𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 66

1.4K 60 2
                                    

Usai membeli semua apa yang patut, Nehza terus meluru masuk ke dalam kereta dan segera mengambil kerusi di bahagian tempat duduk penumpang. Dia sungguh malu dengan kejadian hari ini apatah lagi terpaksa menyorokkan mukanya di hadapan makhluk bernama Zeyn Ezdan.

Apa lelakinya itu sudah gila? Ya barangkali. Bermula dari baju dalam sehingga ke pakaiannya, lelaki itu seolah-olah sudah cukup arif dengan saiz yang dia miliki. Apa Zeyn sudah mengintainya begitu lama? Ya Tuhan.

Zeyn segera meletakkan semua barangan di dalam bonet kereta dan sudah pastinya dia suka akan telatah Nehza yang sudah merona merah menahan malu itu. Bukan senang sebenarnya mau melihat gadis itu malu kalau bukan dengan menggunakan cara sebegini.

Baru sahaja lelaki itu ingin melangkah masuk ke dalam kereta, seseorang terlebih dahulu memanggil namanya dengan suara yang agak keras sedikit dari arah hujung.

"Kenapa?" Zeyn segera mengunci pintu kereta dari luar kerana keselamatan Nehza penting dan dia tidak mahu gadis itu keluar dari kereta memandangkan Naufal sepertinya sedang membuat perancangan jahat ketika ini.

Naufal langsung mempamerkan senyuman sinis dan kejamnya. Melihat sahaja reaksi lelaki itu membuatkan Zeyn sudah dapat mengagaknya. Apa yang pasti Naufal ingin melempiaskan ketidakpuashatianya.

"Aku tak nak masa aku terbuang. Nehza Haura! Keluar dari kereta sekarang!'' kedengaran keras suara itu mendorong Nehza untuk keluar dari kereta.

Oh rupanya begitu. Tch! Zeyn kembali memandang Naufal dengan pandangan yang tak bisa dihuraikan. Sungguh dia pantang apabila seseorang menunjukkan rasa tidak hormat ke arah insan yang dia cintai.

"Tak semudah itu Naufal. Kau memang dah banyak buang masa apabila berhadapan dengan aku." pandangan tajam dibalas dengan sengihan ejekan.

Naufal lantas meluru ke arah Zeyn lalu mencengkam kemas kolar baju yang dipakai oleh Zeyn namun lelaki itu hanya tetap bertenang tanpa melakukan serangan tindak balas.

"Itu sebabnya aku tak sabar nak bunuh kau Zeyn! Kau dah buat semua yang aku nak tak tercapai! Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan lelaki tak guna macam kau! Huh?'' digoncangnya tubuh Zeyn berkali-kali namun tetap saja Zeyn tidak membalas.

"Sebelum kau kata aku punca semua itu. Aku nak kau tahu siapa yang dulu mulakan permainan ini?" Zeyn mengenggam tangan Naufal yang diguna untuk mencengkam kolar bajunya.

Semakin Naufal mencengkam semakin kuat Zeyn mengenggam tangan Naufal itu. Kedua-duanya sekali tidak peduli sejauh mana kesakitan mendominasi kemarahan mereka pada saat itu.

"Permainan?mulakan? Haha!" terus ditolaknya kuat tubuh Zeyn namun lelaki itu masih berdiri utuh dan tidak terdorong ke belakang sekali pun. "Aku mulakan sebab itu aku tahu kau akan ikut campur dalam hal aku." ujar Naufal lagi.

"Itu kesalahan kau dan puncanya datang dari kau sendiri. Aku tak pernah berniat nak bermusuh dengan kau Naufal tapi kau dah memaksa aku untuk melakukan perkara yang aku tak suka." balas Zeyn lagi.

Mengingat kejadian 11 tahun lalu, Zeyn masih tidak boleh memaafkan dirinya walaupun kesalahan itu berpunca dari Naufal sendiri. Bagaimana sekiranya pada akhirnya Nehza akan tahu segala-galanya?
Apa dia dibenci kerana merahsiakan hal itu selama-lamanya tanpa pengetahuan gadis itu.

"Sebab kau memang layak dapat apa yang aku nak bagi dekat kau Zeyn. Aku memang benci kau Zeyn, selama-lamanya. Kalau kau tak serahkan Nehza pada aku sekarang, kau jangan harap yang kau boleh rahsiakan hal itu dari dia selama-lamanya." Naufal mula bermain kata berbaur ugutan. Lelaki ini benar-benar boleh memanipulasi sesama manusia.

"Dan kau jangan harap kau boleh permainkan sesiapa pun saat ini. Kau hanya gunakan masa lalu itu untuk jatuhkan aku Naufal, kau memang lemah." Zeyn sama sekali tidak akan mengundurkan diri kerana dia tidak boleh tunduk setelah apa yang Naufal lakukan terhadap dirinya.

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora