𝗚 𝗨 𝗧 𝗭 | 13

4K 105 0
                                    

Zahra menghempaskan telefonnya penuh geram tak terkata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zahra menghempaskan telefonnya penuh
geram tak terkata. Sudah lebih 10 kali dia menghubungi Nehza namun hanya peti simpanan suara sahaja yang kedengaran di corong telefon. Sudahlah banyak pelanggan datang di kedai butiknya hari ini, datang pula satu masalah. Mereka kekurangan tenaga pekerja menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu lama untuk booking slot.

Kepala sudah pening memikirkan keberadaan kawannya itu. Wah!jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi namun batang hidung Nehza pun masih belum kelihatan lagi. Panas hati dibuatnya dengan perangai kawannya itu.

"Ren, Mel, Gibson ambil alih peranan Nehza sekarang. Pastikan pelanggan tidak bosan buat sementara waktu. Menyusahkan betul ada kawan jenis macam tu!" marah Zahra. Dia masuk semula ke dalam pejabatnya untuk menyambung kerja yang tergendala tadi. Daripada asyik memikirkan Nehza yang membuang masa itu baik dia buat kerja.

Luna tersenyum senang hati. Dari jauh Tasha Smith juga memandang ke arahnya yang seakan akan faham maksud pandangan itu. Sebuah pandangan kemenangan. Iyalah, bila hati dah ada rasa dengki mestilah yang mereka nak tengok adalah orang itu akan tersungkur jatuh.

Dua tahun lebih bekerja di dalam bangunan butik ini, tidak pernah-pernah lagi Nehza mengubah sikapnya bahkan semasa Zahra dan Nehza berkawan rapat di sekolah dulu pun Nehza memang seorang yang pemalas dan suka menggoda mana-mana lelaki. Tidak hairanlah kalau gadis itu banyak kawan lelaki berbanding perempuan.

Luna masuk ke dalam pejabat bosnya, dan berpura-pura berasa simpati dengan Zahra yang kini kelihatan begitu pening memikirkan masalah yang akan kedai butiknya ini hadapi jika kekurangan tenaga pekerja. Takkanlah dia nak beli robot sebagai pembantu pula yang harganya mencecah ratusan juga.

"Saya kesian tau bila tengok bos saya diperlakukan begini oleh kawan baik sendiri. Saya memang tak terkejut pun dengan sikap Nehza ni biarpun makin lama makin menjadi-jadi. Sebab, bos nak tahu tak?Nehza tu selalu je ponteng kerja bila bos pergi oversea konon nak beli peralatan untuk menjahit tapi rupanya dia pergi jumpa kawan lelaki dia tu. Ah lagi satu pernah sekali tu saya nampak Nehza macam pergi dekat satu hotel ni dengan kawan lelaki dia yang nama dia Daniel kalau tak silap saya. Kalau orang nampak, tak ke imej kedai butik ni akan tercemar dan mesti diorang anggap pekerja di sini tidak dididik dengan betul. Ini yang saya risaukan sekarang,"

Begitu panjang lebar Luna bercakap mengenai Nehza kepada Zahra. Langsung tidak ada rasa takut pun kalau Zahra akan berasa berkecil hati apabila dia berkata begitu. Yelah, bukannya tak betul pun apa yang aku cakap walaupun ada separuh tu aku reka-reka je.

Zahra mendengus penuh geram. Betul apa yang dikatakan Luna itu. Dia juga sokong dengan pendapat pekerjanya itu sendiri. Dia percaya kerana dia sendiri tahu yang Nehza memang mempunyai satu tabiat yang sangat buruk di matanya. Kalau selama ini dia masih boleh bertahan dengan sikap Nehza, apakata hari ini dia akan berputus asa.

"You betul Luna. Itu hanya akan menjejaskan imej kedai butik I, lagipun kedai butik ini akan maju tidak lama lagi dan I tak nak ada pekerja macam dia yang hanya tahu bagi malu dekat kedai butik ini. You boleh teruskan kerja, I akan selesaikan perkara ini hari ini juga." nekad Zahra ingin berbuat sedemikian.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]On viuen les histories. Descobreix ara