👑 : 28

24.9K 1.6K 15
                                    

Mangkuk bubur yang sudah kosong diletakkan ketepi. Mata dark olivenya masih ralit memerhati pipi gebu Aylana saat mengunyah makanan.

Tangan kecil milik Aylana menekup wajah tampan bersih milik Marteen. Jari-jemarinya cuba menutup kesuluruhan wajah Marteen.

"Jangan la pandang Lana macamtu" pipinya membahang tanpa dipinta.

Marteen tersenyum tipis. Tangan kecil Aylana diraih lalu dikucup. Makin merona wajah Aylana dibuatnya.

"Let me be,wifey. Dah seminggu tahu tak Ateem tak tengok muka cantik ni,dengar suara merdu ni. Bagi la chance nak lepas rindu"

Terkebil-kebil Aylana ditempat sendiri. Dia tak salah dengar kan? Marteen bahasa kan dirinya sebagai apa tadi? Ateem?

BUANG TEBIAT KE?!

Belakang tangannya ditempelkan pada dahi dan leher lelaki itu.

"Tak demam pun. Tapi kenapa pelik perangai?" gumam Aylana sambil melihat wajah Marteen.

Lelaki itu berdecit kecil. Badannya dialih naik ke atas katil hospital Aylana yang mampu memuatkan dua orang diatasnya. Tangan kecil itu kembali diraih.

"You doesn't know how scared i am,bila nampak kereta kau naik tu dah hangus terbakar. You really scared me to death,wifey. Aku rasa macam aku hilang dunia aku bila nampak kau terlantar koma dekat atas katil ni wifey. Aku tak boleh bayang kalau aku hilang kau sebab salah aku sendiri. Aku tak sanggup nak bayangkan benda tu jadi. You did it,wifey. You owned me from head to toe"

Aylana masih diam ditempatnya.

"Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab kau terpaksa lalui semua ni. Semua salah aku. Semua yang jadi ni sebab aku. Aku minta maaf sebab tak dapat lindungi kau. Aku minta maaf sebab lambat sampai dekat kau haritu. I'm so sorry,wifey"

Tangan kecil Aylana yang melekap pada bibir Marteen terasa sedikit basah. Ya,Marteen Uqael sedang menangis.

Aylana menarik tubuh kekar Marteen masuk ke dalam pelukkannya. Belakang tubuh Marteen diusap lembut. Dahi lelaki itu turut dikucup beberapa kali. Baju bahagian bahunya yang sudah basah dibiarkan.

Terkejut? Harus lah. Aylana tidak menyangka yang dirinya mampu menjadi yang terpenting di dalam hidup seorang Marteen Uqael.

"It's not your fault,husband" bisiknya perlahan.

"Apa yang dah jadi ni qada' dan qadar Allah. Please don't blame yourself. Look at me,i'm awake now. I can comfort you now and i can be with you again. You did a great job for taking a good care of me. Thank you so much for that"

Rambut tebal milik Marteen dimainkan. Lelaki itu hanya diam. Membiarkan dirinya selesa berada di dalam dakapan hangat milik Aylana.

"Bila Lana boleh keluar? Bosan lah duduk sini" rengeknya manja.

"Nanti aku tanyakan doktor" jawab Marteen.

Jari kecil Aylana nula menari-menari di atas wajah Marteen. Bulu-bulu halus yang mula tumbuh di wajah lelaki itu diperhatikan bersama lingkaran hitam yang berada di bawah mata dark olive miliknya.

"Mesti penat kan jaga Lana?" soalan itu laju sahaja keluar dari mulut Aylana.

Marteen tersenyum kecil dan menggeleng. Pipi gebu Aylana dicium.

"Aku takkan pernah penat kalau benda tu libatkan kau,wifey"

Lama kelamaan,matanya semakin tertutup. Aylana yang perasan akan itu hanya diam bersama senyuman kecil.

"It's time for you to rest. Biat Lana pula jaga,husband"

MARTEEN'S QUEENOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz