👑 : 16

26.1K 1.8K 62
                                    

Masih berbaki lima jam lagi sebelum majlis resepsi Aylana dan Marteen berlansung di grand ballroom Duchy Hotel. Pasangan suami isteri itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik yang disediakan oleh Bianca kepada mereka.

Sejak tadi Aylana masih diam. Kepalanya tunduk memandang tangannya dan tangan Marteen yang bercantum.

"Kau nak mandi dulu ke?" Marteen toleh melihat ke arah belakang.

Beberapa saat berlalu tetapi masih tiada sahutan yang diterima dari Aylana. Sebelah tangan Marteen yang bebas naik menolak dagu Aylana untuk memandangnya.

Terkebil-kebil mata bundar itu memandang Marteen yang jauh lebih tinggi darinya.

"Senior cakap apa tadi?" perasaan gabra cuba dibuang jauh-jauh.

"Senior?" dahi Marteen berkerut seribu.

"Kenapa? Saya salah cakap ke?" Aylana menyengetkan sedikit kepalanya.

Marteen mengeluh kecil. Dahi licin isterinya dikucup sekilas. Terus mengeras sekujur tubuh Aylana. Marteen yang merasakan tubuh kecil isterinya menengang segera mengusap lembut kekura tangan Aylana.

"Relax your body" arahnya.

"Kita dah kahwin tau. Takkan kau nak panggil aku senior lagi?" sebelah keningnya diangkat.

Aylana garu tepi kepala yang tidak gatal. Kekok bila berada sedekat ini dengan Marteen. Rasa nak menangis pun ada sekarang ni.

"Hus..band..." panggilnya perlahan.

"Hm?"

"Husband. Saya panggil awak husband" terbata-bata Aylana dibuatnya.

Marteen jatuhkan kepala.

"Then,i'll call you wifey" pegangan tangan mereka dilepaskan.

"Dah pergi la mandi dulu. Aku nak rehat kejap. Nanti dah habis mandi kejutkan aku" kaki mula menapak ke arah katil king yang berada di tengah bilik.

Aylana pula bergerak ke arah bilik mandi.

Satu per satu jarum dan pin pada tudungnya dicabut. Rambut yang disanggul tinggi tadi dilepaskan. Zip dibelakang bajunya dicapai. Beberapa kali mencuba tapi Aylana masih tidak boleh membuka zip tersebut.

Bibir bawahnya digigit. Berkira-kira sama ada perlu meminta bantuan Marteen atau tidak. Tapi,kalau tak minta tolong dia sendiri yang susah.

Kepala dijengul sedikit ke luar bilik mandi.

"Awak..." panggil Aylana tetapi tidak disahut oleh Marteen.

"Husband...." panggilnya sekali lagi.

Tidak sampai sesaat Marteen sudah berada dihadapannya.

Aylana menundukkan kepala kebawah. Malu sebenarnya. Tambahan lagi dengan cara Marteen menatapnya yang sedang tidak bertudung sekarang ini.

"What's wrong?" soal Marteen dengan suara sedikit mamai.

"Erk...tolong bukakan zip dekat belakang ni boleh? Tangan Lana tak sampai" badan ditoleh membelakangi Marteen.

Semakin membahang wajah Alana  apabila pinggang rampingnya dipeluk oleh Marteen dari belakang.

"Done" pinggang ramping Aylana dilepaskan.

"Terima kasih" pintu bilik mandi itu terus ditutup rapat lalu dikunci.

Risau kalau tiba-tiba Marteen buat kerja gila.

Aylana memandang wajah Marteen yang masih diulik mimpi. Baru sahaja gadis itu hendak bangun untuk menukar baju,lengannya ditarik sehingga badan kecil miliknya terbaring di atas tubuh kekar Marteen.

"Hus-husband...nak tukar baju..." rengeknya.

Bukan dilepaskan,Marteen malah mengetatkan lagi pelukannya. Sebelah tangan naik membelai rambut panjang milik isterinya.

"Dulu aku cakap aku akan bagitahu kenapa aku nak kahwin dengan kau kalau kau terima nak kahwin dengan aku kan?" Aylana jatuhkan kepala.

"Kau ingat tak surat yang kau bagi dekat aku dulu?" sekali lagi Aylana mengangguk.

"Surat tu lah jawapannya. I found comfort in that letter. Surat kau dah ketuk something dalam hati aku. Aku try cari siapa kau dulu tapi tak pernah jumpa. Bila Muzameel bagi aku baca novel kau,aku rasa waktu tu macam Tuhan tengah tolong aku untuk cari kau. Aku dah janji dengan diri aku. Kalau aku jumpa penulis surat tu,aku nak belajar jatuh cinta dengan dia"

"So...." jeda sebentar.

"Aylana Ilaria. Will you give me a chance to fall in love with you and make you become the happiest woman ever walk on this universe?"

Tanpa sedar air mata Aylana jatuh membasahi pipi. Terharu. Sangat terharu. Tidak pernah disangka oleh dirinya bahawa surat yang ditulisnya akan menjadi asbab dirinya dan Marteen dapat disatukan.

"Yes..." jawabnya bersama senyuman manis.

Marteen juga turut tersenyum. Mata sembab isterinya dikucup penuh kasih.

MARTEEN'S QUEENTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang