkan kepala tanpa menghentikan kunyahannya.

"Makan cepat. Lambat tinggal" ugut Aylana yang bru sahaja selesai memanaskan enjin kereta Marteen.

Maklumlah,harini dia yang drive. Sejak awal pagi tadi lagi Aylana sudang melarang Marteen untuk memandu kerana risau akan kesihatan suaminya. Penat juga lah nak pujuk Marteen supaya benarkan dia drive pagi tadi.

Cepat-cepat tiga orang lelaki tadi mengahbiskan makanan mereka dan mengemas meja. Bimbang kalau tiba-tiba ada mak singa yang mengamuk.

Marteen masuk ke dalam tempat duduk sebelah pemandu.

"Betul nak drive ni wifey? Aku boleh lagi tau nak drive" Aylana disebelahnya dipandang.

"Shut your mouth and just rest,husband" badannya didekatkan dengan badan Marteen.

"Ehhh nak apa ni?" terkebil-kebil Marteen dibuatnya.

Semakin lama jarak mereka semakin dekat. Marteen kaku ditempatnya. Jarang-jarang Aylana bertindak seperti ini.

Bold!

Bunyi tali pinggang keledar yang terpasang menyedarkan Marteen. Tahu lah dia bahawa Aylana telah memasangkan tali pinggang keledar miliknya.

"Duduk diam-diam. Tak larat tidur. Lana boleh ja nak drive sorang. Don't worry" bibir Marteen dikucup singkat.

Perlahan-lahan kereta diundurkan keluar dari perkarangan rumah agam mereka.








Dua buah kereta mewah bergerak masuk ke dalam kawasan perumahan yang sudah mula dipenuhi dengan kereta. Kereta milik Joshua dipakir bersebelahan dengan kereta milik Marteen.

Laju sahaja dua orang lelaki itu keluar dari perut kereta dengan wajah teruja saat melihat rumah kayu dan sawah padi yang terbentang luas di depan mata.

Aylana pula memandang Marteen yang masih nyenyak dibuai mimpi disebelahnya. Mungkin kesan dari ubat yang dimakan sebelum bergerak tadi.

Pipi suaminya dibelai lembut. Marteen yang dapat merasakan tangan kecil Aylana menari-nari di atas wajahnya mula membuka mata.

"Dah sampai ke?" soalnya dengan suara serak.

Aylana jatuhkan kepala.

Keluar sahaja dari perut kereta,badan terus diregangkan. Memandu selama empat jam bukanlah satu jangka masa yang singkat.

Marteen bergerak ke arah bonet kereta. Bagasi miliknya dan Aylana dikeluarkan.

"Ouh,ingatkan budak bandar ni dah tak jumpa jalan nak balik kampung!"

Aylana mengeluh panjang saat suara nyaring tersebut menyapa masuk gegendang telinga.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now