👑 : 23

24.9K 1.6K 17
                                    

Aylana tersenyum senang melihat mangkuk tingkat yang berada di depannya. Seminggu yang lalu dirinya berjanji dengan Marteen untuk membuatkan bekal makan tengah hari untuk lelaki itu. Tapi,baru hari ini Aylana berkesempatan untuk menjadikan janji itu realiti.

Mangkuk tingkat tadi dimasukkan ke dalam paperbag bersama dengan thermos yang berisi ice chocolate.

"Aku gerak dulu tau" sapanya kepada Ayzal yang berada di kaunter depan.

Keretanya meluncur laju meninggalkan bakery untuk menuju ke syarikat Cael.

Setiap insan yang bertemu dengannya pasti akan menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada tittle yang dipegangnya. Naik segan Aylana dibuatnya.

Pintu lift tingkat tiga puluh terbuka. Aylana mendekati kaunter pertanyaan yang sedang dijaga oleh seorang pekerja wanita.

"Hi,Ateem ada?" soalnya.

"Eh,Puan Muda. Tuan Muda tengah ada meeting sekarang" balasnya ramah.

"Ouh,tak apa lah kalau macamtu. Saya tunggu dia dalam bilik kerja ja"

"Erk...Tapi,Puan Muda..." pekerja wanita itu seperti sedikit teragak-agak untuk berbicara.

Aylana menanti dengan penuh sabar disitu.

"Cik Azura datang sini tadi waktu Tuan Muda dah pergi meeting dan dia masih dalam bilik Tuan Muda. Kitorang dah halang dia,tapi..."

Pegangan pada paperbag tadi dieratkan. Senyuman manis diukir pada pekerja tersebut.

"It's okay. I can handle her"

Langkah ke arah bilik kerja Marteen diatur. Pintu kayu itu dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu.

Wajah terkejut Azura menjadi tatapannya. Aylana hanya tayangkan wajah bosan sambil bersandar pada pintu. Tangan kecilnya dilipat ke dada.

"How shameless you are. Duduk dalam bilik suami orang macam bilik sendiri" katanya pedas.

Azura sehabis baik mengawal eksperi yang dipamerkan.

"Shameless? Me? Excuse me,Marteen yang suruh i datang sini okay? Dia yang suruh i tunggu dia habis meeting. And look at this. He gave me this bouquet"

sejambak bunga ros yang berada di atas meja kopi dihadapannya ditunjukkan pada Aylana.

Aylana hanya diam dan melirik sekilas ke arah jambakan bunga tersebut.

Melihat Aylana yang hanya berdiam diri membuatkan Azura tersenyum puas. Menyakitkan hati gadis itu ialah misi barunya.

Baru sahaja Aylana ingin membuka mulut,pinggang rampingnya direngkuh dari belakang. Haruman yang sudah sebati dengan dirinya mula menerjah masuk ke dalam hidung.

Bibir lembut Marteen mendarat dengan sempurna pada pipi gebu milik Aylana.

Sudah menjadi habit baharu Marteen sejak berkahwin untuk tidak meninggalkan wajah suci Aylana dari bibir sexynya. Kalau boleh dua puluh empat jam Marteen nak cium segenap wajah Aylana yang sudah menjadi candunya.

"Kenapa tak masuk dalam,wifey?" Marteen masih lagi tidak sedar dengan kehadiran Azura yang sedang menyaksikan aksi tumpah gula itu.

Tiba-tiba wajah lelaki itu berkerut. Hidung lelaki itu mula memerah diikuti dengan segenap wajahnya yang putih. Beberapa detik selepas itu Marteen mula bersin tanpa henti.

"Wifey,kau ada duduk dekat dengan bunga ke?" soalnya dengan nada yang semakin lemah.

Wajahnya disembamkan pada bahu Aylana. Menghirup wangian yang dipakai oleh wanita itu untuk mengurangkan alahannya.

"Tu. Azura ada dalam bilik awak sebab tu Lana tak masuk. Dia cakap awak suruh dia tunggu awak dekat sini. Awak siap bagi dia bouquet bunga lagi,husband"

Adu Aylana sambil menggosok tangan Marteen yang berada di atas perut kempisnya.

"Are you crazy?' nada Marteen sedikit meninggi.

"Tahu kan aku tak boleh dekat dengan bunga? Kejadah apa pula aku bangi bunga bagai ni" gerutu Marteen.

"Tahu. Ibu ada bagitahu Lana yang awak ikut dia. Sama-sama alah dengan bunga"

Kali ini Aylana pula yang tersenyum senget melihat wajah pucat Azura.

Well,uno reverse card do exist.

"Joshua,tolong boleh? Halau dia kejap. Kesian husband saya dah tak selesa. Lagipun saya nak lunch dengan dia. Taknak la ada langau kacau kitorang"

Lengan kekar Marteen ditarik untuk berjalan ke arah meja kerjanya.

Joshua jatuhkan kepala. Lengan Azura direntap kuat untuk menarik wanita itu bangun. Dengan mudah Azura diheret keluar dari bilik itu.

Sampai di depan lift,laju sahaja tubuh Azura dihumban masuk ke dalam lift.

"Blah" hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Joshua sebelum lelaki itu berlalu pergi.

Azura menumbuk dinding lift. Melepaskan geram yang terbuku di hati. Sekali lagi,rancangannya hancur.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now